Makan Duit Anak Yatim ... PAS PARTI AHLI NERAKA - CN Al-Afghani
Trajedi Memali belum selesai... Rupanya kepimpinan PAS ambil kesempatan kaut laba..
Satu laporan polis mengenai isu penipuan wang-wang balu dan kewangan
yang melibatkan bengkel jahitan memali untuk balu-balu telah dibuat oleh
penulis buku Kafirkah Aku? dan Air Mata Di Bumi Memali, Zainon Ismail
semalam.
Beliau yang lebih dikenali sebagai CN Al-Afghani berkata kerajaan Malaysia telah membayar ganti rugi sebanyak RM21,428.00 setiap orang kepada 14 waris mangsa memali ketika peristiwa itu berlaku pada tahun 1985.

Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas
Senator Yusuf Husin Menikus Lagi Bila Cikgu Non Buka Mulut
Malam tadi, bertempat di KL International Hotel, C.N
Al-Afghani penulis buku MAT SABU: AIR MATA DI BUMI MEMALI sekali lagi
membuat sidang media, menerangkan rasional di sebalik laporan polis yang
dibuatnya di IPD Dang Wangi pada sebelah siangnya. C.N Al-Afghani yang
lebih dikenali sebagai Cikgu Non menimbulkan persoalan, mengapa PAS
sehingga sekarang, masih enggan berterus-terang tentang Tabung Derma
Memali yang jumlah duitnya puluhan juta ringgit tetapi pembahagiannya
tidak pernah sampai ke tangan golongan yang telah mereka jadikan umpan
untuk mengutip derma dari seluruh rakyat Malaysia, bahkan di seluruh
dunia.
Dan setiap kali persoalan Tabung Derma Memali ditimbulkan, pasti ada seseorang yang sangat resah dan kelam-kabut.
Yusuf Hussin adalah orang yang bertanggungjawab memberikan pelbagai maklumat palsu dan menakut-nakutkan pihak berkuasa dengan maklumatnya sehingga akhirnya tercetuslah tragedi Memali pada 19 November 1985. Dia bagaimanapun, berjaya melakonkan watak yang paling hebat, sehingga kemudiannya diangkat sebagai HERO dan kemudian diberikan pelbagai kepercayaan serta tanggungjawab termasuklah sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Kedah.
Mengapa Yusuf Hussin amat gentar apabila skandal dan penyelewengan Tabung Derma Memali didedahkan?
Sebabnya, dia adalah orang yang paling tahu, ke mana wang-wang berkenaan telah disonglap, mengapa balu-balu, anak-anak yatim dan ahli keluarga tragedi Memali tidak menerima wang yang didermakan oleh orang ramai, serta beberapa perkara yang berkaitan, termasuklah mengusulkan agar sesiapa sahaja dari kalangan PAS mempertikaikan tentang Tabung Derma Memali dipecat dari parti.
Cikgu Non adalah salah seorang daripada mangsa Yusuf Hussin. Lain-lain nama yang turut menerima natijah akibat keceluparan mulut mereka mempersoalkan tentang Tabung Derma Memali yang telah mengkayakan SENATOR YUSUF HUSIN termasuklah, Haji Najib Fahmi, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Taib Hj. Ahmad, Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan Salahuddin Mansor, veteran PAS yang pernah ditahan di bawah ISA.
Kejahatan Yusuf Husin bukanlah perkara baru. Di mana-mana sahaja tempat yang diduduki oleh Yusuf Husin, pelbagai masalah akan berlaku. Tak kiralah sama ada di Madrasah Islahiah Diniah yang telah dibangunkan oleh Ibrahim Libya, PAS Kawasan Baling, mahupun krisis yang berlaku dalam PAS Kedah semenjak tahun 2000 lagi. Semuanya ada tangan-tangan ghaib Yusuf Husin, seorang bekas peon atau budak pejabat sekolah yang bergaji cuma RM150 sebulan.
