Sudah terang
lagi bersuluh. Memang itulah hakikat yang sebenarnya. Perkara ni tak
perlu nak dipertikaikan lagi. Dan ianya memang patut dilakukan oleh Ahli
Parlimen PAS ni.
Perkara ini
bukan kali pertama kita dengar, tapi dah banyak kali dah sebenarnya.
Sejak sebelum Pilihan Raya Umum lagi kita dah dengar alasan yang
diberikan oleh puak - puak PAS ni.
Diorang
memang keberatan nak bagi jawatan besar kepada Si Ketua Penipu tu sebab
diorang tau, Si Ketua Penipu tu memang jenis manusia yang kemaruk nak
jawatan. Itu sebab diorang tolak.
Tapi
persoalannya, sampai setakat mana diorang sanggup tolak? Kalau setakat
pandai bercakap hari ni je lepas tu Pakat Angguk Saja dikemudian hari,
baik tak payah. Buat mengabihkan masa je!!!
Kalau kita
ingat, masa Muktamar yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu,
ahli PAS diperingkat akar umbi dah sebulat suara menolak Si Ketua Penipu
tu jadi Perdana Menteri.
Tapi sebaik
sahaja Muktamar tu selesai, lain pulak pendirian yang dibuat oleh
kepimpinan PAS Pusat sendiri. Semuanya pakat setuju belaka Si Ketua
Penipu tu jadi PM.
Hari ni
diorang boleh cakap yang diorang secara 'konsisten' menolak Si Ketua
Penipu tu jadi Menteri Besar Selangor. Tapi bila tiba masanya nanti,
diorang tetap akan terima jugak.
Itu satu
kebiasaan yang dilakukan oleh puak - puak Parti Angguk Saja ni. Perkara
macam tu yang membuatkan orang semakin hari semakin tak percaya dengan
apa yang diorang cakap. Dasar Munafik tu jugak yang diorang nak ikut!!!
Tu pasal la orang tak percaya!!!
SHAH ALAM – Pas tetap konsisten dengan keputusannya menolak calon PKR di Dun Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, isu pertukaran menteri besar Selangor adalah tidak berbangkit dan Pas merasakan tiada keperluan berbuat demikian.“Keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik Pas Pusat. Dalam erti kata lain, Pas tidak bersetuju menjadikan PRK Dun Kajang sebagai agenda menukar menteri besar Selangor.“Itulah dua perkara besar yang telah diputuskan dan dikemukakan melalui kenyataan rasmi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Berasaskan keputusan ini, jelas Pas mempunyai pendirian tersendiri secara jamaei dan tidak mudah diseret ke tengah dan ke tepi,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.
Anwar Bayangkan Bakal Jadi MB Selangor Baharu
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memberi bayangan beliau akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.Beliau, melalui temubual eksklusif bersama ‘Sinar Harian’ berkata, perkara itu bagaimanapun perlu dibincang bagi mendapatkan pemuafakatan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
“Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses Pakatan.
“Ada urusan berkenaan dengan Tuanku (Sultan Selangor) kerana isu Perlembagaan ini bukan hanya naik mahkamah saja,” beliau dipetik sebagai berkata, Khamis.
Beliau yang ditemui di Ibu Pejabat PKR itu kemudian sekali lagi menegaskan bahawa “kemungkinan itu ada.”
Anwar sebelum ini berkata dakwaan beliau akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor hanyalah spekulasi.
“Cara kita berbeza dengan institusi raja dan saya sudah ada pengalaman. Saya tidak mahu ulas kedudukan saya,” ujarnya.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menegaskan bahawa sebarang jawatan, termasuk jawatan menteri besar Selangor mempunyai penyandang yang tidak tetap.
“Ya (ada yang ganti), ia bukan jawatan tetap (Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim). Bukan saja berlaku dalam politik, malah dalam dunia sekali pun.
“Kita tidak akan beri jaminan itu (kekal). (Jawatan menteri besar) itu kita akan bincang cari jalan yang terbaik,” katanya dalam nada berbeza.
Mengenai PRK Kajang beliau berkata sama ada beliau, ataupun Pakatan Rakyat tidak menganggap mudah mendapat kemenangan.
Justeru, beliau akan turun berkempen sebagai seorang calon.
“Saya akan turun bawah jumpa rakyat. Kalau bertanding, saya bukan Ketua Umum, saya hanya calon.
“Di Permatang Pauh, saya turun rata kedai kopi. Kalau saya balik, ada orang meninggal, jam 1 atau 2 pagi pun saya akan melawat. InsyaAllah, kalau saya menang di Kajang pun, saya kena jadi macam itu. Nasib baik Kajang, dekat dengan rumah saya Segambut,” katanya.
PRK Kajang diadakan selepas Adun PKR, Lee Chin Cheh meletak jawatan secara mengejut, 27 Januari lalu.
Keesokan harinya, Abdul Khalid mengumumkan Anwar dipilih sebagai calon PRK kerusi Dun berkenaan menyebabkan timbul spekulasi bahawa Anwar bakal menggantikan Abdul Khalid di Selangor – Mstar
anwaribrahim penasihat 1 ringgit paling sukses...
PKR terus mendiamkan diri dari menjawab kenapa perlu kerusi DUN Kajang
dikosongkan... Menjemput pula manusia datang jauh dari Pulau Pinang
untuk menjadi calon bagi kerusi tersebut bagi menentang BN... Memang
bodoh! Kerusi itu dimenangi dengan majoriti lebih 6ribu, sememangnya
ianya menjadi kubu kuat kepada PKR kerana PRU13 tidak sampai setahun
berlalu...
