Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, September 26, 2011

USTAZ ISMAIL MINA : BELIAU MENGENALI ANWAR IBRAHIM , MACAM APA?

ADAKAH BELIAU MENGENALI ANWAR IBRAHIM ???



Seorang sahabat lama yang mengenali Anwar Ibrahim ketika sama-sama menuntut di Universiti Malaya menarik balik sokongannya kepada Ketua Umum PKR itu selepas Mac tahun lepas apabila terbukti bekas Presiden ABIM itu menganut fahaman liberalisme agama diistilahkan sebagai Pluralisme Agama.Pluralime Agama dalam bahasa mudahnya adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama. Tidak ada agama yang lebih benar daripada agama lain. Semua agama adalah benar.

“Ya, betul. Saya langsung tidak menyangka hal itu kerana semasa kita di universiti, kita sudah mengenali Nurcholish Madjid.Dan semua orang tahu Nurcholish Madjid, Datuk Seri Anwar pun tahu pemikirannya. Di mana Nurcholish Madjid pada awal tahun 1970-an sudah menolak Islam sebagai satu sistem politik.Datuk Seri Anwar, setakat yang saya tahu, dia faham benda itu. Jadi, saya tidak sangka sampai satu peringkat, fahaman beliau juga sudah selari dengan Nurcholish Madjid”, kata Ustaz Ismail Mina ketika ditemui di Hulu Klang pada 16 September lalu.

Nurcholish Madjid adalah seorang tokoh pelopor Islam Liberal yang ditolak pemikirannya di negaranya kerana berusaha mengembangkan pemikiran sonsang Islam, Pluralisme Agama.

“Ya,saya tidak menyangka pada awalnya.Sehingga lah terbukti dalam ucapannya di LSE itu”, katanya yang merujuk kepada ucapan Anwar di di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010.Memang sah.Kita ambil ucapan itu daripada blog beliau.Ini bukan kita ambil atau copy daripada mana-mana blog orang lain, tidak. Memang kita ambil daripada blog beliau sendiri.Jadi, sah lah bahawa beliau yang bercakap, berucap”, katanya.

Katanya,pengesahan Anwar menganut fahaman tersebut bukan disahkan berdasarkan kaca mata dirinya sendiri sahaja, malah turut dibahaskan dengan serius di kalangan sahabat-sahabatnya.Sebagai pengesahan selanjutnya, mereka turut meminta pandangan Ustaz Uthman el-Muhammady untuk meneliti satu persatu ucapan Anwar di LSE itu.


“Ya,beliau meneliti.Saya ingat perkataan demi perkataan. Bukan sahaja baris demi baris tapi perkataan demi perkataan”, katanya.

Ustaz Uthman,Felo Amat Utama,International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) dalam penelitian mendapati sekurang-kurang 12 hujah Anwar dalam ucapan itu yang bercanggah dengan Islam.Menyedari pemikiran Anwar telah terpesong, Ustaz Ismail Mina melalui pertubuhan MUAFAKAT telah menganjurkan wacana sehari bertemakan ‘Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permurtadan Ummah’ di UIA (Universiti Islam Antarabangsa), Masjid Wilayah Persekutuan dan UMT (Universiti Malaysia Terengganu) sebagai satu teguran kepada Anwar.

“Maudu’ penting di ketiga-tiga program itu berdasarkan kepada pendirian iaitu ucapan Datuk Seri Anwar.Memang khusus kita bincang.Dan di UIA, Dr Uthman el-Muhammady pun sudah ulas. Dan kita panjangkan lagi di Masjid Wilayah”, katanya.

Teguran sahabat-sahabat itu telah sampai ke telinga Anwar menyebabkan satu pertemuan diaturkan di rumah Profesor Osman Bakar pada 2 Januari 2011 untuk bermuhasabah secara bersemuka.

“Saya difahamkan,perjumpaan itu adalah di antara Datuk Seri Anwar dengan aktivis MUAFAKAT sahaja.Ya, saya difahamkan begitu.Saya terkejut, apabila yang datang pada malam itu memang ramai sekitar 120 orang.Pada fahaman saya, kedatangan itu dikerah khusus untuk membantu Datuk Seri Anwar”, katanya.

Menurutnya kedatangannya bersama lima rakannya yang lain adalah untuk bersemuka dan bertanya sendiri dengan Anwar.

