Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, November 24, 2018

"KERAJAAN MALAYSIA TOLAK ICERD" tak puas hati juga.

Dah bagi kenyataan oleh PM tentang ICERD
pun masih tak puas hati. "KERAJAAN MALAYSIA TOLAK ICERD" tak puas hati
juga. TAPI DS Zahid masih berkuasa dulu TIDAK PULAK bantah 1MDB malah
siap dapat maklumat siapa yang beri derma kpd DS Najib setelah dilantik
Timbalan Perdana Menteri.


Umno syak 'baik' PH tolak Icerd ada makna: Pengumuman mengenai status Icerd tidak dibuat mengikut formaliti sepatutnya dan boleh berubah, kata Ahmad Zahid

Diterbitkan  | 


   
Umno meragui keikhlasan kerajaan enggan mengiktiraf Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum
(Icerd) seperti diumum Pejabat Perdana Menteri petang tadi.

Presiden
Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah tersebut mungkin dibuat
sebagai persediaan Pakatan Harapan (PH) menghadapi pilihan raya kecil
Dewan Undangan Negeri Rantau, Negeri Sembilan tidak lama lagi.

Malah
kata bekas timbalan perdana menteri itu keputusan Putrajaya enggan
mengiktiraf Icerd juga mungkin kesan daripada rancangan pembangkang mahu
mengadakan Perhimpunan Kebangkitan Ummah pada 8 Dis ini.

Justeru kata Ahmad Zahid kerajaan perlu mengikut prosedur tetap bagi mengumumkan keputusan berkaitan dasar luar negara ini.

"Sehingga
ianya dimasukkan ke hansard Parlimen, kami sukar untuk mempercayai
keikhlasan kerajaan dalam membuat keputusannya," kata anggota parlimen
Bagan Datuk itu dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Pejabat Perdana Menteri petang tadi mengeluarkan kenyataan rasmi menolak meratifikasi Icerd kerana hal-hal berkaitan hak semua kaum dalam negara ini memang sudah termaktub dalam perlembagaan.

Icerd sebelum ini menjadi sebab untuk Umno dan PAS bertaut bagi mengadakan himpunan protes di Kuala Lumpur.

Kena ada rekod
Kedua-dua parti - bersama beberapa pertubuhan lain - berjanji mengerah penyokong masing-masing berkumpul pada 8 Dis ini.

Bagaimanapun PAS serta Gerakan Pembela Ummah (Ummah) tetap meneruskan himpunan tersebut walaupun kerajaan sudah mengesahkan untuk menolak ratifikasi Icerd.

Mereka berkata himpunan itu akan diteruskan tetapi ditukar menjadi majlis kesyukuran.

Selain
Ahmad Zahid, Setiausaha Agung Umno Annuar Musa dan ketua penerangannya
Shamsul Anuar Nasarah turut mengeluarkan kenyataan sama.

Kata
Ahmad Zahid pengumuman dibuat hari ini tidak mengikut formaliti
pentadbiran kerana ia hanya boleh disahkan melalui tanda tangan perdana
menteri.

"Perdana menteri kemudian membawa usul itu ke parlimen untuk direkodkan dalam hansard rasmi," katanya.

Langkah yang diambil sekarang, menurut Ahmad Zahid, tidak dapat diterima kerana ia boleh berubah pada bila-bila masa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...