Selepas sah di umum yang Anwar Ibrahim dipilih menjadi calon PKR untuk Pilihanraya Kecil DUN N.25 Kajang (walaupun SPR belum pun buat pengumuman kekosongan kerusi); barulah saya faham mengapa isu PKNS tercetus, mengapa Khalid Ibrahim diserang bertubi-tubi oleh partinya sendiri tanpa belas-ihsan; kenapa kes cerai fasakh Nurul Izzah didedahkan; mengapa kerusi DUN Kajang dikosongkan tanpa sebab dan kenapa UMNO/ BN didendangkan dengan Pelan Damai Nasional!
Ada kopi disebalik karipap rupanya yop!
SEJARAH BERULANG - KES SAIFUL BUKHARI MENGHANTUI ANWAR
Teringat saya selepas PRU-12 tahun 2008 dahulu. Setelah memenangi kerusi
Kulim Bandar-Baharu pada 08.03.2008, berlaku satu insiden yang sangat
menakutkan Anwar. Pada 28.06.2008, Saiful Bukhari Azlan, pembantu
peribadi Anwar membuat lapuran polis dia diliwat oleh Anwar pada
26.06.2008.
Anwar baru sahaja bebas daripada penjara pada 02.09.2004 setelah
menjalani hukuman 6 tahun penjara di Penjara Sg. Buloh setelah
disabitkan pada 14.04.1999 dengan kesalahan menyalahgunakan kuasa
sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan Akuan Bersumpah
palsu daripada Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar (pemandunya) yang
mendakwa diliwat oleh Anwar pada bulan Mac 1993 di Tivolli Villa.
Anwar tahu kalau dia diheret ke Mahkamah dan dikenakan pertuduhan dan
disabitkan kesalahan meliwat Saiful, hukuman penjara melebihi 6 tahun
menanti beliau. Segala harapan dia nak menjadi PM akan hancur berkecai;
malah pada umur senja, dia mungkin reput dalam penjara!
Salah satu strategi yang dirangka pada masa itu ialah untuk memastikan
Anwar menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang; dan dicanangkan
kemungkinan Anwar akan menjadi PM melalui konspirasi 16.09.2008. Dengan
81 Ahli Parlimen dibelakang beliau, dengan jawatan sebagai Ketua
Pembangkang, kemungkinan untuk Anwar disabitkan kesalahan meliwat Saiful
agak tipis.
Mana mungkin Anwar akan dihukum penjara. Satu dunia akan bising. Amerika akan bising. Turki akan bising. IPU akan bising. UNHRC akan bising. Amnesty International akan bising. Dan kita ada Kerajaan yang takut dengan bunyi bising diluar!
Mana mungkin Anwar akan dihukum penjara. Satu dunia akan bising. Amerika akan bising. Turki akan bising. IPU akan bising. UNHRC akan bising. Amnesty International akan bising. Dan kita ada Kerajaan yang takut dengan bunyi bising diluar!
Jadi perancangan untuk melaksanakan agenda itu dimulakan dengan mengenal
pasti kerusi mana Anwar hendak bertanding. Teman yang pada masa itu
penuh dengan semangat dan ketaatan mengkhinzir buta telah menawarkan
kerusi Parlimen Kulim Bandar-Baharu. Namun kerja Allah tidak siapa dapat
mengatasinya. Petisyen pilihanraya yang difailkan di Mahkamah Tinggi
Alor Setar terhadap kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu menyebabkan
kerusi itu tidak dapat dikosongkan mengikut perancangan.
Lalu Wan Azizah isteri tercinta, Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen
Permatang Pauh terpaksa mengorbankan kerusinya demi 'kesejahteraan PKR'.
Dan Anwar memenangi PRK P-044 Permatang Pauh pada 26.08.2008. Setelah
mengangkat sumpah pada 28.08.2008, Anwar dilantik menjadi Ketua
Pembangkang.
Setelah melalui proses perbicaraan yang meleret-leret dengan jumlah
penangguhan yang melayakkan kes dimasukkan kedalam Malaysia Book of
Record, pada 10.01.2012, Mahkamah membebaskan Anwar daripada dakwaan
meliwat Saiful!***
Sekarang Anwar berdepan dengan rayuan kes Saiful. Mahkamah Rayuan telah
menetapkan tarikh perbicaraan dalam masa terdekat ini (iaitu 11, 12
& 13 Februari); dan sekali lagi Anwar berdepan dengan risiko hukuman
penjara yang panjang jika Mahkamah menerima rayuan Pendakwaraya.
