Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, November 23, 2018

Ramai-ramai menteri UMNO/BN dan DS Najib sendiri tertipu dan ditipu oleh Jho Low. Syukur Kerajaan PH ambil alih.

Mungkin kita sudah ditipu oleh Jho Low, kata Najib: Bekas PM itu mengakui beliau ditipu oleh tokoh perniagaan kontroversi yang kini menjadi buruan, itu.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak mengakui beliau mungkin ditipu
oleh tokoh perniagaan kontroversi yang kini menjadi buruan, Jho Low yang
dituduh menyalahgunakan dana 1MDB.

“Ya, kalau begitu, memang kita
(sudah ditipu), itulah kesimpulan kalau kita ambil kira apa yang kita
tahu hari ini , itu sebenarnya,” katanya semasa wawancara secara
langsung secara eksklusif dengan Sinar Harian hari ini.

Najib ditanya oleh penasihat editorial Karangkraf, Abdul Jalil Ali, jika beliau mengakui bahawa dirinya telah ditipu oleh Low.



Najib, bagaimanapun, bertegas bahawa beliau sendiri berada dalam kegelapan berhubung dakwaan penyelewengan dana 1MDB.
“Itu
saya kata tindakan perlu diambil, kalau jelas dia lakukan kesalahan,
masa itu kita telah lantik peguam, audit, dan Golman Sachs, sebuah
investment bank (bank pelaburan) yang begitu tersohor peringkat global.

“Tanggung
jawab bank (itu) ialah mejaga kepentingan Malaysia, jadi kalau dia
gagal menjaga kepentingan Malaysia, macam mana saya nak tahu, patut dia
beritau ada sesuatu yang tidak betul.

“Dia jelas telah gagal
(dalam) tanggungjawabnya, Misalnya Goldman Sachs, maknanya sistem yang
kita wujudkan nak jaga kepentingan invesment bank, peguam, juru audit semua, mereka telah telah tidak memainkan peranan yang sebenarnya ,” katanya.

Malah,kata
bekas perdana menteri itu, Low perlu dikenakan tindakan undang-undang
sekiranya segala kesalahan atau aktiviti pecah amanah itu dapat
dibuktikan.

“Kalau dia buat kesalahan dan pecah amanah, itu
bertentangan dengan undang-undang, jadi tindakan perlu diambil terhadap
beliau,” katanya.

Najib juga menjelaskan bahawa hubungannya dengan
Low dalam isu 1MDB hanyalah atas dasar profesional semata-mata untuk
meningkatkan ekonomi negara.

"Sebelum
isu 1MDB, Jho Low ada hubungan yang rapat dengan negara Timur Tengah
terutama Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan lain-lain. Dia
berjaya bawa pelaburan.

“Saya melihat dia dari sudut itu kalau
kita boleh gunakan hubungan baik beliau untuk tingkatkan ekonomi. Tapi
saya tak tahu hubungan peribadinya, saya tak terlibat dan tak tahu
langsung apa dilakukan (di luar).

“Apa dia lakukan, dikatakan dia
ada yatch (kapal layar) besar, kapal terbang, saya tak tahu, hubungan
saya dengan dia adalah hubungan professional,” kata Najib.

Pada
20 September lalu, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan
membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan
dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Beliau
juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai perdana
menteri, menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB untuk
mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...