Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, February 12, 2014

[VIDEO PENUH] Muzakarah Kalimah Allah, Hujah Noh Omar Lebih KUKUH, Khalid Lebih Putar Belit

 



Panel muzakarah ialah Datuk Seri Noh Omar, Anggota Parlimen Tanjung Karang dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan Khalid Samad, Anggota Parlimen Shah Alam dan AJK PAS Pusat.

Moderator ialah Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz, Pensyarah Undang-Undang UIA.

Anda dinasihatkan menonton video penuh daripada MobTV.my yang merupakan penganjur program tersebut dan jangan menonton video yang telah diedit dan dipotong-potong oleh cybertrooper Pembangkang demi mengelirukan umat Islam.

Mereka malu kerana Datuk Seri Noh Omar dapat memberi penjelasan yang tepat, bernas, pintar dan berdasarkan undang-undang, manakala Khalid Samad hanya berhujah dengan hujan basi yang telah diulang-ulang di blog-blog dan FB Pembangkang.


 


Monday, February 10, 2014

Tahniah! Umno dengan rasuah2... Ahli yang Tiada Kepentingan Semakin Bosan....

Setiausaha UMNO Johor sahkan Ketua Bahagian Bakri DIGANTUNG KEANGGOTAAN kerana POLITIK WANG 

Rasuah tetap ada dalam pemilihan UMNO..... Dah kata jangan guna politik wang seperti Anwar .. Guna juga... Apakah amalan politik wang yang diamalkan oleh Anwar semasa dalam UMNO berterusan kepada pak pandir UMNO... Tahniah! Umno dengan rasuah2... Ahli yang tiada kepentingan semakin bosan.... Betul juga kata pembangkang UMNO kuat RASUAH... Sape nak nafikan?

Ketua UMNO Bahagian Bakri Datuk Saipolbahri Suib
JOHOR BAHRU: Badan Perhubungan UMNO Johor hari ini mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Bakri Datuk Saipolbahri Suib digantung keanggotaannya kerana terbabit dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lalu.

Penggantungan keanggotaan Saipolbahri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Naning itu disahkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan Negeri Mohd Jais Sarday.

"Ya," katanya kepada Bernama hari ini menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) apabila ditanya tentang kebenaran berita Ketua Bahagian UMNO Bakri itu digantung keanggotaaannya oleh Ibu pejabat Umno baru-baru ini.

Mohd Jais yang juga Exco kanan kerajaan negeri bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang tempoh penggantungan yang dikenakan terhadap Saipolbahri.

Adun Bukit Naning itu juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan berjaya mengekalkan jawatan ketua bahagian selepas menewaskan pencabarnya, Allahyarham Datuk Mazlan Sabari dan Lokman Mohd Dom pada pemilihan lepas.

Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO negeri, Ramlee Bohani pula ketika dihubungi hari ini turut enggan mengulas berkenaan isu penggantungan itu dan meminta supaya perkara itu dirujuk kepada Ibu pejabat UMNO.

Sementara itu sumber-sumber memberitahu Bernama, Saipolbahri bersama empat pemimpin UMNO Bahagian itu digantung keanggotaan mereka selama dua penggal oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin UMNO.

Empat lain yang turut digantung keanggotaan adalah Setiausaha Bahagian Mat Saad Amat, Ketua Penerangan Bahagian Yaacob Jamian, anggota Jawatankuasa Bahagian Uzir Sahid dan Naib Ketua Wanita Bahagian Safiah Siwon.

Sumber itu juga berkata satu perjumpaan telah diadakan antara pemimpin-pemimpin peringkat cawangan bertujuan mengutip tandatangan bagi menyokong rayuan yang akan dikemukakan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Mat Saad yang dihubungi pula berkata, mereka sedang dalam proses mengemukakan rayuan.

Tinjauan Bernama di pejabat UMNO Bahagian Bakri mendapati ia lengang, hanya seorang kerani yang sedang bertugas. 
 

Friday, February 7, 2014

PAS DIUNGGULI ULAMA , MENCAMPURKAN MADU DAN RACUN DALAM SATU CAWAN..... MACAM MUNAFIK AJE!!

 


Sudah terang lagi bersuluh. Memang itulah hakikat yang sebenarnya. Perkara ni tak perlu nak dipertikaikan lagi. Dan ianya memang patut dilakukan oleh Ahli Parlimen PAS ni.

Perkara ini bukan kali pertama kita dengar, tapi dah banyak kali dah sebenarnya. Sejak sebelum Pilihan Raya Umum lagi kita dah dengar alasan yang diberikan oleh puak - puak PAS ni.

Diorang memang keberatan nak bagi jawatan besar kepada Si Ketua Penipu tu sebab diorang tau, Si Ketua Penipu tu memang jenis manusia yang kemaruk nak jawatan. Itu sebab diorang tolak.

