Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, March 21, 2012

DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SELANGOR : Hassan Ali Bidas Kerajaan Selangor. kHALID GAGAP TERGAGAP UNTUK MENJAWAB ...





SHAH ALAM, 21 Mac – Wakil rakyat bebas, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali mempertikaikan penjelasan kerajaan negeri yang disifatkan tidak serius dalam menangani gelaja murtad di kalangan umat Islam di Selangor.

Beliau berkata, sikap itu dilihat menerusi penjelasan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini yang mana menyatakan akan meletakkan sepenuhnya tanggungjawab menangani masalah itu kepada keluarga dan rakyat.

Katanya, langkah meletakkan penyelesaian masalah itu kepada keluarga dan rakyat bukanlah satu pendekatan yang baik kerana kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab untuk memastikan gejala itu daripada terus berleluasa.

“Saya merasakan tidak berpuas hati dengan penjelasan Menteri Besar (Abdul Khalid) selaku Exco yang menjaga hal ehwal agama Islam negeri meletakkan kepada keluarga dan rakyat untuk menangani masalah murtad.

“Bagaimana dengan tangungjawab kerajaan negeri. Kerajaan negeri ada kuasa untuk tangani gejala ini, sepatutnya mereka perkasakan juga agensi penguatkuasa agama Islam dengan menambah bilangan anggota.

“Pada masa yang sama, kerajaan negeri turut mewujudkan sebuah unit khas bagi menangani gejala murtad seperti mana yang dilakukan dalam penguatkuasakan gejala zina, arak dan sebagainya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penjelasan Abdul Khalid yang juga merupakan Exco Hal Ehwal Islam negeri ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) pada sidang DUN Selangor hari ini mengenai isu murtad.

Bagaimanapun, dalam sidang itu, Abdul Khalid (PKR-Ijok) yang menyatakan kerajaan negeri menyerahkan kepada keluarga dan rakyat masing-masing di negeri ini untuk menangani gejala murtad.

Dalam perkembangan lain, Hasan yang juga bekas Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam Negeri ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor pada sidang DUN berkenaan mempersoalkan sikap lepas tangan kerajaan negeri dalam perbelanjaan berlebihan melibatkan anak syarikatnya.

Beliau menyatakan perbelanjaan itu didapati berlaku melibatkan seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi pengurusan di tiga buah anak syarikat kerajaan negeri yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM130,000 dalam tahun yang sama.

“Individu ini pergi ke Shanghai, China; Chiangmai, Thailand dan Perth, Australia membabitkan kos kira-kira RM130,000 dalam tahun yang sama.

“Saya hairan kenapa individu ini sering ke luar negara dan seolah-olah tiada kerja dalam negeri ini. Sebab itu, saya cadangkan kerajaan negeri hadkan bilangan untuk seseorang itu menjawat jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri.

“Kalau ada individu yang mahu pegang jawatan yang banyak pun, kita kena hadkan elaun yang diterima,” jelasnya.

Selain itu, Hasan turut mempersoalkan kerajaan negeri melantik Penasihat Ekonomi Selangor yang disifatkannya tidak wajar memandangkan individu berkenaan dikaitkan dengan isu moral.

“Saya tidak mahu sebut nama siapa, tetapi orang itu hanya jaga ekonomi tetapi kita lupa tentang moral dia dan itu tidak boleh pimpin kita.

“Saya tidak setuju (individu dikaitkan dengan masalah moral) untuk memimpin negeri ini. Bukan itu yang kita mahu untuk pembangunan Selangor akan datang,” ujarnya. -MediaUMNO



Bekas Pemimpin No. 1 PAS Selangor Datuk Hasan Ali (Gombak Setia-Bebas) hari ini memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat Bebas di dewan undangan negeri Selangor dengan membidas bekas rakan-rakan partinya semasa perbahasan titah diraja.

Sasaran pertama beliau adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman (Meru-PAS), yang semalam menyelar Hasan kerana tidak hadir pada Majlis Santapan Diraja, semalam walhal Dr. Hasan telah memaklumkan berkaitan isu tersebut kepada pihak berkenaan.

Lantas beliau menyelar Abdul Rani kerana menyerang peribadinya dengan mengatakan bahawa bidasan ke atas beliau itu tidak mencerminkan kebijaksanaan yang seharusnya dimiliki oleh seorang ADUN.
"Saya juga pernah jadi ahli parlimen. Kadang-kadang menteri tidak menghadiri sidang Parlimen kerana mempunyai beberapa perkara lain yang mendesak. Adakah itu bermakna mereka tidak menghormati Dewan Rakyat?"

"Meru hanya menyerang peribadi saya semata-mata kerana beliau tidak dilantik sebagai exco (Selangor) selepas saya telah digugurkan"

"Beliau harus berjumpa dengan seorang pakar psikologi untuk mengubati masalahnya," katanya sambil disambut dengan tepukan beberapa ADUN yang menyokongnya.

Berang dengan kata-kata Hasan itu, Abdul Rani sekali lagi mencelah dan menuntut Hasan menarik balik kata-katanya.

"Saya seorang doktor profesional, awak bukan. Saya tahu saya tidak perlu seorang pakar psikologi," katanya.

Hasan membalasi: "Apa masalah awak? Jumpa psikologi bukan perkara yang tidak baikbagi semua orang.”


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...