Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, March 21, 2012

WIKILEAK : SB SINGAPORE DAN LEE KUAN YEW MENYATAKAN ANWAR TERLIBAT SKANDAL SEKS , DAN TELAH MASUK PERANGKAP ..

Anwar masuk perangkap Nalla?


Wikileak pernah mendedahkan SB Singapore dan Lee Kuan Yew memberitahu Australia Secret Service bahawa Anwar ada melakukan kesalahan seks yang ia di dakwa.


Mereka turut memberitahu kesediaan Anwar untuk masuk ke perangkap yang dia tahu disediakan untuknya. Dia seolah-olah tidak boleh kawal dirinya.




Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita Anwar Ibrahim menyaman Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu berhubung penyiaran berita ‘Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang-Nalla’ di akhbar ini hari ini.

Menurut Naib Presiden PKR, N. Surendran, Anwar melalui firma Edwin Lim Suren & Soh hari ini menghantar surat tuntutan bagi meminta Utusan menarik semula berita itu, memohon maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta ekoran penyiaran artikel tersebut.

Dalam sidang akhbar yang lain di pejabat Perkasa, Nalla secara terbuka mendakwa Anwar sebagai seorang biseksual berdasarkan pengalamannya yang pernah berkawan baik selama 30 tahun dengan Ketua Pembangkang itu sebelum ini.

Katanya, kecenderungan Anwar sebagai seorang biseksual bukan lagi rahsia dan mendakwa beliau sendiri pernah melihat Ketua Pembangkang itu melakukan aksi seks sama ada bersama lelaki atau wanita.

"Anwar tidak layak untuk memimpin pakatan pembangkang yang merangkumi Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apatah lagi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri jika mereka berjaya membentuk kerajaan pada masa depan," katanya.



"Dahulu pekerja Magnum (Corporation) yang lelaki Anwar ada simpan dan Anwar juga pernah bawa isteri orang. Saya bersedia untuk mendedahkan kesemua nama mereka di mahkamah.

"Tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan membenarkan biseksual menjadi Perdana Menteri dan tidak ada peruntukan juga untuk biseksual menjadi Ketua Pembangkang. Saya amat hairan mengapa pembangkang boleh mengambil seorang biseksual menjadi ketua," katanya.

Pendedahan itu merupakan siri kritikan terbaru terhadap Anwar yang pernah menjadi rakan permainan tenis beliau.

"Saya akan terus mendedahkan sedikit demi sedikit (kebenaran) dan setakat ini Anwar bukan anak jantan kerana tidak berani menyaman saya. Ini baru 30 peratus daripadanya (rahsia Anwar) dan saya masih ada 70 peratus lagi untuk didedahkan," katanya.

Baru hari ini, Anwar berani menyaman Nalla.

Enggan bertemu Nalla

Nalla turut menyatakan hairan mengapa Pas masih mahu bekerjasama dengan Anwar walaupun terdapat banyak petunjuk yang terarah kepada kehidupan Anwar sebagai seorang biseksual.

"Saya telah berjumpa dengan beberapa pemimpin tertinggi Pas dan mendedahkan perkara mengenai Anwar ini dan ada di antara mereka percaya, cuma Nik Aziz sahaja yang enggan bertemu dengan saya sampai hari ini," katanya.

Secara sinis, Nalla meminta Nik Aziz mengeluarkan fatwa membenarkan individu biseksual menjadi Ketua Pembangkang.

Dengan Anwar akhirnya memenuhi kehendak Nalla untuk menyamannya, adakah Anwar sekali lagi termasuk dalam perangkap seks yang sudah disediakan untuknya?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...