Tapi persoalannya, sampai setakat mana diorang sanggup tolak? Kalau setakat pandai bercakap hari ni je lepas tu Pakat Angguk Saja dikemudian hari, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je!!!

Kalau kita ingat, masa Muktamar yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu, ahli PAS diperingkat akar umbi dah sebulat suara menolak Si Ketua Penipu tu jadi Perdana Menteri.

Tapi sebaik sahaja Muktamar tu selesai, lain pulak pendirian yang dibuat oleh kepimpinan PAS Pusat sendiri. Semuanya pakat setuju belaka Si Ketua Penipu tu jadi PM.

Hari ni diorang boleh cakap yang diorang secara 'konsisten' menolak Si Ketua Penipu tu jadi Menteri Besar Selangor. Tapi bila tiba masanya nanti, diorang tetap akan terima jugak.

Itu satu kebiasaan yang dilakukan oleh puak - puak Parti Angguk Saja ni. Perkara macam tu yang membuatkan orang semakin hari semakin tak percaya dengan apa yang diorang cakap. Dasar Munafik tu jugak yang diorang nak ikut!!! Tu pasal la orang tak percaya!!!
SHAH ALAM – Pas tetap konsisten dengan keputusannya menolak calon PKR di Dun Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, isu pertukaran menteri besar Selangor adalah tidak berbangkit dan Pas merasakan tiada keperluan berbuat demikian.

“Keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik Pas Pusat. Dalam erti kata lain, Pas tidak bersetuju menjadikan PRK Dun Kajang sebagai agenda menukar menteri besar Selangor.

“Itulah dua perkara besar yang telah diputuskan dan dikemukakan melalui kenyataan rasmi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Berasaskan keputusan ini, jelas Pas mempunyai pendirian tersendiri secara jamaei dan tidak mudah diseret ke tengah dan ke tepi,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Anwar Bayangkan Bakal Jadi MB Selangor Baharu

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memberi bayangan beliau akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Beliau, melalui temubual eksklusif bersama ‘Sinar Harian’ berkata, perkara itu bagaimanapun perlu dibincang bagi mendapatkan pemuafakatan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

“Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses Pakatan.

“Ada urusan berkenaan dengan Tuanku (Sultan Selangor) kerana isu Perlembagaan ini bukan hanya naik mahkamah saja,” beliau dipetik sebagai berkata, Khamis.

Beliau yang ditemui di Ibu Pejabat PKR itu kemudian sekali lagi menegaskan bahawa “kemungkinan itu ada.”

Anwar sebelum ini berkata dakwaan beliau akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor hanyalah spekulasi.

“Cara kita berbeza dengan institusi raja dan saya sudah ada pengalaman. Saya tidak mahu ulas kedudukan saya,” ujarnya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menegaskan bahawa sebarang jawatan, termasuk jawatan menteri besar Selangor mempunyai penyandang yang tidak tetap.

“Ya (ada yang ganti), ia bukan jawatan tetap (Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim). Bukan saja berlaku dalam politik, malah dalam dunia sekali pun.

“Kita tidak akan beri jaminan itu (kekal). (Jawatan menteri besar) itu kita akan bincang cari jalan yang terbaik,” katanya dalam nada berbeza.

Mengenai PRK Kajang beliau berkata sama ada beliau, ataupun Pakatan Rakyat tidak menganggap mudah mendapat kemenangan.

Justeru, beliau akan turun berkempen sebagai seorang calon.

“Saya akan turun bawah jumpa rakyat. Kalau bertanding, saya bukan Ketua Umum, saya hanya calon.

“Di Permatang Pauh, saya turun rata kedai kopi. Kalau saya balik, ada orang meninggal, jam 1 atau 2 pagi pun saya akan melawat. InsyaAllah, kalau saya menang di Kajang pun, saya kena jadi macam itu. Nasib baik Kajang, dekat dengan rumah saya Segambut,” katanya.

PRK Kajang diadakan selepas Adun PKR, Lee Chin Cheh meletak jawatan secara mengejut, 27 Januari lalu.

Keesokan harinya, Abdul Khalid mengumumkan Anwar dipilih sebagai calon PRK kerusi Dun berkenaan menyebabkan timbul spekulasi bahawa Anwar bakal menggantikan Abdul Khalid di Selangor – Mstar 

anwaribrahim penasihat 1 ringgit paling sukses...





