Orang melayu di Selangor semakin berubah persepsi terhadap Pakatan Rakyat khususnya PAS. Jika pada PRU12 yang lalu ramai rakyat Selangor memilih untuk mengundi Pakatan bagi menggantikan BN, ia mungkin akan berubah pada PRU akan datang.
Buktinya dapat dilihat melalui satu kajian yang dibuat oleh pihak Universiti Malaya di negeri tersebut baru-baru ini.
Daripada 795 responden yang terdiri dari pelbagai bangsa, hanya 32 peratus sahaja yang yakin bahawa PAS serta Pakatan Rakyat mampu menggantikan UMNO dan Barisan Nasional di negeri Selangor jika Pilihanraya Umum diadakan.
Selebihnya, sebanyak 68% responden pula tidak yakin ataupun tak pasti jika PAS/Pakatan Rakyat boleh menjaga kebajikan seperti mana yang pernah UMNO/BN lakukan sebelum negeri itu ditawan oleh Pakatan.
Enam puluh peratus daripada responden itu adalah terdiri daripada bangsa Melayu, manakala Cina dan India pula masing-masing mewakili 25 dan 12 peratus responden dalam kajian tersebut.
Penilaian ini telah dibuat dari 3 hingga 11 Disember lalu dan meliputi kawasan parlimen Puchong, Sepang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Pandan, Subang dan Shah Alam.
Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Dan Demokrasi Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) di Selangor ini sekaligus menjelaskan senario sokongan rakyat yang semakin hilang terhadap kepimpinan Anwar dan Khalid Ibrahim.
Dari satu perspektif, sokongan rakyat Selangor yang mula kembali kepada UMNO/BN dilihat sebagai hasil dari tranformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri DS Najib Razak sejak memegang jawatan sebagai orang nombor satu negara.
Pendekatan menyelami masalah rakyat dan juga mengutamakan keberkesanan pentadbiran negara dikenalpasti sebagai salah satu faktor yang berjaya “mencuri” sokongan rakyat dari Pakatan. Lebih-lebih lagi dengan sifat rendah diri serta mesra rakyat yang DS Najib tunjukkan.
Saya percaya, dengan sokongan serta usaha dari semua kepimpinan UMNO/BN diperingkat bahagian serta cawangan di Selangor, kajian UM ini akan menjadi langkah awal bagi merealisasikan impian DS Najib bagi merampas kembali Selangor dari Pakatan.
No comments:
Post a Comment