Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, September 28, 2011

Taib Mahmud Kekal Ketua Menteri Bagi Tahun Ke-30 .. kata dulu nak undur diri , mana janjimu????

Rombakan kabinet negeri Sarawak.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud kekal memegang jawatan Ketua Menteri bagi tahun ke-30.

Turut dikekalkan Tan Sri Alfred Jabu Numpang sebagai timbalannya sekaligus menolak spekulasi mewujudkan Timbalan Ketua Menteri Dua.

Juga sebuah kementerian baru diwujudkan selain penamaan semula 5 kementerian serta melantik 7 menteri muda yang baru berkuatkuasa Jumaat ini.

Dalam sidang medianya petang tadi, Tan Sri Taib mengekalkan 13 jawatan menteri penuh serta melantik 3 menteri kanan berdasarkan status quo.

Ia membabitkan Tan Sri William Mawan Ikom, Tan Sri Dr. James Jemut Masing serta Datuk Seri Wong Soon Koh.

TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD/KETUA MENTERI.
Oleh itu, saya tidak mahu menganggu jawatan menteri penuh. Saya lebih suka mereka memantau dan menolong menteri baru dalam memainkan peranan mereka dengan lebih efektif. Ada perubahan di peringkat Menteri Muda apabila kita memutuskan untuk melantik 7 Menteri Muda bagi mengantikan 6 kekosongan selepas pilihan raya negeri lalu.

Kabinet kali ini turut menyaksikan Kementerian Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga diwujudkan dipimpin Datuk Fatimah Abdullah menjadikan 14 kementerian.

Dan tertera 7 Menteri Muda baru.

Antaranya, Abdul Karim Hamzah dan Liwan Lagang sebagai Menteri Muda Pembangunan Sosial.

Berikut pula 5 kementerian diberi penamaan semula.

Antaranya membabitkan Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi sebelum ini ditukar kepada Kementerian Pembangunan Sosial.

Juga Kementerian Alam Sekitar Dan Kesihatan Awam pula ditukar kepada Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Pembangunan Komuniti.

Dalam pada itu ketika ditanya siapa bakal penganti beliau, sambil berseloroh Tan Sri Taib memberi reaksi berikut.

TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD/KETUA MENTERI SARAWAK.
Kemungkinan seseorang dari Serian seperti kamu. Saya tidak tahu. Memang ada beberapa orang dalam fikiran saya. Idea politik hal lain, politikal hal yang lain. Jadi serahkan kepada parti. Mereka lebih tahu.

Dan berikut pula reaksi menteri menjaga portfolio baru.

DATUK FATIMAH ABDULLAH/MENTERI KEBAJIKAN, WANITA DAN PEMBANGUNAN KELUARGA.
Saya sangat berterima kasih keapda Ketua Menteri beri kepercayaan kami kaum wanita. Kali ini jugak bertambah seorang wanita dalam kabinet. Kami ucap banyak terima kasih. Ini peingiktrafan tentang peranan yang boleh kami mainkan.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...