Published on Nov 22, 2018
Bukan sahaja ahli politik malah golongan cendekiawan termasuk penjawat awam perlu turut dipersalahkan kerana membiarkan skandal 1MDB berlaku, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ini kerana mereka bersikap mendiamkan diri menyaksikan skandal terburuk dalam sejarah negara itu sebelum ini.
"Bukan saja pemimpin politik. Sarjana, penjawat awam, bukan sekadar membisu, tapi yang sanggup bersekongkol untuk mempertahankan kedurjanaan yang menimpa bangsa, rakyat dan negara.
"Berlakunya kebobrokan, kemusnahan sistem, rompakan begitu besar bukan semata-mata kerana nafsu serakah beberapa pemimpin politik, tetapi kerana golongan sarjana yang membisu, yang sanggup jadi perkakasan murahan atas nama kaum atau agama.
"Serban makin besar, janggut makin panjang, degree mungkin berjela tapi tak ada hati nurani dan etika," katanya dalam syarahan di Universiti Malaya pagi ini.
Anwar, yang juga anggota Parlimen Port Dickson diundang sebagai pensyarah tamu di program tahunan 'Syarahan Za'ba Pengajian Melayu' di universiti itu.

No comments:
Post a Comment