Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, January 7, 2012

Ariff Gay dan Amalina Seksi - ADAKAH Kegagalan Produk Sistem Pendidikan Sekular

Tanpa ilmu pengetahuan berteraskan akidah Islam, masyarakat akan hidup dalam kemunduran dan keruntuhan moral secara berleluasa. Rasulullah SAW bersabda: “Di antara tanda-tanda kiamat adalah menghilangnya ilmu dan menyebarnya kebodohan…” [Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad]

Lihat sahajalah fakta dan realiti yang bertebaran di sekeliling masyarakat Malaysia hari ini khususnya dan seluruh dunia umumnya. Pergaulan bebas, berpakaian seksi, seks bebas, gay, buang bayi, dadah dan HIV/AIDS tidak pernah surut.

Dua kes terbaru berkenaan pelajar yang berjaya melanjutkan ke Institusi Pengajian Tinggi tetapi tidak menggunakan akal untuk berfikir tentang larangan Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa :-

1. Nur Amalina, seorang pelajar pintar yang mendapat 17 A pada SPM 2004. Di landa kontroversi kerana dikatakan berpakaian membuka aurat, kurang sopan dan agak seksi.

2. Ariff Alfian Rosli (pelajar tajaan PETRONAS) mengahwini pasangan gay Jonathan dan meniru perbuatan kaum Nabi Lut AS di Dublin, Ireland.

Perkara ini sepatutnya menjadi perhatian setiap individu kerana setiap individu itu merupakan ahli dalam masyarakat. Namun persoalannya adalah adakah kerangka atau sistem yang sedia ada ini mampu memastikan sistem pendidikan itu berjaya mencapai targetnya iaitu menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat? Adakah kurikulum pendidikan yang ‘diselia’ oleh kuffar Barat ini mampu memastikan pelajar-pelajar kita menjadikan Islam sebagai cara hidupnya?


Asas Pendidikan

Bayangkan sepohon pokok. Tanpa akar yang kuat, begitu mudah pokok itu akan rebah dilanda badai. Begitu juga bagi setiap manusia. Tanpa pegangan hidup yang kuat, mudahlah dia kalah dengan arus kehidupan yang merosakkan. Sesungguhnya pegangan hidup yang paling kuat bagi manusia adalah aqidah Islam kerana Islam merupakan agama daripada Allah untuk manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “…Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus...” [Surah al-Baqarah (2):256]

Maka, sudah semestinya asas kepada sistem pendidikan merupakan aqidah Islam. Aqidah Islam adalah asas ketaatan umat Islam kepada syariat Islam. Dalam Islam, pendidikan dianggap tidak berhasil apabila pendidikan tersebut gagal menghasilkan pelajar yang terikat dengan syariat Islam, walaupun mungkin pelajar tersebut berjaya menguasai ilmu pengetahuan atau dengan kata lain cemerlang dalam akademik. Maka, aqidah Islam wajib menjadi dasar kurikulum (mata pelajaran dan cara pengajaran) yang dilaksanakan oleh negara.

Apabila aqidah Islam dikatakan menjadi asas kepada ilmu pengetahuan, ini tidak membawa maksud bahawa semua ilmu pengetahuan yang dikembangkan mesti bersumberkan pada aqidah Islam. Tidak semua ilmu pengetahuan lahir daripada aqidah Islam. Apa yang dimaksudkan di sini ialah, aqidah Islam mesti dijadikan ukuran penilaian. Ilmu pengetahuan yang bertentangan dengan aqidah Islam tidak boleh dikembangkan dan diajarkan, kecuali untuk dijelaskan kesalahannya.


Tujuan Pendidikan

Aqidah Islam yang menjadi asas atau dasar pendidikan itu tadi akan disalurkan atau dilaksanakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kedua-dua proses ini sepatutnya membawa kepada pemenuhan tujuan pendidikan (learning outcome) itu sendiri. Tujuan pendidikan adalah suatu keadaan yang menjadi target daripada proses-proses pendidikan termasuk penyampaian ilmu pengetahuan yang dilakukan. Tujuan pendidikan inilah yang menjadi panduan bagi seluruh kegiatan dalam sistem pendidikan. Islam ada menggariskan tujuan pendidikan untuk membentuk manusia yang berkarakter iaitu;
(1) membentuk keperibadian Islam;
(2) menguasai tsaqafah Islam; dan
(3) menguasai ilmu kehidupan (sains, teknologi dan keahlian) yang memadai.


Membentuk Keperibadian Islam (Syakhshiyyah Islamiyyah)

Tujuan yang pertama ini hakikatnya untuk membentuk keimanan seseorang muslim, iaitu pelajar dididik sehingga terzahir identiti keislamannya yang nampak pada cara berfikir (aqliyyah) dan cara sikapnya (nafsiyyah) yang sentiasa dilandaskan pada ajaran Islam.

