PAKATAN RAKYAT SIAPA YANG BANGKIT DAN SIAPA YANG TERSUNGKUR
PKR 30 ( MELAYU : 16, CINA : 9, INDIA : 4, LAIN2 : 1 )
DAP 38 ( MELAYU : 1 )
PAS ( MELAYU : 21 )
AHLI PARLIMEN PR MELAYU : 38
AHLI PARLIMEN PR BUKAN MELAYU : 51
Selama 5 tahun Pakatan Berjuang dengan selogan Kebangkitan Rakyat untuk
mengajak rakyat bangkit menentang kerajaan yang sah. Itulah kaedah yang
Anwar gunakan demi cita-citanya ke Putrajaya.
Ramai yang terpukau seolah-olah Anwar yang terhebat melebihi segalanya. Hingga sanggup cai-cai ini membutakan mata untuk melihat apa jua isu moral Anwar Ibrahim. Yang pelik video seorang amah yang menghempuk bayi terakam hingga menyebabkan amah tersebut terhukum 20 tahun penjara. Tetapi video China Doll dan Stopa tidak layak digunakan bukti seperti mana video Amah walhal kualitinya hampir sama sahaja. Itulah tahap kebutaannya.
Ini kerana gaya pidato Anwar sudah cukup untuk menidakan apa jua bukti yang membongkar akhlak Anwar. Bergitu juga video Anwar memuji punyai kawan dari israel dan video mendukung keselamatan israel. Malah video Nurul Izzah digereja yang menyentuh hak memilih agama juga disangkalkan dengan mudah hanya kerana kepetahan Anwar berucap.
Kepetahan Anwar juga membawa PAS menggugurkan negara islam demi merapatkan talian persahabatan dengan DAP. Itulah dinamakan KEBANGKITAN RAKYAT oleh Pakatan Rakyat yang pada nama sahaja tetapi tidak berani didaftar dan apatah lagi mengikat perjanjian kursus. Kerapuhan ikatan Pakatan Rakyat bukanlah menjadi alasan untuk cai-cai menidakkan PR, tetapi turut serta fahami hujah Nik Aziz bersetuju sembahyang UMNO tidak sah. Itu semua jadi tidak ada masalah demi Kebangkitan Rakyat.
Berlakulah pelbagai rusuhan anjuran Kebangkitan Rakyat. Maka bangkitlah beramai-ramai membawa anak-anak kecil tampa memikirkan resiko malang mungkin menimpa anak-anak kecil mereka. Demi Selogan Kebangkitan Rakyat nyawa anak no 2.
Menjelang PRU13 Pakatan Rakyat masih bergerak atas hanya pada nama tanpa ikatan perjanjian. Sebab itu PAS boleh bertanding setempat dengan PKR kerana berebut kerusi. Tetapi PAS mahupun PKR tidak berani bertanding dimana-mana kerusi yang DAP bertanding atas selogan Pakatan Rakyat. Erkkk sama diri bergelut tetapi dengan cina DAP beralah?
Malah semasa kempen DAP tidak pernahpun bantu PKR mahupun PAS. Akhirnya keputusan DAP cemerlang 39 kerusi parlimen manakala PKR tersungkur 30 kerusi dan PAS lagi teruk 21 malah kehilangan Kedah. Tetapi mereka berpura-pura Pakatan Menang dan Barisan Nasional kalah. Tetapi jika kita fikir dan renungkan yang menang adalah warga cina dan yang tewas adalah melayu.
Tapi Anwar ada kisah? Dia masih makan hati tidur tak lena memikirkan kempunan jawatan Perdana Menteri maka mulalah mereka rancangan jahat. Walhal satu dunia ikhtiraf ketulusan PRU13 termasuk Washinton. Ahhh cai-cai mana perduli sebab mikirkan bapak Anwar kecewa huhu. Tidak apa berperang sesama melayupun ada yang sanggup demi apa!!! DAP.....
Read more: http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2013/05/pakatan-rakyat-siapa-yang-bangkit-dan.html#ixzz2Sj04rWkK
Melayu yg xsedak diri...dan haprak...menang sorak tanah tergadai...perghhhhhh
ReplyDelete