PKR terus mendiamkan diri dari menjawab kenapa perlu kerusi DUN Kajang dikosongkan... Menjemput pula manusia datang jauh dari Pulau Pinang untuk menjadi calon bagi kerusi tersebut bagi menentang BN... Memang bodoh! Kerusi itu dimenangi dengan majoriti lebih 6ribu, sememangnya ianya menjadi kubu kuat kepada PKR kerana PRU13 tidak sampai setahun berlalu...
Kesombongan PKR dengan tidak meletakkan perbincangan peringkat PR untuk.mengosongkan kerusi tersebut menjadi perdebatan hangat dalam parti itu sendiri... sesuka hati keluar berhenti letak jawatan!
Dari segi calon, PKR Selangor jelas menunjukkan tiada rakyat Selangor yang layak menjadi pemimpin di sana sehingga terpaksa import orang luar masuk ke Kajang... Pastinya ianya menimbulkan kemarahan oleh orang Kajang sendiri terutamanya ahli PAS dan DAP... PKR bertindak macam kepala samseng tanpa berunding dahulu dengan mereka.. taoi, bila gerak pilihanraya, mereka terpaksa mengerahkan jentera PAS dan DAP
tersebut...
Dewan Ulama PAS menyedari akan hakikat ini, tapi apakan daya, apalah kuasa mereka untuk menyekat Anwar dan konco-konconya... Anwar memang tidak boleh dibendung lagi, si Tua ini semacam sudah menjadi Raja dalam PKR mahupun Pakatan Rakyat... Peliknya, sehingga hari ini tidak kedengaran langsung suara Presiden PKR mengenai isu ini... Diam seribu bahasa... apa guna jadi Presiden, lahgi bagus jadi Tukang buat kopi Anwar di rumah sahaja...
Lagi pelik bila dikatakan Anwar akan membuat anjakan dari segi ekonomi dan politik kepada Selangor... masalanya, bukankah dia penasihat ekonomi negeri Selangor yang hanya dibayar seringgit??? Apakah selama ini beliau gagal untuk menasihat negeri Selangor? Jika ekonomi Selangor tak bagus, sepatutnya MB Selangor pecat anwar ni dan bukannya nak jadikan dia MB Selangor yang baharu pula... bodoh...
Sebagai contoh PAS dan DAP, PAS memerintah kelantan begitu lama, tak pernah dengar lagi presiden parti terpaksa bertanding di Kelantan untuk menyelesaikan masalah dalaman parti... walaupun hakikatnya, PAS sendiri ada masalah dalaman... begitu juga DAP... Tapi , PKR? Inikah Parti yang diharapkan oleh orang selangor? Yang aku tahu, budak-budak PKR ni kebanyakannya dahulu orang buangan UMNO dan ada yang sekarang ni tahu bercakap saja tapi buat kerja teruk...
Pastinya, pilihanraya kecil telah ditentukan, anwar pun sudah mula berkempen turun padang... masakan tidak, jarang-jarang turun kajang terpaksalah turun awal... Justeru, orang Kajang akan turun mengundi sekali lagi...
Jomo harapkan pengundi jangan buat silap lagi! KASI AJAR SAMA ITU ANWAR DAN KONCO-KONCONYA... INI SEMUA GAME TUTUP KEBURUKAN PARTI DAN AKHIRNYA MEMBAZIR DUIT RAKYAT!!!

ANWAR TAK NAK LAYAN KARENAH ASKAR KATAK HIJAU


KAJANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan melayan bantahan Pemuda PAS terhadap keputusan PKR mengosongkan kerusi Kajang dan spekulasi beliau akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Anwar menegaskan apa yang penting ialah pendirian bersama yang diambil oleh Pakatan Rakyat bersabit perkara itu dan beliau tidak boleh mengulas bantahan sayap pemuda Pas itu.

“Kalau ikut prosedur yang kita bincang dalam majlis tertutup Pakatan Rakyat (PR), biasanya saya tak pernah layan oleh begini dan kedudukan saya tak membolehkan saya membuat komen selain dari keputusan kita bersama untuk tumpu pada PRK Kajang,” ujarnya kepada pemberita selepas memberi ucapan di Pusat Komuniti DUN Kajang di sini, petang tadi.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat semalam berkata PRK Kajang membazir dana awam manakala kemelut mengenai jawatan Menteri Besar akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

“Kita khuatir permainan pihak lain yang inginkan ia berpanjangan hingga lupakan kepentingan rakyat Selangor.

“Kita kesal dengan tindakan itu, membazir masa dan duit rakyat. Ia mendedahkan PR kepada risiko kemerosakan sokongan rakyat,” katanya pada sidang media semalam.

Bagaimanapun Suhaizan akur dengan arahan parti untuk jentera pemuda dan PAS Pusat digerakkan untuk memenangkan Anwar di PRK Kajang.

Dalam pada itu Anwar memuji bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh kerana sanggup memberi laluan demi kebaikan parti, tanpa mengharapkan sebarang habuan.

“Sebelum itu dia tak runding dengan saya. Cuma dia tanye saya kalau saya letak jawatan Datuk Seri nak masuk tak. Saya terpaksa akui kebaikan orang..Dia tak minta apa projek atau apa pun,” katanya.

