Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, November 22, 2018

PUAD ZARKASHI : KJ bukan ancaman@ secara outomatik tapi aset Pakatan Harapan (PH).

KJ bukan ancaman tapi aset: ULASAN l Khairy secara automatik sudah menjadi aset kepada Pakatan Harapan (PH).

Mohd Puad Zarkashi  | 
Diterbitkan  | 

 
 
ULASAN l Di saat bekas perdana
menteri, Najib Razak belum lagi didakwa atas kesalahan 1MDB, bekas ketua
pemuda Umno, Khairy Jamaludin (KJ) terus memanaskan isu 1MDB sebagai
punca BN kalah pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Motifnya jelas,
iaitu untuk menyalahkan Najib seorang sahaja. KJ secara automatik sudah
menjadi aset kepada Pakatan Harapan (PH).

Mudah cerita, pada KJ ia kesalahan individu bukan kolektif. Memahami KJ dia memang tidak ada spirit collective responsibility.
Sebab itu apabila seluruh ahli parlimen BN keluar Dewan kerana
memprotes perlantikan speaker Dewan Rakyat, KJ duduk membatu di dalam
dewan.

Malang sekali KJ menggunakan tindakan Jabatan Keadilan
(DOJ) Amerika Syarikat sebagai asas untuk mengatakan Najib bersalah.
Sebenarnya KJ lebih advance daripada peguam negara (AG) dan hakim yang
belum mendakwa apatah lagi menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Najib
dalam isu 1MDB.

Hingga
ke hari ini, 1MDB tetap mengatakan tiada duit syarikat yang hilang atau
dicuri. Kalau ada pihak yang menipu syarikat atau bank yang ada urusan
dengan 1MDB seperti International Petroleum Investment Company (IPIC)
dan Goldman Sachs itu adalah masalah mereka dengan IPIC dan Goldman.
Sebab itu 1MDB tidak pernah disiasat atau dipanggil oleh DOJ.

Berbalik
kepada pendirian KJ, apakah beliau boleh terima kenyataan bahawa punca
kejatuhan BN sebenarnya bermula dari zaman Abdullah Ahmad Badawi (Pak
Lah) lagi? Ketika itu “budak tingkat 4” (termasuk KJ) cukup berkuasa.

Apakah KJ mahu mengatakan itu adalah persepsi. Silap, itulah adalah realiti.

Contoh,
bagaimana bekas MB Johor , Abd Ghani Othman diarah mengadap Ahmad Zaki
Zahid (budak tingkat 4) untuk mendengar taklimat pelaksanaan projek
Koridor Selatan (Iskandar Malaysia). Bayangkan, seorang MB diarah
mengadap budak mentah yang bukan pun CEO atau KSU.

Cerita budak
tingkat 4 menguasai PMO menjadi bahan kempen untuk menjatuhkan Pak Lah.
Dan terbukti pada PRU12 (2008) BN kehilangan empat negeri iaitu Kedah,
Pulau Pinang, Selangor dan Perak selain gagal menawan balik Kelantan.

Bukan
itu sahaja BN juga hilang majoriti dua pertiga. Selangor dan Pulau
Pinang tidak pernah dapat ditawan semula kecuali Perak dan Kedah pada
PRU13. Maka punca sebenar kekalahan Umno bermula dari zaman “budak
tingkat 4” di mana KJ adalah seorang daripada mereka.

Semoga KJ tidak mengamalkan denial syndromes.
Itulah realiti. Kisah budak tingkat 4 adalah bahan kempen kepada Dr
Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Pak Lah tetapi implikasi buruknya
kepada Umno. Sudikah KJ menerima realiti ini.

Kalau politik baru adalah pencarian KJ, maka dia perlu tinggalkan politik populist seperti stokin merah dan sebagainya. Politik populist sudah tidak relevan di saat Umno kalah. Yang diperlukan ialah team spirit, collective responsibility, berjamaah, patuh kepada arahan ketua, musyawarah dan menggunakan kaedah maslahah.

Politik populist tiada substance. Penuh keegoan dan artificial. Apakah KJ sanggup diuji sebagaimana Najib diuji dengan 38 pertuduhan dan banyak lagi.

Tetapi
KJ tidak perlu gusar. Dia bukan lagi ancaman kepada Dr Mahathir. Dia
sudah menjadi aset. Maka mana mungkin nasibnya akan sama dengan Najib
iaitu menerima puluhan dakwaan.


DATUK MOHD PUAD ZARKASHI
ialah anggota Majlis Tertinggi Umno dan ketua bahagian Umno Batu Pahat.
Beliau juga adalah bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA),
Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...