Yusuf Husin jugalah yang telah menutup Bengkel Jahitan untuk balu-balu Memali. Dia jugalah yang telah mematikan usahaniaga kilang pembuatan sos cili, sos tomato dan kicap serta bihun dan mee basah untuk membantu keluarga mangsa tragedi. Dia jugalah yang cuba memastikan Madrasah Islahiah Diniah tidak berfungsi seperti yang sepatutnya sehinggakan madrasah tersebut hidup segan mati tak mahu. Malah dia juga orangnya yang menyebat duit pampasan daripada Kerajaan Malaysia untuk balu-balu Memali.
27 Julai 2000 merupakan kemuncak kejahatan Yusuf Husin terserlah apabila dia tidak sahaja menipu dan memperdayakan seluruh kepimpinan PAS Pusat, bahkan menipu pihak berkuasa dan rakyat Malaysia kononnya akaun Tabung Derma Memali telah diaudit dan diperiksa, sekaligus mendapati tiada sebarang masalah di dalamnya. Walhal Tabung Derma Memali tidak mempunyai sebarang akaun rasmi dan persoalan utama, mengapa wang dari tabung tersebut tidak diserahkan atau diagih-agihkan kepada tiga golongan yang dijadikan modal untuk mengutip derma, masih tidak dapat dijawab.
Perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian berhubung pertikaian
Tabung Derma Memali, berlanjutan pada 29 Ogos 2000 di Madrasah Islahiah
Diniah dengan dipengerusikan oleh Presiden PAS pada waktu itu, Fadhil
Nor. Berasakan pertualangannya terbongkar, Yusuf Husin menghantar orang
untuk membuat kacau dalam majlis berkenaan. Perasaan tidak puas hati di
kalangan balu-balu, telah digunakannya untuk mencetuskan kekecohan.
Dan hasilnya, dia telah dilindungi oleh Fadhil Nor. Yang dipersalahkan adalah balu-balu Memali. Sehinggakan Mat Sabu datang berceramah dan mengingatkan balu-balu itu agar tidak jadi seperti kaum Nabi Nuh dan Nabi Lut yang telah dilaknati Tuhan.
Nah, sekarang, cerita Tabung Memali kedengaran lagi dari mulut orang yang sama. Sekali lagi Cikgu Non membuat laporan polis dan meminta agar polis melakukan siasatan secara lebih terperinci berhubung penyelewengan dan skandal kewangan PAS. Apakah kali ini Yusuf Husin akan keluar dari persembunyiannya atau sekali lagi, dia akan melarikan diri seperti tikus takut hujan?
Yang pastinya, PAS akan mencari-cari jalan untuk menyalahkan UMNO dan Yusuf Husin akan mengepalai gerakan menyalahkan UMNO kerana pendedahan tersebut.
Maka tugas kami pula adalah mendedahkan siapakah Yusuf Hussin dan mengapa dia cukup takut apabila Cikgu Non membuka mulut tentang tabung berkenaan. Dan Yusuf Hussin bukannya bersendirian dalam kes penyelewengan ini. Ramai pemimpin PAS lain yang turut terlibat dan sangat takut sekiranya penyelewengan mereka berjaya dibongkar oleh pihak berkuasa.
Dan setiap kali persoalan Tabung Derma Memali ditimbulkan, pasti ada seseorang yang sangat resah dan kelam-kabut.
Cikgu Non
Orang itu adalah SENATOR YUSUF HUSSIN, Ahli Dewan Negara yang berasal
daripada seorang PEON SEKOLAH, tetapi berlagak seolah-olah dia bekas
pengetua yang telah dibersarakan awal serta diberikan imbuhan besar bagi
membolehkannya membeli sebidang tanah yang berharga mahal (pada waktu
itu).Yusuf Hussin adalah orang yang bertanggungjawab memberikan pelbagai maklumat palsu dan menakut-nakutkan pihak berkuasa dengan maklumatnya sehingga akhirnya tercetuslah tragedi Memali pada 19 November 1985. Dia bagaimanapun, berjaya melakonkan watak yang paling hebat, sehingga kemudiannya diangkat sebagai HERO dan kemudian diberikan pelbagai kepercayaan serta tanggungjawab termasuklah sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Kedah.
Mengapa Yusuf Hussin amat gentar apabila skandal dan penyelewengan Tabung Derma Memali didedahkan?
