Ustaz Azizan SIAL bin CELAKA... - Khalid Ismath
Inilah jadinya bila terpengaruh dengan ajaran puak-puak Pakatan.., sesuka hati mak bapak dia je nak tunjuk kurang ajar walaupun terhadap orang yang lebih tua..
Padan lah muka cai-cai Pas yang dulu sanjung sangat mamat syiah ni kann.. Sekarang ni.., pemimpin Pas sendiri kena maki dengan dia beb..
Gua nak tengok apa yang puak-puak Pas berani buat pada mahasewel ni.. Berani ke blogger-blogger Pas pertahankan pemimpin tertinggi dorang?
Di Alor Setar, Kedah.
Sambutan pelancaran program tersebut di Kedah lebih “istimewa” dengan
kehadiran seorang insan penting…
Beliau yang dimaksudkan itu adalah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, yang sama-sama hadir
bersama memeriahkan pelancaran My Beautiful Malaysia, sebuah program
yang dianjurkan Kerajaan Pusat dengan kerjasama golongan muda yang
menyokong Kerajaan BN!
Sebenarnya, ramai yang memuji tindakan
Azizan yang sanggup menolak fahaman politik untuk bergandingan dengan
saf pimpinan UMNO dan Barisan Nasional Kedah menjayakan program anak
muda itu.
Malangnya, yang puji kematangan Azizan
itu hanyalah orang-orang UMNO dan BN, manakala puak-puak PAS di Kedah
menjuihkan bibir sambil berbisik-bisik sesama mereka “mengumpat”
kehadiran Menteri Besar itu ke program tersebut.
Bisik-bisik mengatakan bahawa para
pemimpin PAS Kedah juga telah menghantar laporan sepantas kilat kepada
kepimpinan PAS Pusat tentang tindakan Azizan yang mendatangkan rasa
kurang senang di hati mereka.
Paling “hebat” ialah kenyataan “budak
hingusan” yang bernama Khalid Ismath, seorang mahasiswa biadap yang
sering menghuru-harakan pagar-pagar universiti yang begitu marah
terhadap Menteri Besar Kedah itu.
Kata Khalid Ismath di laman Twitternya…
“Penat lelah ahli bawahan PAS buat kerja
jatuhkan BN, Ust azizan razak semberono naikkan nama pemuda BN dlm tv3
td. Ini sial bin celaka” – Khalid Ismath, Twitter, 10:54 PM – 3 Feb 13.
Lancang betul mulut budak ini, kan?
Tergamak dia memaki hamun Azizan Razak
sebagai “sial bin celaka”, hanya kerana Menteri Besar Kedah itu hadir ke
sebuah program yang menyemai nilai-nilai murni di kalangan remaja dan
belia di negara ini?
Apa jenis manusiakah budak ini? Siapa
yang ajar dia menjadi biadap dan kurang ajar begitu? Mak Bapak dia, kah?
Di mana dia letak akalnya untuk menilai tindakan Azizan Razak itu?
Sekurang-kurangnya, Azizan menyokong para
remaja dan belia di Alor Setar untuk mengamalkan aktiviti-aktiviti yang
sihat dan tidak membuat masa tidur tengah jalan, menjadi “keldai”
politik atau terpekik terlolong di tengah jalan seperti budak tak cukup
diajar.
“Sial bin Celaka” itu sepatutnya
diberikan kepada Khalid Ismath sendiri kerana apa yang dia lakukan
selama ini jelas menunjukkannya dirinya lebih layak digelar begitu!
Bukanlah saya mahu membela Azizan Razak
dalam hal ini. Namun walaupun saya dan Azizan berbeza fahaman politik,
tapi saya akui bahawa sokongan Azizan terhadap sesuatu yang dituntut
oleh Islam itu amat wajar untuk dipuji.
Sekaligus Azizan juga mengakui bahawa
program yang dilancarkan oleh Presiden UMNO/BN itu sememangnya
bertepatan dengan kehendak Islam. Dalam ertikata lain, Azizan secara
tidak langsung mengaku bahawa UMNO/BN buat kerja cara Islam, bukan?
Pada saya, lantaklah dengan puak-puak PAS
yang nak menghentam Azizan. Cuma, terfikir juga di akal saya, Azizan
akan mengikut jejak langkah Ustaz Nasharuddin Mat Isa atau Hasan Ali?
Kalau ikut jejak Nasharuddin, tak
mengapalah. Tapi kalau ikut jejak Hasan Ali, apa lagi yang tinggal pada
PAS Kedah? “Bungkus”lah mereka pada PRU ke-13 nanti…
No comments:
Post a Comment