Harris Ibrahim: Pemikiran luar tabii yang dibiayai KAF
Kami The Unspinners dikhabarkan melalui email akan kritikan Helen Ang sini terhadap tulisan blogger Harris Ibrahim sini
Sebenarnya tiada apa keperluan untuk menyahut balik kritikan peguam Harris Ibrahim yang segala mengenai dirinya adalah sesat.
Dia mengaku dirinya orang Islam tapi melanggar ajaran yang dibawa Nabi Muhammad dengan sesuka hati dan mempersoalkan hingga sanggup berdebat bertegang leher sesiapa yang berniat baik untuk menegurnya.
Inilah Harris Ibrahim yang mengaku dirinya Islam tetapi dari mempertahankan akidah ummah Islam, dia bersusah payah memperjuangkan orang Islam untuk murtad hanya berasaskan interpretasi sesatnya berkenaan potongan ayat "Iqraha Fiddeen" (tiada paksaaan dalam Islam).
Orang yang tidak beradab begini tidak layak dilayan pun. Apa inisiatif yang dilakukannya bukan berjaya sangat hingga menjadi ikutan massa tetapi hanya ikutan pembaca blognya sahaja yang taksub dengan retorik mudahnya.
Bertambah lagi, dia dibiayai oleh Konrad Adreneuer Foundation yang bersekongkol dengan Israel, membiayai gerakan murtad dan bekerjasama dengan pihak tertentu untuk menggerakkan "regime change".
Bahasa kasar yang diluahkan kepada Dato Najib dan penghinaannya kepada inisiatif 1Malaysia adalah petunjuk dirinya sebagai seorang gila yang dah dijangka agak kurang adab sopan.
Memang negara kita ada polisi yang timbul dari pengakuan kepada perbezaan masaalah yang diidentifikasikan dengan satu-satu kaum.
Suatu perkara yang perlu difahami adalah suatu masa di Malaysia, masaalah perbezaan dan kekurangan dalam masyarkat berkaitrapat dengan kaum. Ini tidak boleh dipertikaikan. Satu kaum ada lebih dan satu kaum serba kekurangan.
Salahkah diadakan satu masa dahulu polisi-polisi yang bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan antara kaum?
Lebih awal dari itu, orang asal negara ini adalah orang Melayu, orang Asli atau deutro Malay dan lain-lain.
Orang Melayu pada mulanya enggan menerima orang-orang Cina, India dan lain-lain kaum imigren sebagai warganegara.
"Penjajah" Inggeris pula mahu lepas tangan dalam hal imigren yang rata-rata adalah buruh murah yang dibawa oleh kapitalis mereka. Malahan negara asal mereka, seperti China contohnya enggan menerima hampir 300,000 kaum Cina yang tidak ada dokumen yang perlu dihantar kembali!
Selepas berbincang dan mencari penyelesaian, orang Melayu sedia menerima mereka sebagai warganegara dengan syarat mereka menerima perlembagaan 1957. Perlembagaan Malaysia yang ada kononnya mempunyai artikel yang ada kelebihan untuk kaum Bumiputera dan ugama Islam adalah berdasarkan Perlembagaan 1948 yang dipersetujui oleh raja-raja Melayu dan pentadbir British.
Apalah sangat keistimewaan yang diberi kepada kaum Bumiputera kalau bukan perkara asas seperti lesen berniaga, biasiswa, dan bantuan.
Saya tidak nampak apa isu bagi Harris Ibrahim untuk marah kepada kaum Siam untuk diberi status Bumiputera di Malaysia. Sejarah memang jelas kaum Siam adalah Bumiputera di kawasan utara Semenanjung Malaysia sebagaimana kaum Melayu adalah Bumiputera di selatan Thai.
Yang dimarah Harris sebenarnya adalah kenapa dua kanak-kanak Punjabi tidak boleh jadi Bumiputera?
Kaum Punjabi datang ke Malaya sebagai askar yang dibawa British untuk memerangi pemberontak Melayu di negeri-negeri Melayu. Kaum Punjabi, Cina dan India sebagai contoh, bukan merupakan bangsa dan kaum dari kawasan budaya Nusantara Melayu tetapi beasal dari China dan India.
Ikutkan sebagai kaum yang asal usul mereka adalah askar yang memerangai kaum asal negara ini, bukankah mereka beruntung dapat jadi warganegara?
Masaalah aktivis seperti Harris adalah mereka tak faham sejarah, atau mereka tak mahu faham sejarah. Mereka melihat sejarah hanya dari kacamata sempit mereka dan bukan dari kacamata realiti atau sebenarnya.
Mereka juga bermasaalah dalam melihat keadilan dari perspektif sempit mereka dan enggan menerima perspektif rasmi yang lebih terangkum atau komprehensif dalam mengambilkira keadilan dari segi semu aspek.
Biarlah orang macam ini hidup dengan kemarahan yang tak habis-habis. Ianya hanya memakan diri. Sekarang pun dia perlu ke hospital pakar.
Yang penting kita semua hidup dalam aman dan damai. Sebarang cacat cela kita usaha baiki dan jadikan lebih baik tanpa perlu membina animositi antara kaum yang dilakukan oleh Pakatan rakyat dan aktivis NGO seperti Harris.
Panambah baikan dan penigkat adalah satu proses yang berterusaan dan bukan dilakukan secara drastik yang hanya menghuru harakan negara. Bukankah 1Malaysia mengarah mencari jalan penyelesaian dalam hal perbezaan antara kaum???
fuck off jika anda rasa agama anda saja yg baik
ReplyDelete