Setiausaha UMNO Johor sahkan Ketua Bahagian Bakri DIGANTUNG KEANGGOTAAN kerana POLITIK WANG
Rasuah tetap ada dalam pemilihan UMNO..... Dah kata jangan guna politik wang seperti Anwar .. Guna juga... Apakah amalan politik wang yang diamalkan oleh Anwar semasa dalam UMNO berterusan kepada pak pandir UMNO... Tahniah! Umno dengan rasuah2... Ahli yang tiada kepentingan semakin bosan.... Betul juga kata pembangkang UMNO kuat RASUAH... Sape nak nafikan?
Ketua UMNO Bahagian Bakri Datuk Saipolbahri Suib |
Penggantungan keanggotaan Saipolbahri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Naning itu disahkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan Negeri Mohd Jais Sarday.
"Ya," katanya kepada Bernama hari ini menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) apabila ditanya tentang kebenaran berita Ketua Bahagian UMNO Bakri itu digantung keanggotaaannya oleh Ibu pejabat Umno baru-baru ini.
Mohd Jais yang juga Exco kanan kerajaan negeri bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang tempoh penggantungan yang dikenakan terhadap Saipolbahri.
Adun Bukit Naning itu juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan berjaya mengekalkan jawatan ketua bahagian selepas menewaskan pencabarnya, Allahyarham Datuk Mazlan Sabari dan Lokman Mohd Dom pada pemilihan lepas.
Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO negeri, Ramlee Bohani pula ketika dihubungi hari ini turut enggan mengulas berkenaan isu penggantungan itu dan meminta supaya perkara itu dirujuk kepada Ibu pejabat UMNO.
Sementara itu sumber-sumber memberitahu Bernama, Saipolbahri bersama empat pemimpin UMNO Bahagian itu digantung keanggotaan mereka selama dua penggal oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin UMNO.
Empat lain yang turut digantung keanggotaan adalah Setiausaha Bahagian Mat Saad Amat, Ketua Penerangan Bahagian Yaacob Jamian, anggota Jawatankuasa Bahagian Uzir Sahid dan Naib Ketua Wanita Bahagian Safiah Siwon.
Sumber itu juga berkata satu perjumpaan telah diadakan antara pemimpin-pemimpin peringkat cawangan bertujuan mengutip tandatangan bagi menyokong rayuan yang akan dikemukakan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
Mat Saad yang dihubungi pula berkata, mereka sedang dalam proses mengemukakan rayuan.
Tinjauan Bernama di pejabat UMNO Bahagian Bakri mendapati ia lengang, hanya seorang kerani yang sedang bertugas.
No comments:
Post a Comment