Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, January 7, 2012

PANAS - DATO' SHAHNON AHMAD HENTAM PAS TAK IKUT RASULLAH SAW

(Profesor Emeritus Dato' Shahnon Ahmad ialah Sasterawan Negara dan penerima anugerah Pejuang Sastera 1976. Bekas Ahli Parlimen Sik, Kedah beliau juga pernah mengetuai Pusat Islam di USM, Pulau Pinang. Novelnya 'Ranjau Sepanjang Jalan' [1967] dianggap novel Melayu bertaraf antarabangsa)

GEORGETOWN - Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad tidak setuju dengan dasar kepimpinan Pas sekarang yang mengadakan kerjasama dengan DAP.
Kedua-dua parti itu dan PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat.
Menurut beliau, konsep kerjasama antara Pas dan DAP sekarang ini bertentangan dengan konsep yang diamalkan pada zaman Rasulullah SAW.
"Rasulullah SAW pada zaman dahulu tidak bekerjasama dengan musyrikin, sebaliknya baginda meletakkan syarat untuk mewujudkan keharmonian atau keamanan.
"Saya tidak bersetuju dengan kerjasama antara Pas dan DAP ini," kata beliau kepada Sinar Harian selepas menerima kunjungan beberapa ahli Pas Tanjong di rumahnya di sini, hari ini.
Shahnon yang juga bekas Ahli Parlimen Sik turut menolak penggunaan istilah ulama dan profesional dalam kalangan pemimpin Pas masa kini.
Menurutnya, istilah profesional adalah mengikut sesuatu disiplin kerjaya seperti kedoktoran, kejuruteraan dan pendidikan.
"Profesional adalah pakar seperti saya digelar profesor kerana saya adalah profesor dalam kesusasteraan.
"Pas tidak nampak ulamanya melainkan (Mursyidul Am) Tok Guru (Datuk) Nik Aziz Nik Mat sahaja," katanya.
Shahnon yang terkenal dengan buku S.H.I.T sebelum ini berkata, pandangannya sekarang ini tidak lagi mahu didengar oleh sesiapa pun kerana sudah lama tidak aktif dalam politik.
Sungguhpun begitu, beliau masih aktif menjadi penulis kolum bagi sebuah majalah sastera.
Beliau menjalani pembedahan injap tahun lalu.
Beliau turut melahirkan rasa kurang senang hati dengan peningkatan jenayah di negara ini.
"Sepatutnya hududlah yang dijalankan iaitu hanya ke atas orang Islam. Inilah caranya untuk mengatasi jenayah," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...