Mengulas cabaran bekas rakan baiknya, Datuk S Nallakarupan yang menawarkan diri untuk bertanding, beliau hanya ketawa sinis sambil menyifatkan ahli Dewan Negara tersebut mendapat habuan.

“Anda anggap ini cadangan serius? Kalau anda ketawa, maknanya tak serius dan tak payah layan. Nak dekat pilihan raya, banyak tokoh-tokoh, pelaku yang sama kerana mungkin dana keuntungan menjelang pilihan raya itu akan lebih,” ujar beliau – Antarapos

 

 

Monday, February 3, 2014

PAS PEMBAKAR SATE, DAP HIDANG SATE, PAPA ANWAR MAKAN SATE ... AKHIRNYA PAS MELEPAS TANGAN AJE BAU TAHI

Ahli Parlimen Temerloh ni? Dia pun nak meroyan jugak ke pasal isu Satay Kajang? Sampai siap buat seloka bagai.

Apa sebabnya dia meroyan macam tu dalam laman media sosial peribadi milik dia sendiri? Sekadar nak sindir orang yang tertentu atau dia memang ada masalah mental yang kronik?

Jika dilihat dari satu sudut, memang nampak sangat dia cuba nak sindir orang tertentu. Tu pasal la dia sibuk cerita pasal isu satay ni dalam status dia sendiri. Kalau tidak, apa pasal pulak dia nak sebut pasal satay tu.


Tinggal lagi, dia ni jenis manusia yang tak reti nak bercakap benar dan terus terang dengan rakyat. Maka sebab tu la dia menafikan perkara tersebut bila dihentam oleh orang lain.

Hakikatnya, puak - puak Pakatan Haramjadah tu sekarang ni dah memang terlebih makan cili belaka masing - masing. Sampai dalam isu satay pun diorang mudah sangat terasa.

Itulah sifat RETORIK puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Bila diorang buat pada orang lain, semuanya dianggap sebagai bahan lawak. Tapi bila kena batang hidung sendiri, tau pulak diorang nak meroyan tak tentu arah. Sekarang baru la Padan dengan Muka Diorang!!!
BARU-baru ini, apabila PKR mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon parti itu dalam pilihan raya kecil akan datang di Kajang, penulis blog antipembangkang secara sinis berkata, antara benda akan diturunkan harga oleh Anwar adalah sate Kajang.

Ini kerana pembangkang kerap mengkritik kerajaan Barisan Nasional sebagai penyebab harga barangan di pasaran naik.

Tanpa sebarang maksud sinis, Sinar Harian cuba mengkaji, adakah benar harga sate boleh diturunkan, dari sudut perniagaan dan ekonomi? Jika boleh, tentu sekali ia adalah sesuatu yang menarik.

STRATEGI MENGGUSARKAN DAP-PAS

Tiba-tiba muncul pula isu tuntutan untuk terus mengguna-pakai kalimah Allah dalam upacara keagamaan kristian digereja-gereja mereka di Selangor. Pelik! Hanya di gereja-gereja di Selangor, tidak di Pulau Pinang! Dalam keadaan mereka sudah pasti tahu Selangor mempunyai Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Bila isu rampasan bible versi Bahasa Melayu yang menyalah-terjemahkan kalimah Allah tercetus dan JAIS melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang dan merampas bible-bible tersebut, ruang terbuka luas untuk Khalid diserang.

Kesempatan ini diambil untuk menakutkan DAP. Sikap Khalid tiba-tiba membuat kenyataan menyokong titah Tuanku Sultan Selangor melarang penggunaan kalimah Allah dan akan terus akur dengan titah itu sudah pasti menggusarkan parti cauvinis DAP ini. Sikap ini sudah pasti akan mengendurkan sokongan DAP kepada Khalid.

Diwaktu yang sama, tindakan Khalid mengarahkan JAIS mengembalikan bible yang dirampas menyebabkan ada penentangan daripada PAS. Kenyataan Exco Hal Ehwal Islam daripada PAS, YB Solehin Mukhyi dilihat tidak senada dengan kenyataan Khalid. Saya cukup pasti faktor ini akan digunakan sepenuhnya untuk menakutkan elemen-elemen didalam PAS Selangor. Kononnya kalau dibiarkan Khalid terus menajdi MB, PAS akan hilang lebih banyak kerusi dalam PRU nanti, sebab orang Melayu benci! Ini akan pasti menyebabkan PAS berfikir dua tiga kali untuk terus menyokong Khalid!

Akhirnya dengan strategi yang cukup licik dan holistik, Khalid terkonteng-konteng keseorangan. Kali ini Khalid benar-benar terjebak. Dia sudah tidak boleh lari.

Perletakkan jawatan YB Lee Chin Cheh dan pengosongan kerusi DUN Kajang sekadar pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan Khalid dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai MB. Malah kemungkinan YB Lee sendiri tidak menyedari permainan politik puak-puak ini!