“Memang saya difahamkan Datuk Seri Anwar hendak menerangkan ucapannya dan juga nak mendengar pandangan kami yang menentang liberalisme dan pluralisme.Memang betul agenda awalnya, beliau mahu beri penjelasan dan kami nak bertanya.Seperti yang saya kata di awal tadi, saya memang ada buat homework. Tapi tidak jadi sebegitu”, katanya.

Tetapi, pertemuan bersemuka dengan Anwar pada malam itu disifatkan sebagai gagal, kerana Anwar tidak bersedia menjawab secara ilmiah tentang ucapannya di LSE, sebaliknya berusaha untuk mengalih kepada topik lain.

“Sebab itu, apabila Datuk Seri Anwar panjang lebar memberi responnya kepada soalan tentang isu moralnya, saya kata jangan. Saya tak bersetuju sebab kita fokus pada pluralisme agama.Tapi Datuk Seri kata, ‘tak..tak..(perkara itu) relevan’.Jadi, fahaman saya, semua itu dilakukan untuk alih topik daripada isu pluralisme agama kepada isu lain. Supaya kawan-kawan yang ramai hadir pada malam itu akan lebih lebih simpati kepadanya.Pada fahaman saya, perjumpaan pada malam itu gagal. Gagal dalam erti kata beliau tidak dapat menerangkan pendiriannya berdasarkan tulisannya dan kami juga tidak dapat bertanya khusus secara lebih detail berkenaan ucapannya di LSE”, katanya.

Ikutilah wawancara lengkap bersama Ustaz Ismail Mina bersama AIDC

KLIK DI SINI

DAN

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Ismail Mina : Saya Tidak Sangka Anwar Terpengaruh Pluralisme Agama

AIDCNews – 19/09/11 – Beliau bukan tokoh politik, berusia 62 tahun, mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika masih menuntut di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1970.

“Saya muda setahun dari Datuk Seri Anwar, ketika sama-sama menuntut di UM”, kata Ustaz Ismail Mina

Seorang bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam yang low profile , lebih selesa berjubah mula mengenali Anwar, ketika zaman pelajar, ketika itu Anwar adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Persahabatan dan sokongannya kepada Anwar tidak pernah luntur, dari zaman pelajar, bersama-sama di Yayasan Anda hingga terlibat dalam Sekretariat Pembebasan Anwar, ketika Ketua Umum PKR itu masih merengkok di penjara Sungai Buloh.

Namun semuanya berubah selepas Anwar dibebaskan dari penjara pasca 2004, terutamanya apabila Ketua Umum PKR itu sering berceramah di luar negara berkenaan dengan topik agama.

Paling kemuncak adalah ucapan Anwar di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World”.

“Ya, saya tidak menyangka pada awalnya. Sehingga lah terbukti dalam ucapannya di LSE itu…Memang sah. Kita ambil ucapan itu daripada blog beliau. Ini bukan kita ambil atau copy daripada mana-mana blog orang lain, tidak. Memang kita ambil daripada blog beliau sendiri. Jadi, sah lah bahawa beliau yang bercakap, berucap”, katanya yang mula menarik balik sokongan setelah melihat sahabatnya telah terpengaruh dengan aliran pemikiran yang merosakkan Islam, Liberalisme dan Pluralisme.

“Saya nak sebut bahawa, sebenarnya ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memang sah beliau berfahaman Pluralisme Agama”, tegasnya.

Ikutilah wawancara AIDC dengan Ustaz Ismail Mina pada 16 September 2011, di Hulu Klang dalam menyoroti kisah di sebalik tabir berkenaan dengan isu tersebut.

AIDC : Saya difahamkan, Ustaz ada menganjurkan satu seminar ‘Pluralisme Agama dan Pemurtadan’ di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada Disember tahun lepas.

Ustaz Ismail Mina : Ya. Benar.

Apakah tujuannya dianjurkan seminar tersebut ?

Sebenarnya, seminar tentang pemurtadan yang kita fokus tentang liberalisme dan pluralisme. Pertama kali kita buat di UIA, Gombak.

Itu yang pertama. Itu adalah ekoran daripada ceramah yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di London School of Economics (LSE).

Jadi, setelah kita teliti dengan sahabat – sahabat, kita dapati ini satu isu yang serius. Bukan sekadar isu yang remeh, tetapi isu ini yang menyangkut soal akidah dan syariah umat Islam.