Firman Allah SWT, “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata ‘sesungguhnya aku termasuk kaum muslimin’.” [Surah Fushshilat (41) : 33]

Sabda Rasulullah SAW, “Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga dia menjadikan hawa nafsunya mengikut apa-apa (dinul Islam) yang kubawa.” [Hadis Riwayat Arba’in An Nawawiyyah]

Tujuan ini perlu dilaksanakan melalui tiga cara.
Pertama, menanamkan aqidah Islam dengan cara yang merangsang akal, menggetarkan jiwa dan menyentuh perasaan.
Kedua, mendorong supaya sentiasa berfikir dan berkelakuan mengikut aqidah dan syariah Islam.
Ketiga, mengembangkan keperibadian dengan cara bersungguh-sungguh dan mengisi pemikiran dengan Tsaqafah Islamiyyah serta mengamalkannya dalam seluruh aspek kehidupannya dalam rangka melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT.


Menguasai Tsaqafah Islam

Tujuan kedua ini merupakan satu proses selepas proses membentuk keimanan seseorang. Islam mendorong setiap muslim menjadi seorang yang berilmu dengan mewajibkan menuntut ilmu. Imam Al Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, dalam bab Ilmu, menjelaskan bahawa berdasarkan takaran kewajipannya, ilmu dibahagikan kepada dua kategori.

Pertama, ilmu fardhu ain yang wajib dipelajari oleh setiap Muslim. Ilmu fardhu ain termasuklah ilmu-ilmu tsaqafah Islam, seperti pemikiran, idea dan hukum-hukum Islam (fekah), bahasa arab, sirah nabawiyah, al-Quran, al-Hadis dan sebagainya. Rasulullah SAW telah menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar untuk pendidikan dan urusan penting lainnya seperti bahasa diplomatik dan pergaulan antarabangsa. Oleh sebab itu, setiap muslim yang selain orang arab sekalipun, wajib mempelajari bahasa Arab.

Kedua, ilmu yang dikategorikan sebagai fardhu kifayah, iaitu ilmu yang wajib dipelajari oleh sebahagian sahaja daripada umat Islam. Ilmu fardhu kifayah termasuklah ilmu-ilmu kehidupan yang mencakup ilmu pengetahuan dan teknologi serta keahlian. Contohnya, ilmu kimia, biologi, fizik, kedoktoran, pertanian, teknikal dan sebagainya.


Menguasai ilmu kehidupan (sains teknologi dan keahlian)

Penguasaan dalam ilmu kehidupan diperlukan agar umat Islam mampu mencapai kemajuan material sehingga dapat menjalankan misi hidup sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dan kewajipan ini merupakan fardhu kifayah.

Manusia yang mempunyai keperibadian Islam serta menguasai Tsaqafah Islam dan ilmu kehidupan inilah yang akan memenuhi keperluan masyarakat dalam perkhidmatan profesional untuk memudahkan kehidupan masyarakat. Negara sepatutnya melaksanakan polisi-polisi tertentu yang akan menjamin kelangsungan perkhidmatan doktor, pensyarah, jurutera, ahli kimia, mujtahid dan kerjaya-kerjaya lain dalam jumlah yang diperlukan masyarakat.

Untuk memenuhi bidang perkhidmatan perubatan seperti doktor dan paramedik, serta bidang keamanan seperti polis dan tentera, negara boleh melatih mereka sebagai pegawai negeri sejak di bangku sekolah lagi, atau negara boleh membuka sekolah khusus untuk memenuhi keperluan-keperluan perkhidmatan tersebut.

Kejayaan pencapaian tujuan pendidikan di atas tidak hanya bergantung pada proses pendidikan yang dilakukan di sekolah. Sekolah, keluarga dan masyarakat seharusnya bekerjasama dengan baik dalammengupayakan tercapainya tujuan pendidikan. Keluarga berperanan dalam membentuk dan mengembangkan keperibadian Islam dalam kehidupan sehari-hari di rumah. Manakala, masyarakat menguatkan nilai-nilai yang ditanam oleh keluarga dan sekolah.

Negara pula akan mendorong keluarga untuk meningkatkan peranan dan kemampuannya dalam mendidik anak serta menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan keluarga yang ingin meningkatkan kemampuannya dalam mendidik anak. Sekiranya seorang ayah atau ibu sangat lemah dalam mendidik anaknya, negara boleh menarik sementara hak pendidikan anak daripada mereka dan menyerahkannya kepada keluarga atau kerabat lain yang mampu mendidik anak itu, sehingga mereka mampu mendidik anaknya.

