Mesej Whatsapp Bocor? Pertemuan Anwar-Hadi Awang Gagal
Misi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim
bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk
membincangkan isu Menteri Besar Selangor dikhabarkan gagal mencapai
matlamatnya.
Anwar dikatakan bertemu dengan Abdul Hadi semalam bagi memujuk PAS agar
menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan dengan Presiden PKR
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isterinya.
Berita mengenai kegagalan itu kini disebar secara meluas melalui aplikasi bual Whatsapp.
Ia merupakan petikan skrin mesej yang bocor dikatakan daripada seorang Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat hari ini.
Anwar dikatakan bertemu Abdul Hadi di sebuah hotel dekat Kuala Ibai, Kuala Terengganu hari ini.
“Pertemuan antara Anwar dan Abdul Hadi semalam gagal, tiada kompromi,
senario yang dikemukakan oleh seorang AJK PAS Pusat yang juga Pengarah
Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki dilihat mungkin akan
digunakan,” kata ahli berkenaan dalam mesj Whatsapp itu. - Sumber
No comments:
Post a Comment