Dan kali ini Pendakwaraya diwakili peguam veteran terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seorang peguam no-nonsense yang diperakui kehebatan guamannya!
Dan kali ini Pendakwaraya diwakili peguam veteran terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seorang peguam no-nonsense yang diperakui kehebatan guamannya!
Risiko dipenjarakan menjadi real; risiko impian menjadi PM ke 7 hancur lebur menjadi real; dikala umur 67 tahun dan sudah masuk waktu kubor kata mari, Anwar tidak mungkin boleh menerima hukuman penjara yang panjang. Ianya mesti dipintas at all cost!
Siapa yang berani mahu menghukum penjara seorang Menteri Besar yang
berpengaruh atas tuduhan meliwat? Siapa yang berani berdepan dengan
masyarakat dunia liberal barat sebagai pemimpin negara yang menghukum MB
Selangor dengan tuduhan meliwat? Siapa yang berani nak berdepan dengan
kuasa besar Amerika Syarikat? Siapa mahu berdepan dengan Erdogan dan
Turki? Siapa nak berdepan dengan Amnesty International, Human Rights
Commission dan negara liberal Eropah yang lain - yang mengamalkan seks
bebas terbuka termasuk membenarkan homoseksual!
Matlamatnya - Anwar mesti jadi MB Selangor at all cost untuk memastikan Penjara Sg. Buloh bukan destinasi terakhir Anwar dimuka bumi ini!
TAN SRI KHALID PENGHALANG
Tapi Tan Sri Khalid Ibrahim ada disana sebagai MB. Beliau mendapat
sokongan penuh DAP; masyarakat peniaga dan korporat Cina dikatakan
menyukai cara pentadbirannya yang dikatakan business-friendly, efficient & corrupt free Menteri Besar!
PAS pula tidak senang dengan pendirian Anwar yang liberal, yang
menyokong penggunaan kalimah Allah oleh kristian yang bercanggah dengan
ketetapan Majlis Syura' PAS.
Dan Khalid bukan jenis yang akan tunduk na'am kepada semua
kehendak Anwar. Walaupun beliau diketepikan sebagai Ketua Perhubungan
PKR Negeri Selangor, beliau masih lagi berpengaruh. Bila Anwar
menghantar Saifudin Nasution sebagai Liason Director antara pejabat MB dengan PKR, Khalid memperlekehkan perlantikan tersebut dengan menyumbat Saifudin di Tingkat 5 dan 'kami boleh berhubung dengan email' - begitu Khalid memperlekeh duta Anwar ke pejabat MB.
Khalid tahu kekuatannya terletak kepada perlindungan dan pengaruh
Presiden, Datin Seri Wan Azizah. Selagi Wan Azizah menyokongnya, Anwar
dan konco-konconya tidak akan berani melakukan sesuatu terhadap Khalid.
Sebab itu Faekah Hussein, panglima kanan Wan Azizah, wanita besi yang
paling dibenci oleh segelintir kumpulan anti-Khalid didalam PKR dilantik
memegang beberapa portfolio berpengaruh dan berkuasa didalam pejabat
MB. Beliau bukan sahaja Setiausaha Politik dan Pegawai Khas MB, beliau
juga Pengerusi MBI, badan korporat paling bepengaruh dalam negeri
Selangor dengan kekuatan dana yang besar!
Saya kenal Faekah Hussin ini. Beliau adik bekas Ketua Pengarah BPR Datuk Zaki Hussin. Beliau jenis no-nonsense; dan saya cukup yakin beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menyundal dan merampok khazanah Negeri Selangor. Dan Faekah ini jenis tidak gentar dengan sesiapa - almaklumlah dia seorang peguam! Ini antara punca saya percaya Faekah menjadi begitu tidak terkenal, malah dibenci oleh segelintir mereka dalam PKR yang anti Tan Sri Khalid!
Saya kenal Faekah Hussin ini. Beliau adik bekas Ketua Pengarah BPR Datuk Zaki Hussin. Beliau jenis no-nonsense; dan saya cukup yakin beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menyundal dan merampok khazanah Negeri Selangor. Dan Faekah ini jenis tidak gentar dengan sesiapa - almaklumlah dia seorang peguam! Ini antara punca saya percaya Faekah menjadi begitu tidak terkenal, malah dibenci oleh segelintir mereka dalam PKR yang anti Tan Sri Khalid!
