PANGKAH PAS WAJIB, PANGKAH UMNO HARAM !
ADAKAH HUKUM PANGKAH PAS WAJID SEDANGKAN PAS TELAH JELAS MENJADI KAFIR JIKA BERDASARKAN AMANAT HAJI HADI. MENURUT HASAN ALI PAS TELAH MENYOKONG DAP DAN PKR YG JELAS MEMUSUHI ISLAM..ADAKAH SEKARNG INI PKR DAN DAP MEMBAWA DAN MEMBUAT KEBAIKAN KEPADA UMAT ISLAM DAN SETERUSNYA TIDAK MEMUSUHI ALLAH? SEDANGKAN PAS MENYOKONG PERJUANGAN DAP DAN PKR.
PERSOALAN KEPADA TUAN GURU PONDOK , SEANDAINYA ATAS TIKET PAKATAN I RAKYAT ... JIKA SESUATU DUN ITU DIWAKILI CALON DAP CINA ... ADAKAH WAJID PENGUNDI PAS PANGKAH CALON CINA HARBI ITU...
BismiLlaahirRahmaanirRahiim
Pada Minit 0.55 hingga 0.58 terkeluar hukum dari mulut Haji Salleh Musa, salah seorang guru Pondok di Tanah Melayu Kedah.
Kata beliau; "Pangkah PAS wajib, pangkah UMNO haram".
Kita menolak sekeras-kerasnya fatwa demokrasi yang sebegini kerana ianya tidak lebih merupakan satu pendapat yang tidak bersandar kepada kesependapatan para-para ulama. Ini hanyalah satu pendapat yang terpencil seorang manusia yang mungkin terpengaruh dengan cara pemahaman yang tidak betul, maklumat yang begitu sedikit maupun oleh emosinya yang tidak terkawal.
Pendapat-pendapat dari individu sebeginilah yang banyak merosakkan Agamanya sendiri sehingga lahirnya pengikut-pengikut yang fanatik dan taksub terhadap partai politik demokrasi yang disertainya sedangkan beliau sewajibnya berada diatas demokrasi dan bukannya bergelumang dengan najis demokrasi. Jadilah para pengikutnya manusia yang orientasinya adalah bersibuk-sibuk untuk berkerja untuk Parti dan bukannya memperkuatkan kefaqihan mereka untuk Agamanya, Bangsanya dan Tanahairnya.
Hasilnya berubahlah martabat kemuliaan mereka dari keadaan asal yang sepatutnya yakni menghendaki supaya "orang-orang Parti mengikuti Pondok" kepada martabat hina, "Pondok yang mengada-ngada menjadi pengikut setia Parti".
Jika benar-benar sudah jazam pada kehendak hati itu untuk mengabdikan diri kepada satu-satu Parti yang mahu diperhambakan diri kepadanya seseorang yang bertaraf 'Tok Guru' sebegini wajib untuk membentangkan dengan perinciannya akan asas hujjahannya supaya ianya dapat diperincikan dan dibahaskan oleh Ulama-Ulama yang setaraf supaya lahir kesepakatan yang tidak akan mengakibatkan kekeliruan ummat. Itulah falsafahnya kepada maksud ayat bertolong-tolongan dalam perkara kebajikan dan taqwa dan jangan bertolongan dalam perkara dosa dan permusuhan.
Jika tidak begitu maka pendapat atau fatwa sebegini adalah jauh dari jaluran berfikir Ahli Sunnah Wal Jama'ah bahkan amat mendekati kepada fi'il kaum Khawarij yang bersendirian dia dari Jama'ah yang kemudian tertolaklah dia dengan sendirinya akibat keterpencilannya yang sukakan permusuhan sesama yang sepatutnya bertolongan.
Kita berdoa' bahawa Jemaah Pondok Tanah Melayu Kedah tidak akan terpalit dengan najis akibat sikap yang tidak berhimmah sebegini.
InnaliLlaahi wainna ilaihi rooji'uun !
TokPakirKD
http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/RBMzl/~3/TyRG163pUbM/awas-6-fahaman-yang-menjatuhkan-islam.html
ReplyDelete