Selain itu, negara turut berperanan dalam mengawasi media massa dan perilaku individu-individu dalam kehidupan umum. Media massa tidak boleh menyebarkan nilai, pemikiran atau contoh perilaku yang membahayakan para pelajar. Tindakan-tindakan yang melanggar hukum syarak pula mesti diberi tindakan yang tegas agar tidak berleluasa di tengah-tengah masyarakat. Peranan negara ini seiring dengan kewajipannya sebagai penjaga aqidah umat Islam dan memastikan supaya aturan kehidupan rakyatnya berjalan berlandaskan aturan Allah SWT.


Sekilas Fakta Sistem Pendidikan bawah Pemerintahan Islam

Memahami betapa pentingnya pendidikan dalam Islam, maka hal pendidikan mestilah menjadi agenda penting bagi negara. Negaralah yang berperanan dalam merencanakan, mengatur, dan menerapkan sistem pendidikan berasaskan hukum-hukum Islam. Ini adalah kerana negara merupakan institusi pemerintahan yang bertanggung jawab mengurus keperluan dan hak rakyatnya. Rasulullah SAW bersabda, “Seorang imam (pemimpin) itu adalah penggembala (pemelihara) dan dia bertanggungjawab di atas pemeliharaannya...” [Hadis Riwayat Ahmad, Syaikhan, Tirmidzi, Abu Daud dari Ibnu Umar].

Hadis ini dengan jelas meletakkan tanggungjawab pemeliharaan atau penjagaan rakyat ke atas bahu para pemimpin. Justeru, dalam bidang pendidikan, memberi pendidikan dan menyediakan segala kemudahan yang berkaitan dengannya adalah wajib ke atas pemimpin dan semuanya mesti disediakan secara percuma kepada rakyat. Negara wajib bersungguh-sungguh dalam memperolehi pendapatan agar dapat memenuhi keperluan asas bagi warga negaranya, termasuk keperluan pendidikan.

Rasulullah SAW pernah mengarahkan tawanan Perang Badar untuk mengajar membaca dan menulis sepuluh anak kaum Muslimin sebagai syarat penebusan mereka. Dengan tindakan ini, iaitu membebaskan para tawanan dengan cara menyuruh mereka mengajar anak-anak kaum Muslimin, bererti Rasulullah telah menjadikan biaya pendidikan setara dengan nilai barang tebusan. Maksudnya, Rasulullah SAW (seperti) telah memberi upah kepada para pengajar itu dengan harta benda yang seharusnya menjadi milik Baitul Mal.

Di samping itu, para khalifah sepanjang zaman pemerintahan Daulah Khilafah Islamiyah juga memberikan pendidikan percuma kepada warga negaranya. Sejak abad ke-4H, banyak sekolah telah ditubuhkan. Sebelum wujudnya sekolah formal, ketika itu pendidikan biasanya dilakukan di masjid-masjid, majlis-majlis ta’lim dan beberapa tempat pendidikan yang tidak formal lainnya.

Muhammad Athiyah al-Abrasi, di dalam buku Dasar-Dasar Pendidikan Islam memaparkan usaha-usaha para khalifah untuk membangunkan sekolah-sekolah tersebut. Setiap Khalifah berlumba-lumba membina sekolah tinggi Islam dan berusaha memperlengkapkannya dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan. Setiap sekolah tinggi dilengkapi dengan auditorium, dewan mesyuarat, asrama mahasiswa, perumahan pensyarah dan ‘ulama, bilik mandi, dapur dan dewan makan, malah taman rekreasi.

Di antara sekolah-sekolah tinggi yang penting dan terkenal sepanjang pemerintahan Daulah Khilafah Islamiyah ialah Madrasah Nizhamiyah dan Madrasah al-Mustanshiriyah di Baghdad, Madrasah al-Nuriyah di Damsyik serta Madrasah an-Nashiyah di Kaherah. Di antara madrasah-madrasah ini, yang terbaik ialah Madrasah Nizhamiyah di mana ia dijadikan asas ukuran bagi madrasah di daerah lain di Iraq, Khurasan (Iran) dan tempat-tempat lain.

Madrasah al-Mustanshiriyah di Baghdad yang didirikan oleh Khalifah al-Mustanshir pada abad ke-6H mempunyai sebuah auditorium dan perpustakaan yang dipenuhi pelbagai jenis kitab yang cukup untuk keperluan proses pembelajaran. Selain itu, madrasah ini juga dilengkapi dengan kamar mandi dan klinik yang doktornya sentiasa tersedia. Setiap mahasiswa pula menerima biasiswa berupa wang emas dari negara. Kehidupan seharian mereka juga ditanggung. Makanan berupa roti dan daging disediakan tanpa bayaran sedikit pun.