Saturday, February 1, 2014

ZULKILI NORDIN : KONSPIRASI LUAR TABI'E



18.08.2012, sebelum PRU-13: Saya akan pencen jika pembangkang tewas PRU-13 dan jadi professor!
07.05.2013, selepas PRU-13: Saya tidak akan pencen. Pembangkang kalah kerana Bangla dan blackout!
Sebelum PRK DUN N.25 Kajang:
27 Jan 2014 – Saya TIDAK akan bertanding dalam PRK Kajang
28 Jan 2014 – Saya diminta bertanding dalam PRK Kajang!
Selepas PRK Kajang
28 Januari 2014 – Saya umumkan bahawa Khalid akan terus menjadi Menteri Besar!
Q: Selepas PRK Kajang! Siapa MB baru?
Sendiri pun boleh jawab lah yop!!!
Salam 2 all.

Selepas sah di umum yang Anwar Ibrahim dipilih menjadi calon PKR untuk Pilihanraya Kecil DUN N.25 Kajang (walaupun SPR belum pun buat pengumuman kekosongan kerusi); barulah saya faham mengapa isu PKNS tercetus, mengapa Khalid Ibrahim diserang bertubi-tubi oleh partinya sendiri tanpa belas-ihsan; kenapa kes cerai fasakh Nurul Izzah didedahkan; mengapa kerusi DUN Kajang dikosongkan tanpa sebab dan kenapa UMNO/ BN didendangkan dengan Pelan Damai Nasional!
Ada kopi disebalik karipap rupanya yop!

SEJARAH BERULANG - KES SAIFUL BUKHARI MENGHANTUI ANWAR
Teringat saya selepas PRU-12 tahun 2008 dahulu. Setelah memenangi kerusi Kulim Bandar-Baharu pada 08.03.2008, berlaku satu insiden yang sangat menakutkan Anwar. Pada 28.06.2008, Saiful Bukhari Azlan, pembantu peribadi Anwar membuat lapuran polis dia diliwat oleh Anwar pada 26.06.2008.
Anwar baru sahaja bebas daripada penjara pada 02.09.2004 setelah menjalani hukuman 6 tahun penjara di Penjara Sg. Buloh setelah disabitkan pada 14.04.1999 dengan kesalahan menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan Akuan Bersumpah palsu daripada Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar (pemandunya) yang mendakwa diliwat oleh Anwar pada bulan Mac 1993 di Tivolli Villa.
Anwar tahu kalau dia diheret ke Mahkamah dan dikenakan pertuduhan dan disabitkan kesalahan meliwat Saiful, hukuman penjara melebihi 6 tahun menanti beliau. Segala harapan dia nak menjadi PM akan hancur berkecai; malah pada umur senja, dia mungkin reput dalam penjara!
Salah satu strategi yang dirangka pada masa itu ialah untuk memastikan Anwar menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang; dan dicanangkan kemungkinan Anwar akan menjadi PM melalui konspirasi 16.09.2008. Dengan 81 Ahli Parlimen dibelakang beliau, dengan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, kemungkinan untuk Anwar disabitkan kesalahan meliwat Saiful agak tipis.

Mana mungkin Anwar akan dihukum penjara. Satu dunia akan bising. Amerika akan bising. Turki akan bising. IPU akan bising. UNHRC akan bising. Amnesty International akan bising. Dan kita ada Kerajaan yang takut dengan bunyi bising diluar!
Jadi perancangan untuk melaksanakan agenda itu dimulakan dengan mengenal pasti kerusi mana Anwar hendak bertanding. Teman yang pada masa itu penuh dengan semangat dan ketaatan mengkhinzir buta telah menawarkan kerusi Parlimen Kulim Bandar-Baharu. Namun kerja Allah tidak siapa dapat mengatasinya. Petisyen pilihanraya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu menyebabkan kerusi itu tidak dapat dikosongkan mengikut perancangan.
Lalu Wan Azizah isteri tercinta, Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh terpaksa mengorbankan kerusinya demi 'kesejahteraan PKR'. Dan Anwar memenangi PRK P-044 Permatang Pauh pada 26.08.2008. Setelah mengangkat sumpah pada 28.08.2008, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang.
Setelah melalui proses perbicaraan yang meleret-leret dengan jumlah penangguhan yang melayakkan kes dimasukkan kedalam Malaysia Book of Record, pada 10.01.2012, Mahkamah membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat Saiful!***
Sekarang Anwar berdepan dengan rayuan kes Saiful. Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh perbicaraan dalam masa terdekat ini (iaitu 11, 12 & 13 Februari); dan sekali lagi Anwar berdepan dengan risiko hukuman penjara yang panjang jika Mahkamah menerima rayuan Pendakwaraya.

Dan kali ini Pendakwaraya diwakili peguam veteran terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seorang peguam no-nonsense yang diperakui kehebatan guamannya!