Kemudian, seperti yang saudara sebut tadi, ada dibuat program di Masjid Wilayah. Itu adalah program yang kedua.

Yang Kedua ? di Masjid Wilayah itu lebih serius ataupun di UIA ?

Kedua-duanya serius cuma audiens di UIA itu sedikit terhad berbanding di Masjid Wilayah yang lebih ramai dan luas.

Mekanisme kita di UIA agak terbatas disebabkan jemputan itu sedikit berbanding di Masjid Wilayah kerana kita dapat organize jemputan lebih luas.

Dan ekoran daripada itu, kita juga buat program ketiga di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Di situ, kehadiran ramai pelajar dan ada sebilangan aktivis Islam di Terengganu.

Membincangkan topik yang sama iaitu pluralisme dalam konteks model ucapan Anwar di LSE ?

Ya, betul. Memang fokus kita adalah berdasarkan kepada ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diucapkan di LSE iaitu beliau menyamakan semua agama adalah sama.

Jadi, daripada situlah kita ada beberapa tajuk-tajuk lain.

Jadi, kenapa memilih ucapan Anwar di LSE itu sendiri sebagai pencetus?

Saya, Alhamdulillah, daripada maklumat daripada sahabat-sahabat bahawa ada juga aktivis Institut Kajian Dasar (IKD) bercakap mengenai pluralisme agama.

Antaranya mereka menyebut bahawa, sami-sami bukan Islam yang buat baik akan masuk syurga. Tapi itu cakap, tidak ada hitam putih.

Berbanding dengan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu adalah hitam putih. Jadi, sebab itulah kita mengambil ini sebagai pegangan yang konkrit.

Memang sah. Kita ambil ucapan itu daripada blog beliau. Ini bukan kita ambil atau copy daripada mana-mana blog orang lain, tidak. Memang kita ambil daripada blog beliau sendiri.

Ustaz sendiri adalah sahabat baik Anwar sejak dari Yayasan Anda..

Sejak dari Universiti Malaya lagi.

Ustaz tidak menyangka yang akhirnya Anwar terjerumus dalam pluralisme agama ?

Ya, betul. Saya langsung tidak menyangka hal itu kerana semasa kita di universiti, kita sudah mengenali Nurcholish Madjid.

Dan semua orang tahu, Nurcholish Madjid. Datuk Seri Anwar pun tahu pemikirannya. Di mana Nurcholish Madjid pada awal tahun 1970-an sudah menolak Islam sebagai satu sistem politik.

Datuk Seri Anwar, setakat yang saya tahu, dia faham benda itu. Jadi, saya tidak sangka sampai satu peringkat, fahaman beliau juga sudah selari dengan Nurcholish Madjid.

Maksudnya..

Ya, saya tidak menyangka pada awalnya. Sehingga lah terbukti dalam ucapannya di LSE itu.

Jadi seminar di UIA, Masjid Wilayah dan UMT membahaskan ucapan Anwar di LSE itu ?

Oh ya.. memang. Maudu’ penting di ketiga-tiga program itu berdasarkan kepada pendirian ucapan Datuk Seri Anwar. Memang khusus kita bincang.

Dan di UIA, Dr Uthman el-Muhammady pun sudah ulas. Dan kita panjangkan lagi di Masjid Wilayah.

Dengan penglibatan NGO-NGO Islam yang lain ?

Ya, betul.

Ustaz Uthman el-Muhammady meneliti satu-persatu ucapan Anwar di LSE itu ?

Ya, beliau meneliti. Saya ingat perkataan demi perkataan. Bukan sahaja baris demi baris tapi perkataan demi perkataan.

Bermakna, dibahaskan, disemak dan juga dilihat berkali-kali untuk mengesahkan bahawa benarkah ucapan Datuk Seri Anwar di LSE itu berbaur ataupun memang menjurus ke arah pluralisme agama ?

Memang.

Benarkah ucapan di LSE itu dibuat Anwar ?

Memang sah. Kita ambil ucapan itu daripada blog beliau. Ini bukan kita ambil atau copy daripada mana-mana blog orang lain, tidak. Memang kita ambil daripada blog beliau sendiri.

Jadi, sah lah bahawa beliau yang bercakap, berucap.