Lalu bagaimana nak pastikan Wan Azizah, dan Faekah, tidak lagi melindungi Khalid?
CHECK-MATE TERHADAP WAN AZIZAH & NURUL IZZAH
Tiba-tiba terbongkar kisah juicy permohonan perceraian fasakh
oleh Nurul Izzah, anak sulong Wan Azizah dengan suaminya Raja Ahmad
Syahrir. Sebenarnya permohonan sudah difailkan lama, dan tiada sesiapa
pun mengetahuinya kecuali peguam, Mahkamah dan beberapa inner-circle dalam PKR.
Tiba-tiba Ahad 26 Jan lepas, berita permohonan perceraian itu
terbongkar. Ada sumber dalaman PKR telah mendedahkannya kepada para
blogger dan media arus perdana. malah ada yang menerima transkrip
terperinci sebab-sebab permohonan perceraian itu dimohon oleh Nurul
Izzah, termasuk gambar seorang jejaka yang agak 'jambu' turut disebarkan.
Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan rising star
didalam PKR. Malah beliau pernah menyatakan hasrat menentang orang
kanan Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan
lalu. Beliau penyokong kuat ibunya Wan Azizah dan Khalid Ibrahim.
Sebarang sokongan terbuka daripada Nurul Izzah, disertai sokongan
terbuka ibunya Wan Azizah terhadap kepimpinan Khalid sebagai MB akan
menyukarkan sebarang cubaan untuk menjatuhkan Khalid.
Jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah harus dikekang!
Jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah harus dikekang!
Pembongkaran kes permohonan cerai fasakh oleh Nurul Izzah dengan segala kisah sensasinya menjadi check-mate
terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah. Bagaimana mungkin sekarang Wan
Azizah dan Nurul Izzah mahu memberikan sokongan terbuka kepada Khalid -
pasti mereka akan dicemuh supaya pergi urus hal rumahtangga engkau sendiri lah!
Lalu Khalid terkonteng-konteng keseorangan, tanpa sokongan Presiden dan
Naib Presiden, tanpa sebarang jawatan dalam parti. Hanya tinggal DAP dan
PAS menjadi sandaran akhir Khalid!
STRATEGI MENGGUSARKAN DAP-PAS
Tiba-tiba muncul pula isu tuntutan untuk terus mengguna-pakai kalimah
Allah dalam upacara keagamaan kristian digereja-gereja mereka di
Selangor. Pelik! Hanya di gereja-gereja di Selangor, tidak di Pulau
Pinang! Dalam keadaan mereka sudah pasti tahu Selangor mempunyai Enakmen
Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang melarang penggunaan
kalimah Allah oleh bukan Islam.
Bila isu rampasan bible versi Bahasa Melayu yang menyalah-terjemahkan
kalimah Allah tercetus dan JAIS melaksanakan tugasnya mengikut
undang-undang dan merampas bible-bible tersebut, ruang terbuka luas
untuk Khalid diserang.
Kesempatan ini diambil untuk menakutkan DAP. Sikap Khalid tiba-tiba
membuat kenyataan menyokong titah Tuanku Sultan Selangor melarang
penggunaan kalimah Allah dan akan terus akur dengan titah itu sudah
pasti menggusarkan parti cauvinis DAP ini. Sikap ini sudah pasti akan
mengendurkan sokongan DAP kepada Khalid.
Diwaktu yang sama, tindakan Khalid mengarahkan JAIS mengembalikan bible
yang dirampas menyebabkan ada penentangan daripada PAS. Kenyataan Exco
Hal Ehwal Islam daripada PAS, YB Solehin Mukhyi dilihat tidak senada
dengan kenyataan Khalid. Saya cukup pasti faktor ini akan digunakan
sepenuhnya untuk menakutkan elemen-elemen didalam PAS Selangor. Kononnya
kalau dibiarkan Khalid terus menajdi MB, PAS akan hilang lebih banyak
kerusi dalam PRU nanti, sebab orang Melayu benci! Ini akan pasti
menyebabkan PAS berfikir dua tiga kali untuk terus menyokong Khalid!
Akhirnya dengan strategi yang cukup licik dan holistik, Khalid
terkonteng-konteng keseorangan. Kali ini Khalid benar-benar terjebak.