Risiko dipenjarakan menjadi real; risiko impian menjadi PM ke 7 hancur lebur menjadi real; dikala umur 67 tahun dan sudah masuk waktu kubor kata mari, Anwar tidak mungkin boleh menerima hukuman penjara yang panjang. Ianya mesti dipintas at all cost!
Siapa yang berani mahu menghukum penjara seorang Menteri Besar yang berpengaruh atas tuduhan meliwat? Siapa yang berani berdepan dengan masyarakat dunia liberal barat sebagai pemimpin negara yang menghukum MB Selangor dengan tuduhan meliwat? Siapa yang berani nak berdepan dengan kuasa besar Amerika Syarikat? Siapa mahu berdepan dengan Erdogan dan Turki? Siapa nak berdepan dengan Amnesty International, Human Rights Commission dan negara liberal Eropah yang lain - yang mengamalkan seks bebas terbuka termasuk membenarkan homoseksual!
Matlamatnya - Anwar mesti jadi MB Selangor at all cost untuk memastikan Penjara Sg. Buloh bukan destinasi terakhir Anwar dimuka bumi ini!
TAN SRI KHALID PENGHALANG
Tapi Tan Sri Khalid Ibrahim ada disana sebagai MB. Beliau mendapat sokongan penuh DAP; masyarakat peniaga dan korporat Cina dikatakan menyukai cara pentadbirannya yang dikatakan business-friendly, efficient & corrupt free Menteri Besar!
PAS pula tidak senang dengan pendirian Anwar yang liberal, yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh kristian yang bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' PAS.
Dan Khalid bukan jenis yang akan tunduk na'am kepada semua kehendak Anwar. Walaupun beliau diketepikan sebagai Ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor, beliau masih lagi berpengaruh. Bila Anwar menghantar Saifudin Nasution sebagai Liason Director antara pejabat MB dengan PKR, Khalid memperlekehkan perlantikan tersebut dengan menyumbat Saifudin di Tingkat 5 dan 'kami boleh berhubung dengan email' - begitu Khalid memperlekeh duta Anwar ke pejabat MB.
Khalid tahu kekuatannya terletak kepada perlindungan dan pengaruh Presiden, Datin Seri Wan Azizah. Selagi Wan Azizah menyokongnya, Anwar dan konco-konconya tidak akan berani melakukan sesuatu terhadap Khalid. Sebab itu Faekah Hussein, panglima kanan Wan Azizah, wanita besi yang paling dibenci oleh segelintir kumpulan anti-Khalid didalam PKR dilantik memegang beberapa portfolio berpengaruh dan berkuasa didalam pejabat MB. Beliau bukan sahaja Setiausaha Politik dan Pegawai Khas MB, beliau juga Pengerusi MBI, badan korporat paling bepengaruh dalam negeri Selangor dengan kekuatan dana yang besar!

Saya kenal Faekah Hussin ini. Beliau adik bekas Ketua Pengarah BPR Datuk Zaki Hussin. Beliau jenis no-nonsense; dan saya cukup yakin beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menyundal dan merampok khazanah Negeri Selangor. Dan Faekah ini jenis tidak gentar dengan sesiapa - almaklumlah dia seorang peguam! Ini antara punca saya percaya Faekah menjadi begitu tidak terkenal, malah dibenci oleh segelintir mereka dalam PKR yang anti Tan Sri Khalid!
Lalu bagaimana nak pastikan Wan Azizah, dan Faekah, tidak lagi melindungi Khalid?
CHECK-MATE TERHADAP WAN AZIZAH & NURUL IZZAH
Tiba-tiba terbongkar kisah juicy permohonan perceraian fasakh oleh Nurul Izzah, anak sulong Wan Azizah dengan suaminya Raja Ahmad Syahrir. Sebenarnya permohonan sudah difailkan lama, dan tiada sesiapa pun mengetahuinya kecuali peguam, Mahkamah dan beberapa inner-circle dalam PKR.
Tiba-tiba Ahad 26 Jan lepas, berita permohonan perceraian itu terbongkar. Ada sumber dalaman PKR telah mendedahkannya kepada para blogger dan media arus perdana. malah ada yang menerima transkrip terperinci sebab-sebab permohonan perceraian itu dimohon oleh Nurul Izzah, termasuk gambar seorang jejaka yang agak 'jambu' turut disebarkan.
Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan rising star didalam PKR. Malah beliau pernah menyatakan hasrat menentang orang kanan Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan lalu. Beliau penyokong kuat ibunya Wan Azizah dan Khalid Ibrahim.
Sebarang sokongan terbuka daripada Nurul Izzah, disertai sokongan terbuka ibunya Wan Azizah terhadap kepimpinan Khalid sebagai MB akan menyukarkan sebarang cubaan untuk menjatuhkan Khalid.

Jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah harus dikekang!
Pembongkaran kes permohonan cerai fasakh oleh Nurul Izzah dengan segala kisah sensasinya menjadi check-mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah. Bagaimana mungkin sekarang Wan Azizah dan Nurul Izzah mahu memberikan sokongan terbuka kepada Khalid - pasti mereka akan dicemuh supaya pergi urus hal rumahtangga engkau sendiri lah!
Lalu Khalid terkonteng-konteng keseorangan, tanpa sokongan Presiden dan Naib Presiden, tanpa sebarang jawatan dalam parti. Hanya tinggal DAP dan PAS menjadi sandaran akhir Khalid! 


STRATEGI MENGGUSARKAN DAP-PAS 
Tiba-tiba muncul pula isu tuntutan untuk terus mengguna-pakai kalimah Allah dalam upacara keagamaan kristian digereja-gereja mereka di Selangor. Pelik! Hanya di gereja-gereja di Selangor, tidak di Pulau Pinang! Dalam keadaan mereka sudah pasti tahu Selangor mempunyai Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Bila isu rampasan bible versi Bahasa Melayu yang menyalah-terjemahkan kalimah Allah tercetus dan JAIS melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang dan merampas bible-bible tersebut, ruang terbuka luas untuk Khalid diserang.
Kesempatan ini diambil untuk menakutkan DAP. Sikap Khalid tiba-tiba membuat kenyataan menyokong titah Tuanku Sultan Selangor melarang penggunaan kalimah Allah dan akan terus akur dengan titah itu sudah pasti menggusarkan parti cauvinis DAP ini. Sikap ini sudah pasti akan mengendurkan sokongan DAP kepada Khalid.
Diwaktu yang sama, tindakan Khalid mengarahkan JAIS mengembalikan bible yang dirampas menyebabkan ada penentangan daripada PAS. Kenyataan Exco Hal Ehwal Islam daripada PAS, YB Solehin Mukhyi dilihat tidak senada dengan kenyataan Khalid. Saya cukup pasti faktor ini akan digunakan sepenuhnya untuk menakutkan elemen-elemen didalam PAS Selangor. Kononnya kalau dibiarkan Khalid terus menajdi MB, PAS akan hilang lebih banyak kerusi dalam PRU nanti, sebab orang Melayu benci! Ini akan pasti menyebabkan PAS berfikir dua tiga kali untuk terus menyokong Khalid!
Akhirnya dengan strategi yang cukup licik dan holistik, Khalid terkonteng-konteng keseorangan. Kali ini Khalid benar-benar terjebak. Dia sudah tidak boleh lari.
Perletakkan jawatan YB Lee Chin Cheh dan pengosongan kerusi DUN Kajang sekadar pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan Khalid dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai MB. Malah kemungkinan YB Lee sendiri tidak menyedari permainan politik puak-puak ini!
PELAN DAMAI NASIONAL MEMERANGKAP UMNO
Dan untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan, maka ditawarkan kepada UMNO dan Barisan Nasional 'Pelan Damai Nasional'! Ini lawak senario abad ini. Bagaimana mungkin parti yang cacamerba penuh dengan percakaran dalaman dengan begitu sardin mengemukakan 'Pelan Damai Nasional'. Saya ingat Saiful Apek boleh mati ketawa tertelan gigi palsu mendengar berita ini.
Jika UMNO/BN menerima pelan ini, saya cukup yakin nanti akan timbul desakan supaya UMNO/BN membuktikan keikhlasan dengan tidak meletakkan calon bagi PRK N.25 DUN Kajang ini. Sekaligus memberikan Anwar laluan-percuma untuk menjadi ADUN Kajang dan selayaknya ditabalkan sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid.
Kalau UMNO/ BN termakan dengan taktik ini, saya kira tidak ada ayat lagi nak diberi kepada UMNO/ BN selain daripada melafazkan innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un kepada UMNO/ BN. Nampak sangat UMNO/ BN bekerja keras untuk menjadi pembangkang dalam PRU-14 nanti.
Dan jika ditakdirkan berlaku PRK N.25 Kajang, saya menasihatkan UMNO meletakkan calon UMNO disitu. Saya percaya dengan calon UMNO yang berkaliber dan punya integriti dan kewibawaan, UMNO punya peluang cerah memenangi kerusi DUN Kajang. Jangan dibiar hak demokrasi rakyat Selangor diliwat dengan begitu mudah oleh para peliwat democrazy ini.

