Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, November 24, 2018

Utusan: Laporan audit 1MDB dipinda atas arahan Najib

Utusan: Laporan audit 1MDB dipinda atas arahan Najib: Akhbar harian milik Umno itu melaporkan pindaan tersebut melibatkan mengeluarkan maklumat berkaitan Najib dan Jho Low dalam aktiviti 1MDB.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Laporan ketua audit negara mengenai 1MDB pada 2016 telah "dipinda" atas arahan perdana menteri ketika itu Najib Razak, menurut Utusan Malaysia.
Memetik
sumber, akhbar harian milik Umno itu melaporkan pindaan yang melibatkan
mengeluarkan maklumat berkaitan Najib dan Jho Low.

"Menurut
sumber, pindaan itu difahamkan dibuat bagi mengeluarkan maklumat
pembabitan bekas perdana menteri itu dan ahli perniagaan, Jho Taek Low
(Jho Low) dalam aktiviti 1MDB.

"Pindaan itu, tambah sumber berkenaan, difahamkan dibuat dalam satu mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri.

"Sumber
tersebut memberitahu, laporan asal itu mendedahkan bahawa Najib
mengetahui salah urus tadbir dalam 1MDB yang bersangkut paut dengan
campur tangan beliau dari segi pengurusan kewangan 1MDB," lapor akhbar
itu.

Beberapa pegawai kanan kerajaan turut hadir sama pada mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri itu.

'Mungkin ditipu Jho Low'
Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas dari pejabat Najib mengenai dakwaan ini.

Ketua Audit Negara Madinah Mohamad akan menyerahkan laporan audit "asal" mengenai 1MDB pada bulan depan, kata Utusan lagi.

Semalam, Najib memberitahu Sinar Harian dalam wawancara bahawa pentadbirannya mungkin telah ditipu oleh Low berdasarkan maklumat yang diketahui kini.

Pentadbiran
Najib telah lama mempertahankan Low tidak ada kaitan dengan 1MDB,
walaupun terdapat bukti yang dikemukakan pihak berkuasa negara lain
sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Low didapati telah
memainkan peranan utama dalam mendapatkan perkhidmatan bank Goldman
Sachs untuk memudahkan pengeluaran bon pinjaman berjumlah berbilion
ringgit untuk 1MDB.

Low berhadapan pertuduhan mengubah wang haram di Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat.

Najib,
yang juga bekas penasihat 1MDB dengan kuasa eksekutif, kini antara
lainnya turut dikenakan pertuduhan pengubahan wang haram di Malaysia.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...