Saya nak sebut bahawa, sebenarnya ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memang sah beliau berfahaman Pluralisme Agama..Jadi definisi Datuk Seri Anwar Ibrahim, pluralisme agama ini ialah semua agama sama...

Apakah isi kandungan ucapan di LSE yang dikatakan Anwar telah menjurus ke arah pluralisme agama, telah dikatakan bercanggah dengan akidah Islam ?

Saya nak sebut bahawa sebenarnya ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memang sah beliau berfahaman Pluralisme Agama.

Dan perjumpaan di rumah Profesor Osman Bakar, saya telah menyediakan.. membuat sedikit homework sekitar sepuluh point, nak dibahaskan pada malam itu.

Itulah inti daripada keseluruhan ucapannya bahawa semua agama adalah sama dalam pengertian pluralisme agama.

Jadi definisi Datuk Seri Anwar Ibrahim, pluralisme agama ini ialah semua agama sama.

Bukan macam sesetengah orang mengatakan pluralisme agama ini ada berbagai-bagai agama, tidak. Ya, itu bukan. Itu plurality, kepelbagaian. Itu bukan pluralisme agama.

Datuk Seri Anwar memang faham begitu dalam tulisannya.

Maksudnya, menganggap Islam bukan absolutely benar dan mungkin juga agama lain mungkin benar dan semua agama adalah benar ?

Betul. Sebab itu beliau berkata di situ bahawa kita tidak boleh mengatakan agama kamu (bukan Islam).. kita orang Islam tidak boleh mengatakan agama itu tidak benar.

Dan beliau juga mengatakan, jalan untuk keselamatan berbagai-bagai. Bagi kita penganut Islam hanya satu sahaja.

Jika sekiranya Anwar mendakwa, prinsipnya tentang pluralisme ini tidak berubah sejak dari zaman ABIM lagi dan dulu telah terlibat dengan dialog-dialog antara agama dan sebagainya. Ustaz melihatnya bagaimana ?

Setakat yang saya faham, Datuk Seri Anwar tidak pernah terlibat dalam dialog antara agama.

Saya di Universiti Malaya pada masa itu, kami daripada Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan kita ada anjurkan program yang kita panggil Forum Antara Agama atau Dialog Antara Agama yang diwakili (Islam) oleh Dr. Uthman el-Muhammady, pada masa itu beliau pensyarah Universiti Malaya. Selain itu terdapat juga beberapa orang daripada Hindu, Kristian dan seumpamanya.

Jadi, setakat yang saya faham, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seperti yang kita kata tadi, beliau tidak mengatakan semua agama sama.

Tidak menjurus ke situ ?

Tidak menjurus ke situ. Tetapi sejak akhir-akhir ini, beliau sudah menjurus ke situ.

Sejak akhir-akhir ini, beliau kerap sangat attend program ke arah pluralisme agama ini.

Adakah Ustaz melihat perubahan beliau sejak akhir-akhir ini disebabkan terdesak untuk mendapat sokongan ataupun sebenarnya sudah menjadi satu anutan ideologinya terhadap perkara itu ?

Wallahualam. Setakat yang saya faham, memang itu keyakinan beliau.

Hasil perbincangan dengan beberapa sahabat, ada beberapa bukti.

Pertama, ucapan beliau mengenai semua agama sama ini bukan di satu tempat.

Dibuat di berbagai-bagai tempat. Dan kemuncaknya di LSE.

Kedua, beliau berjanji di dalam perjumpaan di rumah Prof. Osman Bakar malam itu, bahawa beliau akan edit balik tulisannya.

Katanya ada sedikit longgar, beliau akan edit balik. Sebenarnya beliau tidak edit. Tidak edit langsung.

Selepas perjumpaan malam itu, beliau ada satu ceramah politik di Melawati, dia mengulangi perkara itu lagi.

Malah, ditambah lagi tokoh-tokoh yang pada malam itu saya tidak sebut.. Ditambah lagi tokoh-tokoh (untuk sokong pendapatnya).

Jadi ini menunjukkan memang beliau yakin betul. Bukan strategi politik sangat, tetapi sudah menjadi akidahnya. Kepercayaannya.

Adakah ini hasilnya daripada pembelajarannya semasa belajar di University Georgetown, di Amerika Syarikat di bawah John Esposito ?