Madrasah lain yang juga cukup terkenal adalah Madrasah Darul Hikmah di Kaherah yang didirikan oleh Khalifah al-Hakim bi-amrillah pada tahun 395H. Madrasah ini adalah sebuah institut pendidikan yang dilengkapi dengan perpustakaan yang dipenuhi dengan ruang ulangkaji dan pelbagai kemudahan pendidikan lainnya. Perpustakaannya turut dibuka untuk orang ramai. Semua orang juga dibenarkan mendengar kuliah, ceramah ilmiah, simposium, aktiviti kesusasteraan dan pengajaran agama.

Begitu juga dengan Madrasah an-Nuriah di Damsyik yang didirikan pada abad ke-6H oleh Nuruddin Muhammad Zangi. Di sekolah ini terdapat kemudahan seperti asrama, perumahan staf pengajar, tempat istirehat serta dewan ceramah yang luas.

Daripada sistem pendidikan begini, maka lahirlah tokoh-tokoh yang bukan sahaja menguasai ilmu pengetahuan malah bersyakhsiyah Islam. Al-Razi (850-925M) seorang ahli perubatan, kimia dan falsafah; Ibn Sina (980-1037M) seorang tokoh perubatan; Al-Farabi (874-950M), Al-Biruni (973-1037M) dan Ibn Rusyd (1126-1198) merupakan ahli falsafah; Abul Kamil (850-930M) dan Al-Khawarizmi (780 - 850 M) merupakan ahli Matematik; Al-Masudi (1895-1915M) seorang ahli geografi (Ilmu Bumi) dan ensklopedia; Al-Tabari (838-923) seorang ahli sejarah; Ibn Khaldun (1332-1406M) seorang ahli ekonomi, dan ramai lagi contoh-contoh muslim yang cemerlang akademik dan syakhsiyyahnya hasil daripada sistem pendidikan Islam.

Demikianlah sedikit paparan tentang sistem pendidikan yang dijalankan di bawah pemerintah Daulah Islam yang menyediakan pendidikan berasaskan aqidah Islam serta proses pembelajaran dan pengajaran mengikut aqidah Islam. Para Khalifah sedar akan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin yang wajib menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, sama ada yang fakir miskin mahupun kaya. Sekali lagi dinyatakan, ini adalah kerana menuntut ilmu merupakan satu perintah wajib, maka ia termasuk dalam keperluan serta hak asas setiap individu manusia.

Setiap pemimpin wajib bersungguh-sungguh berusaha meningkatkan perolehan pendapatan negara, seperti yang telah dicontohkan Rasulullah SAW dalam mengelola perekonomian negara, agar boleh memenuhi keperluan asas bagi setiap warganegaranya, bukan sahaja dalam sektor pendidikan, malah sektor kesihatan, keselamatan, insfrastruktur dan semua yang lain. Negara tidak hanya sekadar berkewajipan menyediakan pendidikan percuma, tetapi juga berkewajiban bertindak sebagai penyelenggara sistem pendidikan yang berkualiti, dengan asas pendidikan dan tujuan pendidikan sebagaimana yang digariskan oleh Islam. Rakyat dibolehkan menyumbang untuk menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut sebagai bentuk amal jariah, tetapi bukan dibebankan sebagai tanggungjawab.

Maka, tinjaulah kembali dasar, visi dan matlamat pendidikan di dunia ini. Adakah ia bertepatan dengan asas dan tujuan pendidikan dalam Islam? Adakah jari-jari hanya boleh dituding kepada pelajar-pelajar sahaja jika berlaku kesalahan pergaulan bebas? Bukankah akhlak dan moral pelajar ini menjadi rosak kerana kehidupan mereka ‘dimasak’ dalam acuan yang tidak betul?


Khatimah

Jelaslah bahawasanya sistem pendidikan Islam akan melahirkan generasi yang soleh dan solehah, yang baik dan mendatangkan kebaikan untuk masyarakat. Generasi ini hanya dapat dilahirkan jika mereka dididik dengan ilmu yang benar dan dengan cara yang benar iaitu yang bersumberkan wahyu daripada Allah, Pencipta manusia, dan daripada contoh tauladan terbaik bagi umat manusia, Muhammad SAW. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya...” [Surah al-A’raaf (7):3].

Ketahuilah, tugas memelihara urusan umat terbeban pada bahu pemimpin. Pemimpinlah yang akan bertanggungjawab di hadapan Allah SWT. Walaupun begitu, jika terdapat pelajar-pelajar ini gagal dalam menghayati Islam dalam kehidupannya, maka hukum-hukum lain tetap akan dikenakan ke atasnya. Wallahua’lam. [mykhilafah.com/arrayah.info]

Sumber : http://www.mykhilafah.com/fikratul-ummah/3009-fikratul-ummah-ogos-2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...