TAKTIK AKHIRUL KALAM - VIDEOKLIP
Saya menerima maklumat jika semua perancangan ini gagal, atau pun jika rancangan ini memerlukan satu water-tight ending, maka sebuah videoklip yang diambil daripada sebuah sudut yang agak tinggi disebuah kediaman akan disebarkan. Apa video itu...tunggu dan lihat!
RUMUSAN & OPSYEN BUAT TAN SRI KHALID
Persoalan cepumas sekarang ialah: adakah riwayat Khalid sudah berakhir!
Belum. Jangan write-off Khalid cepat sangat. Beliau seorang tokoh korporat, beliau sudah biasa dengan taktik dan maneouvre seperti ini.
Khalid sekarang ada beberapa opsyen:
1. Khalid boleh buat keras kepala dan terus kekal sebagai MB. Tiada sesiapa pun boleh menggugat kedudukannya. Kalau Khalid memilih opsyen ini, Anwar tidak ada pilihan selain meminta DUN Selangor memanggil sidang tergempar membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid. Untuk itu Anwar memerlukan sokongan penuh ADUN DAP dan PAS selain ADUN PKR sendiri. Atau dalam keadaan ekstrim, Anwar boleh mengarahkan semua  ADUN PKR tidak menyokong Khalid. Ini akan menjadikan satu suasana DUN tergantung. Tetapi ini semua belum tentu berjaya; dan kalau berjaya pun Anwar akan dilihat sebagai aggressor yang tamak mahukan jawatan sehingga menganiaya dan mengkhianati MB sendiri!
2. Khalid boleh mempengaruhi kesemua ADUN PKR, DAP dan PAS untuk terus menyokong beliau dengan mengadakan undi kepercayaan dalam Dewan. Tetapi ini juga mempunyai risiko kerana tidak mungkin ADUN PKR akan menyebelahi beliau;
3. Khalid boleh membuat pakatan dengan ADUN BN, dengan syarat dia boleh membawa jumlah ADUN yang cukup menyokongnya untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan, dan dia terus menjadi MB. Ini juga opsyen yang mempunyai risiko yang tinggi kerana Khalid akan sentiasa duduk dibawah ugutan dan tekanan ADUN-ADUN ini;
4. Atau Khalid boleh mengambil opsyen menelan sahaja apa yang berlaku. Terima sahaja takdir masanya dah berlalu, dah tak ada rezeki. Lantak pi lah siapa pun nak jadi MB. Elok pencen jaga cucu dudok kat masjid bilang buah tasbih; cari pahala sikit; atau
5. Opsyen terakhir dan paling realistik untuk Khalid sekarang ialah membubarkan DUN Selangor. Sebagai MB, hanya beliau, dan tidak ada orang lain dalam dunia ini, yang mempunyai hak legal dan politikal untuk menasihatkan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor. Beliau boleh menggunakan alasan bahawa hak demokrasi rakyat Selangor untuk menentukan kepimpinan Kerajaan Selangor yang baru harus dihormati.
Sekiranya beliau digulingkan dengan cara democrazy pintu nelakang luar tabi'e ini, maka apa yang terjadi sebenarnya ialah hak demokrasi rakyat Selangor telah diliwat melalui kaedah politiking pintu belakang akibat mainan politik luar tabi'e pihak tertentu!
Dan jika Tuanku Sultan Selangor memperkenankan sembahan beliau, DUN Selangor boleh dibubarkan dan Pilihanraya Negeri Selangor wajib diadakan dalam tempoh 60 hari. Khalid boleh mengadakan kerjasama-strategik dengan UMNO-BN untuk menawan semula Selangor dengan syarat beliau kekal menjadi MB.
Saya percaya UMNO/BN terbuka dalam menimbang kerjasama-strategik ini. Apa yang penting ialah hak demokrasi rakyat Selangor tidak dicabul sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab!
Apa pun, hayat-politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sudah hampir ke penghujungnya. Malaikat sakarat-politik sedang menunggu di pintu Bukit Malawati. Tetapi Khalid boleh menukar destinasi politiknya jika bijak mengatur langkah.
Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid, baca dan perhalusi sejarah bagaimana Allahyarham Tun Gafar Baba jatuh terkangkang akibat mainan politik luar tabi'e ini.
Pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Buat apa yang Tan Sri patut buat untuk memastikan hak demokrasi rakyat Selangor terus terpelihara, dan maruah Tan Sri dipertahankan!
Wallahua'alam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
01 Rabi'ul Akhir 1435
01 Februari 2014

***Kenyataan ini tidak bermaksud dan tidak sepatutnya difahami yang Mahkamah membebaskan Anwar kerana beliau Ketua Pembangkang atau Ahli Parlimen, atau kerana Mahkamah takut kepada tekanan dalam dan luar negara. Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan berdasarkan kepada pertimbangan undang-undang, fakta dan keterangan yang telah dikemukakan kepada Mahkamah dan merumuskan keputusan sewajarnya. Samada penghakiman Mahkamah Tinggi itu wajar atau tidak kita tunggu keputusan Mahkamah Rayuan nanti insyallah. Untuk penjelasan lanjut, sila baca keputusan bertulis Mahkamah Tinggi itu didalam mana-mana jurnal perundangan dan kehakiman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...