Saya rasa lebih awal lagi daripada itu. Saya rasa, kefahaman pluralisme agamanya mungkin lebih awal daripada di Universiti Georgetown.

Mungkin beliau ada berhubung dengan John Esposito ataupun lain-lain tokoh.

Jadi, bukan sebab di Georgetown, mungkin awal daripada itu lagi.

Semasa pertemuan di rumah Prof. Osman Bakar beliau ada menyebut tentang Asian Rennaisance. Adakah Ustaz membaca buku Asian Rennaisance ?

Ya, saya baca semasa beliau baru menulis. Saya baca. Tapi, pada saya Asia Rennaisance tidak ke arah pluralisme agama..tidak.

Beliau bercakap dari segi budaya dan seumpamanya.

Setakat yang saya faham, tidak menjurus kepada pluralisme agama.

Walaupun sebut tentang kebaikan agama-agama lain, tidak, itu satu hal lain.

Tapi, berbeza dengan ucapan di LSE, memang betul-betul jelas, menjurus ke arah itu. Bukan sahaja menjurus ke arah itu, tapi memang betul-betul ke situ.

Pada malam perjumpaan itu, Anwar berkata dia terpaksa memberi ceramah kepada audiens Yahudi dan Kristian sebagai mengambil hati mereka

Memang beliau boleh jawab begitu. Audiensnya begitu.

Sebagai contohnya, kalau audiensnya semua tidak percaya kepada agama, adakah beliau akan mengatakan, ‘ya kita tidak perlu percaya kepada agama’.

Kalau audiens yang akhlaknya rosak, takkan kita pun nak kata agama Islam adalah akhlak yang rosak.

Jadi, sepatutnya beliau menerangkan Islam. Jangan sentuh perkara-perkara yang lain. Menerangkan Islam, itu sahaja.

Tetapi beliau tidak berbuat demikian.

Beliau quote daripada Jalaluddin Rumi, quotation itu salah. Sebenarnya, apa yang beliau quote itu tidak ada di dalam tulisan (Jalaluddin Rumi), tidak ada dalam Masnawi Matnawi, tidak ada.

Beliau hanya ambil daripada John Hicks dan Hicks ambil daripada orang lain.

Jadi beliau bukan seorang peneliti yang serius.

Siapa yang mengatur pertemuan dengan Anwar di rumah Profesor Osman Bakar ?

Selepas program di UIA itu, saya diberitahu oleh Profesor Osman bahawa Datuk Seri Anwar hendak berjumpa. Jadi, Prof Osman tanya saya, adakah saya bersetuju.

Saya tidak ada masalah, kita boleh bertukar-tukar fikiran.

Pada awalnya, pertemuan tidak berlaku kerana Datuk Seri sibuk dengan program-programnya yang lain.

Sehinggalah kita buat program di Masjid Wilayah dan kerana itu beliau lebih serius mahu berjumpa. Jadi saya pun bersetuju.

Jadi, kalau ada orang mengatakan bahawa perjumpaan di rumah Prof. Osman itu, inisiatifnya adalah MUAFAKAT, itu tidak benar. Beliau sendiri yang mahu berjumpa kami.

Adakah kerana beliau sudah mendengar tentang cakap-cakap tentang seminar tersebut yang sudah diperkatakan orang. Jadi, beliau ingin memberi penjelasan ?

Saya difahamkan, perjumpaan itu adalah di antara Datuk Seri Anwar dengan aktivis MUAFAKAT sahaja.

Ya, saya difahamkan begitu.

Saya terkejut, apabila yang datang pada malam itu memang ramai sekitar 120 orang.

Pada fahaman saya, kedatangan itu dikerah khusus untuk membantu Datuk Seri Anwar.

Selepas daripada program, saya bersembang sambil minum, saya dapati yang datang itu tidak ada langsung maklumat dan kefahaman tentang ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jadi mereka datang kosong. Itu saya kata, dikerah special untuk menyokong Datuk Seri Anwar.

Pada fahaman saya, perjumpaan pada malam itu gagal. Gagal dalam erti kata beliau tidak dapat menerangkan pendiriannya berdasarkan tulisannya dan kami juga tidak dapat bertanya khusus secara lebih detail berkenaan ucapannya di LSE

Kedua, memang saya difahamkan Datuk Seri Anwar hendak menerangkan ucapannya dan juga nak mendengar pandangan kami yang menentang liberalisme dan pluralisme.

Memang betul agenda awalnya, beliau mahu beri penjelasan dan kami nak bertanya.

Seperti yang saya kata di awal tadi, saya memang ada buat homework.

Saya sediakan point-point saya nak berbincang, tetapi tidak menjadi begitu.

Kerana para peserta itu, dalam pemikiran mereka bukan mahu bercakap mengenai pluralisme agama tetapi mereka mahu bercakap benda lain.

Sebab itu, apabila Datuk Seri Anwar panjang lebar memberi responnya kepada soalan tentang isu moralnya, saya kata jangan. Saya tak bersetuju sebab kita fokus pada pluralisme agama.

Tapi Datuk Seri kata, ‘tak..tak..(perkara itu) relevan’.

Jadi, fahaman saya, semua itu dilakukan untuk alih topik daripada isu pluralisme agama kepada isu lain. Supaya kawan-kawan yang ramai hadir pada malam itu akan lebih lebih simpati kepadanya.

Pada fahaman saya, perjumpaan pada malam itu gagal. Gagal dalam erti kata beliau tidak dapat menerangkan pendiriannya berdasarkan tulisannya dan kami juga tidak dapat bertanya khusus secara lebih detail berkenaan ucapannya di LSE.

Ditambah lagi dengan kawan-kawan yang respon itu macam-macam bercakap.

Seseorang itu bercakap mengenai hubungannya yang tetap setia dengan Datuk Seri Anwar sejak dari awal hingga sekarang.

Padahal orang yang bercakap itu sibuk menjadi campaign manager Tan Sri Muhammad Taib semasa bertanding jadi Naib Presiden UMNO, ketika saya dan kawan-kawan membuat program ‘Sekretariat Pembebasan Anwar’ (SPA).

Kita bertungkus-lumus, saya dan kawan-kawan. “Orang itu” tidak. Tapi dia claim pada malam itu, dia bersama Datuk Seri Anwar sampai sekarang.

Kemudian, ada kawan-kawan yang lain bercakap, pun demikian juga. Langsung tidak ada maklumat, tidak ada ilmu tentang pluralisme agama.

Kami hanya ada lima atau enam orang ini memang mahu bercakap berkenaan pluralisme agama. Dan, kami kecewa kerana Datuk Seri Anwar tidak respon dengan cara ilmiah.

Bermakna, pada malam itu, Anwar sendiri tidak berminat untuk menjawab tentang pluralisme agama tetapi beliau cuba mengalihkan topik ?

Itu yang saya faham.

Sebab itu beliau bangkitkan isu Utusan Malaysia, masuk UMNO, moralnya dan macam-macam lagi ?

Ya..ya. usaha untuk alih topik.

Saya bersetuju dengan saudara bahawa beliau nak lari isu. Sebab itu beliau kata, kita diguna oleh UMNO, Utusan Malaysia.

Walhal tidak ada seorang pun, orang UMNO yang kita berjumpa dalam isu ini.

Kita pun tidak consult Utusan Malaysia, tidak ada. Cuma, apabila kita buat program, kita panggil semua press. Yang datang Utusan Malaysia dan dua..tiga lagi. Tapi yang ketengah isu ini agak serius, Utusan Malaysia.

Jadi, bukan bererti digunakan ?

Tak ada. Itu yang saya kata pada malam itu. Beliau baik dengan orang-orang Yahudi, saya tidak mengatakan Datuk Seri dipergunakan oleh orang Yahudi.

Semua orang tahu yang hubungan baiknya dengan orang Yahudi. Saya tidak mengata begitu.

Dengar balik rakaman tersebut, saya ada berkata begitu.

Jadi, pada malam itu, nampaknya Anwar tidak bersedia untuk menjawab tentang pluralisme agama. Beliau tidak berupaya mempertahankan hujahnya ?

Ya betul. Beliau ada sebut pada malam itu, katanya ada sedikit longgar, beliau kata nak edit. jadi, beliau sendiri percaya benda itu salah.

Dalam satu aspek, beliau percaya benda itu salah kerana beliau berdepan dengan beberapa orang, seperti kami daripada sahabat MUAFAKAT yang betul-betul all out faham liberalisme dan pluralisme.

Jadi, sebab itu beliau kata ada sedikit apologetik..ada sedikit lembut katanya dan berjanji akan edit balik sebab berdepan dengan kami…

Tetapi, di luar daripada kami, tidak begitu.

Sebab itu Prof. Osman Bakar yang jadi moderator pada malam itu, selepas itu, dianjurkan satu program di Sungai Ramal yang dibentang oleh Prof. Osman Bakar berkenaan, setakat yang saya faham, mempertahankan pluralisme agama.


Pertemuan Tertutup ABIM Serlah Wajah Sebenar Anwar



AIDCNews – 17/09/11 – Pertemuan tertutup sahabat-sahabat ABIM di rumah di rumah Profesor Osman Bakar, 2 Januari lalu menyerlahkan wajah sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan mukadimmah Anwar, walaupun Ketua Umum PKR itu seolah-olah mengalu-alukan kritikan kepadanya, namun reaksi dan ucapannya pada malam itu membayangkan beliau tidak boleh dikritik, enggan mengaku salah dan memohon maaf, walaupun perbuatannya telah dibuktikan salah.

Malah, seperti taktik biasanya, beliau menganggap semua kritikan itu sebagai fitnah dan dalam masa sama beliau sendiri menaburkan fitnah kepada sahabat-sahabatnya yang mengkritiknya dengan mengaitkan sebagai agenda UMNO.

“Sepatutnya dalam ruang macam (perjumpaan tertutup) ni, kalaupun saya dikatakan silap, tegurlah. Nak serang saya di luar buat apa. Nak guna UMNO…Utusan (Malaysia), serang saya…”, katanya.

Walaupun pertemuan pada malam itu bertujuan untuk beliau mempertahankan kritikan sahabat-sahabat berkenaan ucapannya di LSE pada 18 Mac 2010, namun malangnya, beliau sendiri ketiadaan hujah untuk menangkisnya.

Lantaran itu, beliau mengalihkan topik kepada aspek lain yang tidak ada kaitan dengan ucapannya di LSE dengan menuduh orang yang mendakwa agendanya termasuk dalam agenda Ulil Absha Abdala, tokoh Islam Liberal Indonesia sebagai melakukan fitnah besar.

Beliau mendakwa semasa di Indonesia, beliau ‘bertempur’ dengan kumpulan Islam Liberal Ulil Absha Abdalla.



Namun, hujah Anwar itu tenyata tidak benar, kerana rakaman Anwar ketika berceramah kepada kelompok Jaringan Islam Liberal (JIL) pada 11 Oktober 2010 bertempat di Komunitas Salihara, Jakarta yang turut dihadiri Ulil Absha Abdalla menunjukkan bukti sebaliknya.

Ketika berdepan dengan kelompok liberal Ulil Absha Abdalla di Indonesia, Anwar pula mendakwa ‘bertempur’ dengan kumpulan fundamentalis Islam di Malaysia.

Ustaz Ismail Mina yang menyedari Anwar cuba melarikan topik itu mengajak kembali sahabatnya untuk memfokuskan kepada ucapannya di LSE.

“Dalam ceramah LSE Datuk Seri Anwar banyak benda yang kita boleh muhasabah. Sebab itu saya suka sesaudara nak terlibat (dalam perbincangan ini) nanti kena baca ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di London School Economics (LSE).

“Sekarang kita fokus pada definisi yang dipakai oleh Datuk Seri Anwar bahawa semua agama itu sama.
“Kontroversi ini bukan kontroversi kecil, (tetapi) kontroversi (melibatkan) akidah”, katanya.


Ismail berkata ucapan Anwar di LSE itu bersalahan dari aqidah dan terpengaruh dengan tokoh Pluralisme Agama, John Hick.

Pada mulanya Anwar menafikan dakwaan itu, tetapi kemudiannya mengakuinya dengan mengatakan beliau berucap begitu semata-mata untuk menarik perhatian audien yang bukan Islam.

Ismail berkata soal audien atau pendekatan bukannya alasan yang paling kukuh untuk mengadai aqidah Islam

“Point bila depan audiens, saya bersetuju, betul. Saya tak suruh kata begitu. Tapi kita menerangkan Islam. Dalam hujah itu, saya tak nampak Datuk Seri menegakkan Islam. Dengan dua..tiga petikan daripada al-Rumi..al-Bakhi dan Majusi. Saya kata tidak relevan.

