Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, January 5, 2012

Hasan Ali tolak perhimpunan haram 901




SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, menolak perhimpunan haram 'Bebaskan Anwar 901' Isnin ini ini dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata, ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.
"Jika semua pihak termasuk golongan pelajar dan muda turun pada hari itu ia akan memberikan implikasi tidak baik, lebih-lebih lagi apabila mereka sedang berdepan dengan peperiksaan akhir.
"Saya tidak akan hadir dan saya nasihatkan anak-anak saya dan mahasiswa khususnya supaya tidak hadir dan berikan tumpuan pada peperiksaan akhir supaya menjadi generasi pelapis yang lebih gemilang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hasan berkata, semua pihak termasuk pemimpin yang terbabit harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.

Hasan berkata, perbicaraan itu sudah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar sudah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah.
Beliau turut membidas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman, yang katanya membuat kenyataan dengan membelakangkan pemimpin PAS Pusat berhubung pendirian parti itu mengenai perhimpunan haram yang akan diadakan itu.

Abdul Rani, dalam laporan akhbar semalam dipetik sebagai berkata PAS Selangor menyokong 'Kempen Bebaskan Anwar 901' dan mengajak ahlinya menyertai perhimpunan itu dengan alasan ia adalah hak asasi mereka.

Ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, bahawa Anwar akan tetap menjadi Perdana Menteri walau apapun yang berlaku sekiranya pakatan pembangkang memerintah, Hasan berkata hanya ada dua calon yang layak iaitu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...