Sebabnya, dia adalah orang yang paling tahu, ke mana wang-wang berkenaan telah disonglap, mengapa balu-balu, anak-anak yatim dan ahli keluarga tragedi Memali tidak menerima wang yang didermakan oleh orang ramai, serta beberapa perkara yang berkaitan, termasuklah mengusulkan agar sesiapa sahaja dari kalangan PAS mempertikaikan tentang Tabung Derma Memali dipecat dari parti.
Cikgu Non adalah salah seorang daripada mangsa Yusuf Hussin. Lain-lain nama yang turut menerima natijah akibat keceluparan mulut mereka mempersoalkan tentang Tabung Derma Memali yang telah mengkayakan SENATOR YUSUF HUSIN termasuklah, Haji Najib Fahmi, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Taib Hj. Ahmad, Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan Salahuddin Mansor, veteran PAS yang pernah ditahan di bawah ISA.
Kejahatan Yusuf Husin bukanlah perkara baru. Di mana-mana sahaja tempat yang diduduki oleh Yusuf Husin, pelbagai masalah akan berlaku. Tak kiralah sama ada di Madrasah Islahiah Diniah yang telah dibangunkan oleh Ibrahim Libya, PAS Kawasan Baling, mahupun krisis yang berlaku dalam PAS Kedah semenjak tahun 2000 lagi. Semuanya ada tangan-tangan ghaib Yusuf Husin, seorang bekas peon atau budak pejabat sekolah yang bergaji cuma RM150 sebulan.
Yusuf Husin jugalah yang telah menutup Bengkel Jahitan untuk balu-balu Memali. Dia jugalah yang telah mematikan usahaniaga kilang pembuatan sos cili, sos tomato dan kicap serta bihun dan mee basah untuk membantu keluarga mangsa tragedi. Dia jugalah yang cuba memastikan Madrasah Islahiah Diniah tidak berfungsi seperti yang sepatutnya sehinggakan madrasah tersebut hidup segan mati tak mahu. Malah dia juga orangnya yang menyebat duit pampasan daripada Kerajaan Malaysia untuk balu-balu Memali.
27 Julai 2000 merupakan kemuncak kejahatan Yusuf Husin terserlah apabila dia tidak sahaja menipu dan memperdayakan seluruh kepimpinan PAS Pusat, bahkan menipu pihak berkuasa dan rakyat Malaysia kononnya akaun Tabung Derma Memali telah diaudit dan diperiksa, sekaligus mendapati tiada sebarang masalah di dalamnya. Walhal Tabung Derma Memali tidak mempunyai sebarang akaun rasmi dan persoalan utama, mengapa wang dari tabung tersebut tidak diserahkan atau diagih-agihkan kepada tiga golongan yang dijadikan modal untuk mengutip derma, masih tidak dapat dijawab.
Dan hasilnya, dia telah dilindungi oleh Fadhil Nor. Yang dipersalahkan adalah balu-balu Memali. Sehinggakan Mat Sabu datang berceramah dan mengingatkan balu-balu itu agar tidak jadi seperti kaum Nabi Nuh dan Nabi Lut yang telah dilaknati Tuhan.
Nah, sekarang, cerita Tabung Memali kedengaran lagi dari mulut orang yang sama. Sekali lagi Cikgu Non membuat laporan polis dan meminta agar polis melakukan siasatan secara lebih terperinci berhubung penyelewengan dan skandal kewangan PAS. Apakah kali ini Yusuf Husin akan keluar dari persembunyiannya atau sekali lagi, dia akan melarikan diri seperti tikus takut hujan?
Yang pastinya, PAS akan mencari-cari jalan untuk menyalahkan UMNO dan Yusuf Husin akan mengepalai gerakan menyalahkan UMNO kerana pendedahan tersebut.
Maka tugas kami pula adalah mendedahkan siapakah Yusuf Hussin dan mengapa dia cukup takut apabila Cikgu Non membuka mulut tentang tabung berkenaan. Dan Yusuf Hussin bukannya bersendirian dalam kes penyelewengan ini. Ramai pemimpin PAS lain yang turut terlibat dan sangat takut sekiranya penyelewengan mereka berjaya dibongkar oleh pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment