Dari imej seorang ‘hero’ dan bakal Perdana Menteri Malaysia seperti diramalkan sekitar Mac 2008 oleh akhbar Israel, The Jerusalem Post, akhirnya merudum prestasi kepada seorang ‘liabiliti’ serta memalitkan imej negatif kepada kepada Pakatan Pembangkang yang dipimpinnya.Dalam masa tiga tahun (2008-2011),imej positif yang dibinanya sejak pasca keluar dari penjara Sungai Buloh, semakin luntur dan merudum.
Apakah faktor yang mendorong merudumnya Anwar Ibrahim ???
YB Datuk Zulkifli Noordin,Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim yang asalnya dari PKR merumuskan sekurang-kurangnya dua faktor besar yang menyebabkan kredibiliti Anwar musnah.
Pertama,faktor tuduhan melakukan seks luar tabie dengan pekerjanya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa berlaku di sebuah kondominium pada 26 Jun 2008.
Kedua,faktor pembohongannya untuk membentuk kerajaan baru dan menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008.
“Kalau saudara perhati, selepas kes Saiful dan 16 September baru berlaku pergerakan ahli (PKR) keluar. Tan Tee Beng keluar kerana DAP. Datuk Zahrain keluar kerana DAP. Sebab Datuk Zahrain kata, semua dah ragu, dah mula persoal.Disebabkan keraguan pun dah ada, dah tak percaya pun ada, bila kena macam tu, Datuk Zahrain keluar (PKR), orang macam YB Mohsin keluar, orang macam Wee Chee Keong keluar.Saya (pula) yang keraguan menjadi pecah itu, yang menjadi fullstop itu adalah kerana isu kalimah Allah”, katanya ketika ditemu bual di Bangunan Parlimen, 14 Jun 2011.
Dalam kes liwat,Datuk Zulkifli Noordin yang pernah menjadi peguam bela Anwar untuk kes liwat I dapat membuat perbezaan di antara kes liwat I dengan kes liwat II.Kes liwat I,didakwa di Mahkamah Tinggi,Kuala Lumpur pada akhir tahun 1998, di mana Anwar dituduh meliwat seorang lelaki bernama Azizan Abu Bakar.Adik angkat Anwar, seorang lelaki jambu, warga Indonesia, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja juga turut didakwa di mahkamah bersubahat dengan abang angkatnya (Anwar) meliwat Azizan.Ketika kejadian liwat itu berlaku, sekitar tahun 1993, di kondominium milik Sukma, Tivoli Villa, Bangsar, Azizan adalah pemandu peribadi Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Pada 8 Ogos 2000, mahkamah menjatuhi hukuman bersalah kepada Anwar dan Sukma bersubahat meliwat Azizan. Anwar dihukum penjara sembilan tahun, manakala Sukma dihukum penjara enam tahun dan empat kali sebatan.Pada 2 September 2004, ketika Anwar merayu di Mahkamah Persekutuan persidangan tiga hakim membuat keputusan majoriti 2-1 yang memberi implikasi Anwar dibebaskan.Namun begitu,pembebasan itu bukan bererti Anwar tidak melakukan aktiviti terkutuk itu, malah ketiga-tiga hakim sepakat bersetuju dan mempercayai ‘aktiviti liwat di Tivoli Vila benar-benar berlaku‘, tetapi dibebaskan kerana masalah teknikal iaitu tarikh dan wujud elemen ‘suka sama suka‘.
Kes liwat II berlaku pada tahun 2008 iaitu Anwar didakwa di Mahkamah Tinggi meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, seorang lelaki muda ketika itu berusia 24 tahun, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008 di antara jam 3.01 petang hingga 4.30 petang.Kes ini masih berlangsung hingga ke hari ini di peringkat, mendengar pembelaan daripada pihak Anwar.
Sebelum ini, pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes itu wujud prima facie, di mana terdapat bukti air mani Anwar dalam dubur Mohd Saiful seperti mana yang telah dibuktikan oleh para doktor dan pakar forensik di mahkamah.Menurut Datuk Zulkifli Noordinbeliau terlibat secara langsung dengan kedua-dua kes liwat Anwar itu dan merumuskan kes liwat I berbeza dengan kes liwat II.
“Pertama sekali,dalam kes Saiful, laporan polis dibuat oleh Saiful dua hari sahaja selepas kejadian. Azizan enam tahun. Ini (kes Saiful) dua hari. Berlaku 26 Jun 2008, lapor 28 Jun”,katanya.
Perbezaan kedua, katanya, DNA turut ditemui dalam lubang dubur Mohd Saiful dan disahkan oleh tidak kurang dari tujuh orang, termasuk doktor, pakar kimia dan forensik, sedangkan pada tahun 1998, tiada apa-apa penemuan DNA dari dubur Azizan dan keterangan sokongan hanya bergantung kepada seorang pakar forensik, Lim Kong Boon.
“Semua confirm ada DNA di dalam dubur Saiful. Dan semuanya confirm, bahawa DNA itu adalah sumbernya air mani.Bukan sahaja mereka temui DNA dalam dubur Saiful, mereka dapat kenal pasti sumber DNA itu iaitu air mani “Lelaki Y” (Anwar Ibrahim) dan air mani itu ada lagi kat dalam (dubur)”, katanya.
Menurutnya lagi,ketika Anwar mendapat berita Mohd Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, beliau berada bersama-sama Ketua Umum PKR di Quality Hotel,Shah Alam.Katanya, reaksi-reaksi Anwar yang defensif ketika itu telah menimbulkan tanda tanya dan keraguan di kalangan aktivis-aktivis PKR.
“Banyak dalam kes Saiful ini kita mula ragu. Apatah lagi bila tengok cara Anwar bertindak.Saya sendiri terlibat dalam tahun 1998. Kita lawan, tapi dalam kes Saiful, kita lari. Anwar (lari) pergi ke Kedutaan Turki.Itu yang menimbulkan keraguan. Kenapa Anwar nak lari? Lepas itu kita buat pula mesyuarat dalam (Quality Hotel) itu. Masa itu kita buat keputusan, kita buat cerita yang Anwar nak kena bunuh”, katanya.
Katanya, perancangan untuk membuat surat sumpah palsu kepada Muhamad Rahimi Osman dan Mohd Rasid Rosidi juga menimbulkan keraguan kerana ketika itu masyarakat tidak mengenali siapakah kedua-dua lelaki tersebut dan apa kaitan kedua lelaki itu dengan kes liwat Anwar.
“Saya ingat lagi, malam itu bagaimana kita berbincang nak buat surat sumpah palsu untuk Rahimi dan lain-lain.Saya rasa Rahimi sekarang ini pun dah confirm bahawa dia kena buat surat sumpah palsu.Jadi, saya antara orang yang terlibat 1998, tengok benda ni semua, (mula tertanya-tanya) eh..apa hal ni ? Kenapa buat macam ni? Kita mula bertanya. Mula bertanya, itulah kunci sebenarnya”, katanya.
Menurutnya,keraguan dan tanda tanya itu sampai ke penghujungnya apabila berlakunya peristiwa 16 September 2008.
“Tadi dah ragu dah. Kenapa dia nak lari ke Kedutaan Turki? Kenapa dia bohong kata dia nak kena tembak? Kenapa dia tak mahu bagi DNA? Kita dah ragu dah.Masuk isu 16 September, dia tipu kita…Bila berlaku 16 September, mula kita berkata, kita kena kencing dah ni. Kita kena bohong”.
Katanya, kedua-dua isu itu, iaitu kes Mohd Saiful dan 16 September menjadi pencetus kepada hilangnya keyakinan kepada Ketua Umum PKR sepertimana yang dirumuskan oleh sahabat baik Anwar selama 30 tahun, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, sebagai ‘keraguan mengatasi keyakinan’.
No comments:
Post a Comment