Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, November 22, 2018

Memang kita sudah ditipu oleh Jho Low, kata Najib

Memang kita sudah ditipu oleh Jho Low, kata Najib: Bekas PM itu mengakui beliau ditipu oleh tokoh perniagaan kontroversi yang kini menjadi buruan, itu.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak mengakui beliau ditipu oleh tokoh
perniagaan kontroversi yang kini menjadi buruan, Jho Low yang dituduh
menyalahgunakan dana 1MDB.

“Ya, kalau begitu, memang kita (sudah
ditipu), itulah kesimpulan kalau kita ambil kira apa yang kita tahu hari
ini , itu sebenarnya,” katanya semasa wawancara secara langsung secara
eksklusif dengan Sinar Harian hari ini.

Najib ditanya oleh penasihat editorial Karangkraf, Abdul Jalil Ali, jika beliau mengakui bahawa dirinya telah ditipu oleh Low.

Najib, bagaimanapun, bertegas bahawa beliau sendiri berada dalam kegelapan berhubung dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

“Itu
saya kata tindakan perlu diambil, kalau jelas dia (Jho Low) lakukan
kesalahan, masa itu kita telah lantik peguam, audit, dan Golman Sachs,
sebuah investment bank (bank pelaburan) yang begitu tersohor peringkat
global.

“Tanggung jawab bank (itu) ialah mejaga kepentingan
Malaysia, jadi kalau dia gagal menjaga kepentingan Malaysia, macam mana
saya nak tahu, patut dia beritau ada sesuatu yang tidak betul.

“Dia
(Jho Low) jelas telah gagal (dalam) tanggungjawabnya, Misalnya Goldman
Sachs, maknanya sistem yang kita wujudkan nak jaga kepentingan invesment bank, peguam, juru audit semua, mereka telah telah tidak memainkan peranan yang sebenarnya ,” katanya.

Malah,kata
bekas perdana menteri itu, Low perlu dikenakan tindakan undang-undang
sekiranya segala kesalahan atau aktiviti pecah amanah itu dapat
dibuktikan.

“Kalau dia buat kesalahan dan pecah amanah, itu
bertentangan dengan undang-undang, jadi tindakan perlu diambil terhadap
beliau,” katanya.

Najib juga menjelaskan bahawa hubungannya dengan
Low dalam isu 1MDB hanyalah atas dasar profesional semata-mata untuk
meningkatkan ekonomi negara.

"Sebelum isu 1MDB, Jho Low ada
hubungan yang rapat dengan negara Timur Tengah terutama Arab Saudi,
Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan lain-lain. Dia berjaya bawa pelaburan.

“Saya
melihat dia dari sudut itu kalau kita boleh gunakan hubungan baik
beliau untuk tingkatkan ekonomi. Tapi saya tak tahu hubungan
peribadinya, saya tak terlibat dan tak tahu langsung apa dilakukan (di
luar).

“Apa
dia lakukan, dikatakan dia ada yatch (kapal layar) besar, kapal
terbang, saya tak tahu, hubungan saya dengan dia adalah hubungan
professional,” kata Najib.

Pada
20 September lalu, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan
membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan
dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Beliau
juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai perdana
menteri, menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB untuk
mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...