Kesombongan PKR dengan tidak meletakkan perbincangan peringkat PR
untuk.mengosongkan kerusi tersebut menjadi perdebatan hangat dalam parti
itu sendiri... sesuka hati keluar berhenti letak jawatan!
Dari segi calon, PKR Selangor jelas menunjukkan tiada rakyat Selangor
yang layak menjadi pemimpin di sana sehingga terpaksa import orang luar
masuk ke Kajang... Pastinya ianya menimbulkan kemarahan oleh orang
Kajang sendiri terutamanya ahli PAS dan DAP... PKR bertindak macam
kepala samseng tanpa berunding dahulu dengan mereka.. taoi, bila gerak
pilihanraya, mereka terpaksa mengerahkan jentera PAS dan DAP
tersebut...
Dewan Ulama PAS menyedari akan hakikat ini, tapi apakan daya, apalah
kuasa mereka untuk menyekat Anwar dan konco-konconya... Anwar memang
tidak boleh dibendung lagi, si Tua ini semacam sudah menjadi Raja dalam
PKR mahupun Pakatan Rakyat... Peliknya, sehingga hari ini tidak
kedengaran langsung suara Presiden PKR mengenai isu ini... Diam seribu
bahasa... apa guna jadi Presiden, lahgi bagus jadi Tukang buat kopi
Anwar di rumah sahaja...
Lagi pelik bila dikatakan Anwar akan membuat anjakan dari segi ekonomi
dan politik kepada Selangor... masalanya, bukankah dia penasihat ekonomi
negeri Selangor yang hanya dibayar seringgit??? Apakah selama ini
beliau gagal untuk menasihat negeri Selangor? Jika ekonomi Selangor tak
bagus, sepatutnya MB Selangor pecat anwar ni dan bukannya nak jadikan
dia MB Selangor yang baharu pula... bodoh...
Sebagai contoh PAS dan DAP, PAS memerintah kelantan begitu lama, tak
pernah dengar lagi presiden parti terpaksa bertanding di Kelantan untuk
menyelesaikan masalah dalaman parti... walaupun hakikatnya, PAS sendiri
ada masalah dalaman... begitu juga DAP... Tapi , PKR? Inikah Parti yang
diharapkan oleh orang selangor? Yang aku tahu, budak-budak PKR ni
kebanyakannya dahulu orang buangan UMNO dan ada yang sekarang ni tahu
bercakap saja tapi buat kerja teruk...
Pastinya, pilihanraya kecil telah ditentukan, anwar pun sudah mula
berkempen turun padang... masakan tidak, jarang-jarang turun kajang
terpaksalah turun awal... Justeru, orang Kajang akan turun mengundi
sekali lagi...
Jomo harapkan pengundi jangan buat silap lagi! KASI AJAR SAMA ITU ANWAR
DAN KONCO-KONCONYA... INI SEMUA GAME TUTUP KEBURUKAN PARTI DAN AKHIRNYA
MEMBAZIR DUIT RAKYAT!!!
ANWAR TAK NAK LAYAN KARENAH ASKAR KATAK HIJAU
KAJANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan melayan bantahan Pemuda PAS terhadap keputusan PKR mengosongkan kerusi Kajang dan spekulasi beliau akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Anwar menegaskan apa yang penting ialah pendirian bersama yang diambil oleh Pakatan Rakyat bersabit perkara itu dan beliau tidak boleh mengulas bantahan sayap pemuda Pas itu.
“Kalau ikut prosedur yang kita bincang dalam majlis tertutup Pakatan Rakyat (PR), biasanya saya tak pernah layan oleh begini dan kedudukan saya tak membolehkan saya membuat komen selain dari keputusan kita bersama untuk tumpu pada PRK Kajang,” ujarnya kepada pemberita selepas memberi ucapan di Pusat Komuniti DUN Kajang di sini, petang tadi.
Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat semalam berkata PRK Kajang membazir dana awam manakala kemelut mengenai jawatan Menteri Besar akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
“Kita khuatir permainan pihak lain yang inginkan ia berpanjangan hingga lupakan kepentingan rakyat Selangor.
“Kita kesal dengan tindakan itu, membazir masa dan duit rakyat. Ia mendedahkan PR kepada risiko kemerosakan sokongan rakyat,” katanya pada sidang media semalam.
Bagaimanapun Suhaizan akur dengan arahan parti untuk jentera pemuda dan PAS Pusat digerakkan untuk memenangkan Anwar di PRK Kajang.
Dalam pada itu Anwar memuji bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh kerana sanggup memberi laluan demi kebaikan parti, tanpa mengharapkan sebarang habuan.
“Sebelum itu dia tak runding dengan saya. Cuma dia tanye saya kalau saya letak jawatan Datuk Seri nak masuk tak. Saya terpaksa akui kebaikan orang..Dia tak minta apa projek atau apa pun,” katanya.
Mengulas cabaran bekas rakan baiknya, Datuk S Nallakarupan yang menawarkan diri untuk bertanding, beliau hanya ketawa sinis sambil menyifatkan ahli Dewan Negara tersebut mendapat habuan.
“Anda anggap ini cadangan serius? Kalau anda ketawa, maknanya tak serius dan tak payah layan. Nak dekat pilihan raya, banyak tokoh-tokoh, pelaku yang sama kerana mungkin dana keuntungan menjelang pilihan raya itu akan lebih,” ujar beliau – Antarapos
No comments:
Post a Comment