Hadi wajar tunai janji keluar PR, PAS paling rugi dalam Tahalluf Siyasi
Pas pihak yang paling rugi dalam Tahalluf Siyasi bersama DAP dan PKR. Berdasarkan prestasi Pas hari ini, kerajaan yang bakal tertubuh bukan kerajaan Islam, tetapi kerajaan sosialis dan sekular.
"Kekalahan beberapa pemimpin kanan PAS seperti Salahuddin Ayub, Mohamad Sabu dan Dr Dzulkefly Ahmad yang menolak kerajaan perpaduan, telah membuka satu dimensi baru dalam usaha ke arah perpaduan itu."
Pas nampaknya setuju tolak hudud dan hidup dalam `kekafiran' bersama PR
PAS Keluar Pakatan Jika Merugikan Melayu Islam, Masa Untuk Mengotakan Kata
Oleh SM AMIN (shaik@malaysiandigest.com)
Thursday, 09 May 2013 12:00
KUALA
LUMPUR: "Sekiranya Pakatan tersebut merugikan Islam dan Melayu, PAS
keluar PR! Tidak ragu-ragu lagi," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang yang menegaskan, PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR)
sekiranya kerjasama antara PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu.
Penegasan
tersebut dibuat pada Februari lalu, di hadapan hampir 10,000 penyokong
PAS yang hadir dalam Program PAS Ganti Umno Ke-7 (PGU 7.0) di Banggol
Peradong di Kuala Nerus, Terengganu.
Jika dilihat
kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang baru sahaja
melabuhkan tirainya, maka PAS sewajarnya harus keluar dari Pakatan
kerana ianya jelas merugikan orang Melayu dan Islam.
Kerjasama
politik atau diistilahkan PAS sebagai ‘tahalluf siyasi’ yang dibuat
dengan PKR dan DAP jelas gagal memperkasakan Melayu dan Islam itu
sendiri.
Pada 2 Mei
lalu, beberapa hari sebelum PRU13, kepimpinan pusat PAS sudah meminta
akar umbi yang mahu parti Islam itu keluar daripada Pakatan boleh
mengusulkan cadangan tersebut pada muktamar yang dijadualkan hujung
tahun ini.
Ketua Dewan
Ulama, Datuk Harun Taib berkata, perkara itu boleh dibincangkan secara
bersama dan sebarang keputusan bakal ditentukan mengikut suara majoriti
ahli parti.
"Sebaik
sahaja pilihan raya berakhir, kita akan menyelesaikan perkara ini.
Muktamar akan diadakan selepas pilihanraya umum dan akar umbi boleh
menyatakan hasrat mereka kepada kepimpinan parti. Kita akan membuat
keputusanitu, tetapi bukan sekarang," katanya.
Pada pilihan
raya umum 2008, kerusi Parlimen yang ditandingi PAS adalah sebanyak 66
kerusi dan menang 23 kerusi, manakala pada pilihan raya umum 2013,
jumlah yang ditandingi parti itu meningkat kepada 76 kerusi tetapi hanya
mampu memenangi 21 kerusi sahaja.
Berbeza
dengan Umno, jumlah kerusi yang dimenangi pada pilihan raya 2013 adalah
sebanyak 88, iaitu pertambahan sebanyak 10 kerusi daripada keputusan
pilihan raya 2008.
Terdapat
petunjuk jelas di sini; Umno masih lagi relevan dikalangan sebahagian
besar masyarakat Melayu berbanding PAS yang semakin merosot sokongan.
Kerajaan Perpaduan
Idea Abdul
Hadi pada 2009 mengenai pembentukkan kerajaan perpaduan perlu dinilai
semula kerana ianya dilihat mampu untuk menyelesaikan kemelut yang
sedang melanda demi kebaikan rakyat dan negara.
Jika dahulu
ada pihak yang berpendirian bahawa cadangan untuk mewujudkan kerajaan
perpaduan tidak menguntungkan PAS, tetapi kini sudah jelas terbukti
kerjasama PAS dalam Pakatan juga tidak memberi sebarang manfaat kepada
parti itu.
Perbincangan
dan kajian mendalam perlu dibuat oleh kedua-dua parti untuk merungkai
kekusutan yang berlaku dalam politik negara, lebih-lebih lagi kedudukan
orang Melayu dan agama Islam yang mula dicabar dan diganggu gugat pihak
tertentu.
Kekalahan
beberapa pemimpin kanan PAS seperti Salahuddin Ayub, Mohamad Sabu dan Dr
Dzulkefly Ahmad yang menolak kerajaan perpaduan, telah membuka satu
dimensi baru dalam usaha ke arah perpaduan itu.
Malah,
tindakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang tidak merestui Naib
Presiden PAS, Datuk Husam Muda dilantik semula sebagai exco juga
mengejutkan.
Menurut
Menteri Besar Kelantan baru, Datuk Ahmad Yaakob berkata nama Husam telah
diletakkan di tempat paling atas antara barisan pimpinan yang
dipilihnya, namun telah ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa
mencari pengganti untuk memastikan proses angkat sumpah dapat
dijalankan.
"Nama Husam
atas sekali, yang keduanya Exco lain termasuk juga Datuk Amar (Datuk
Mohd Amar Nik Abdullah) dan Ustaz Latiff (Abdul Latiff Abdul Rahman)…
ini nama-nama kita kemukakan untuk mendapat keizinan Tuanku bagi
pelantikan sebagai Exco.
"Apabila
diangkat, Tuanku tidak naik (tolak) nama Husam dengan Ustaz Latiff,
turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini
yang memberatkan ambo (saya), bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut
tidak boleh angkat sumpah, jadi angkatlah ambo sebagaimana yang
dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang," katanya.
Selain
hilang Kedah, PAS turut kehilangan lima kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) di Kelantan, iaitu daripada 37 kerusi kepada 32 kerusi pada
pilihan raya lalu.
Berbalik
kepada kerajaan perpaduan, perkara asas yang perlu dititikberatkan
adalah keikhlasan semua pihak dan pemimpin Melayu harus buktikan mereka
juga boleh duduk semeja tanpa mengira sentimen politik demi
mempertahankan maruah agama dan bangsa.
Kerajaan
perpaduan dilihat mampu mewujudkan satu landskap politik baru dengan
pembentukan satu kerjasama yang ikhlas untuk kestabilan negara.
Muzakarah diantara Umno dan PAS yang sudah lama terhenti perlu diadakan semula untuk mencapai matlamat itu.
- mD
No comments:
Post a Comment