“Bila Datuk Seri kata, kita percaya agama kita, kamu percaya agama kamu, kami tidak boleh mengatakan agama kamu salah.

“Belum lagi saya bercakap tentang definisi dan penghuraian Datuk Seri mengenai ayat-ayat Al Quran…belum saya bercakap lagi. Itu ayat yang Datuk Seri guna untuk PLURALISME”, tegasnya.

Dr Yusri Mohamad, bekas Presiden ke-6 berkata Anwar tidak ikhlas menerima kritikan, sebaliknya memfitnah pula sahabat-sahabat yang menegurnya.

“Sampai tentang soal digunakan..menggunakan Utusan (Malaysia), (tuduhan) nak masuk UMNO.

“Benda ni sampai juga kat kita. Kita pun ada kawan-kawan juga yang menyampaikan.

“Kenapa kalau kita ni, sahabat-sahabat mengkritik, … tak kisahlah terbuka ke tak terbuka ke, tentang dorongannya..motivasi, terus dipertikaikan (sebagai) ada kepentingan.

“Adakah itu (bukan) fitnah ? Saya boleh katakan fitnah yang jahat juga. Saya rasa (kita) kena adil (dalam soal ini)”, katanya.

Dr Yusri turut membangkitkan prinsip Anwar tentang kes Lina Joy.

“Prinsip awak (Anwar) tentang Lina Joy, saya tak tahu awak nak takwil macam mana… ada rekod dalam youtube.

““Kalau (isu) kalimah Allah, mungkin Dr. Muhamad Nur (Manuty) kata ada khilaf lagi… Tapi Lina Joy, awak nak kata, ada khilaf kat mana lagi ?”, katanya.

Selain itu Dr Yusri turut membangkitkan tentang agenda badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD) yang aktif menerbitkan buku-buku Pluralisme Agama.

Anwar menafikan kaitannya dengan Khalid Jaafar, Pengarah IKD.

Menurutnya, beliau tidak ada kaitan dengan apa yang dilakukan oleh Khalid Jaafar di IKD.

“Takkan Datuk Seri nak dakwa yang Datuk Seri tak tahu segala benda-benda ini, segala benda yang Khalid Jaafar (buat)”, soal Yusri, dibalas spontan Anwar, “Tidak…tidak semestinya”.

“Itu adalah kesalahan awak. Awak sepatutnya mengambil tanggungjawab itu. Dia (Khalid) menggunakan IKD. Takkan IKD, Datuk Seri tak tahu apa yang berlaku”, soal Yusri yang tidak mampu lagi dijawab Anwar.



Menyedari Anwar cuba berbohong dengan menafikan kaitannya dengan Khalid, Ismail Mina menemplak.

“Khalid Jaafar ‘mati’ jika tidak ada Datuk Seri Anwar Ibrahim. IKD (juga) ‘mati’ jika (tidak ada Datuk Seri Anwar Ibrahim)”, katanya.

Menurutnya Khalid Jaafar dan IKD bekerja mengikut agenda dan polisi yang diputuskan Anwar. Jika Ketua Umum PKR itu melarang penerbitan buku-buku seumpama itu maka perkara itu tidak akan berlaku.

“Jadi polisi IKD (perlu ditentukan Anwar)…Aku tak mahu buku kontroversi dan seumpamanya..Ini soalnya, soal polisi, good governence”

Menurutnya penerbitan buku-buku itu ditaja oleh yayasan Kristian Jerman yang sudah diketuai umum merupakan salah satu penaja Anwar sejak dari tahun 1984.

“Masalah utama, buku-buku yang Khalid Jaafar terbitkan..yang dibiayai oleh KAF (Konrad Adenauer Foundation), sekarang ni KA..apa itu Datuk Seri ?” Ustaz Ismail bertanya kepada Anwar.

“KAS (Konrad Adenauer Stiftung)..(Datuk Seri) buat-buat tak tahu tu..”,katanya

Menurutnya, agenda badan pemikir Anwar menjadi agen merosakkan minda umat Islam apabila menerbitkan buku-buku kontroversi dengan ditaja oleh sebuah Yayasan Kristian Jerman dikenali sebagai Konrad Adenauer Stiftung (KAS).

“Jadi pada hemat saya, (ini) bukan pandangan MUAFAKAT, IKD adalah ajen permurtadan dan pengkafiran,”katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...