Dia sudah tidak boleh lari.
Perletakkan jawatan YB Lee Chin Cheh dan pengosongan kerusi DUN Kajang
sekadar pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan Khalid dan menobatkan
Anwar Ibrahim sebagai MB. Malah kemungkinan YB Lee sendiri tidak
menyedari permainan politik puak-puak ini!
PELAN DAMAI NASIONAL MEMERANGKAP UMNO
Dan untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan, maka
ditawarkan kepada UMNO dan Barisan Nasional 'Pelan Damai Nasional'! Ini
lawak senario abad ini. Bagaimana mungkin parti yang cacamerba penuh dengan percakaran dalaman dengan begitu sardin mengemukakan 'Pelan Damai Nasional'. Saya ingat Saiful Apek boleh mati ketawa tertelan gigi palsu mendengar berita ini.
Jika UMNO/BN menerima pelan ini, saya cukup yakin nanti akan timbul
desakan supaya UMNO/BN membuktikan keikhlasan dengan tidak meletakkan
calon bagi PRK N.25 DUN Kajang ini. Sekaligus memberikan Anwar laluan-percuma untuk menjadi ADUN Kajang dan selayaknya ditabalkan sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid.
Kalau UMNO/ BN termakan dengan taktik ini, saya kira tidak ada ayat lagi nak diberi kepada UMNO/ BN selain daripada melafazkan innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un kepada UMNO/ BN. Nampak sangat UMNO/ BN bekerja keras untuk menjadi pembangkang dalam PRU-14 nanti.
Dan jika ditakdirkan berlaku PRK N.25 Kajang, saya menasihatkan UMNO
meletakkan calon UMNO disitu. Saya percaya dengan calon UMNO yang
berkaliber dan punya integriti dan kewibawaan, UMNO punya peluang cerah
memenangi kerusi DUN Kajang. Jangan dibiar hak demokrasi rakyat Selangor
diliwat dengan begitu mudah oleh para peliwat democrazy ini.
TAKTIK AKHIRUL KALAM - VIDEOKLIP
Saya menerima maklumat jika semua perancangan ini gagal, atau pun jika rancangan ini memerlukan satu water-tight ending,
maka sebuah videoklip yang diambil daripada sebuah sudut yang agak
tinggi disebuah kediaman akan disebarkan. Apa video itu...tunggu dan
lihat!
RUMUSAN & OPSYEN BUAT TAN SRI KHALID
Persoalan cepumas sekarang ialah: adakah riwayat Khalid sudah berakhir!
Belum. Jangan write-off Khalid cepat sangat. Beliau seorang tokoh korporat, beliau sudah biasa dengan taktik dan maneouvre seperti ini.
Khalid sekarang ada beberapa opsyen:
1. Khalid boleh buat keras kepala dan terus kekal sebagai MB. Tiada
sesiapa pun boleh menggugat kedudukannya. Kalau Khalid memilih opsyen
ini, Anwar tidak ada pilihan selain meminta DUN Selangor memanggil
sidang tergempar membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid. Untuk
itu Anwar memerlukan sokongan penuh ADUN DAP dan PAS selain ADUN PKR
sendiri. Atau dalam keadaan ekstrim, Anwar boleh mengarahkan semua ADUN
PKR tidak menyokong Khalid. Ini akan menjadikan satu suasana DUN tergantung.
Tetapi ini semua belum tentu berjaya; dan kalau berjaya pun Anwar akan
dilihat sebagai aggressor yang tamak mahukan jawatan sehingga menganiaya
dan mengkhianati MB sendiri!
2. Khalid boleh mempengaruhi kesemua ADUN PKR, DAP dan PAS untuk terus
menyokong beliau dengan mengadakan undi kepercayaan dalam Dewan. Tetapi
ini juga mempunyai risiko kerana tidak mungkin ADUN PKR akan menyebelahi
beliau;
3. Khalid boleh membuat pakatan dengan ADUN BN, dengan syarat dia boleh
membawa jumlah ADUN yang cukup menyokongnya untuk membentuk sebuah
Kerajaan Perpaduan, dan dia terus menjadi MB. Ini juga opsyen yang
mempunyai risiko yang tinggi kerana Khalid akan sentiasa duduk dibawah
ugutan dan tekanan ADUN-ADUN ini;
4. Atau Khalid boleh mengambil opsyen menelan sahaja apa yang berlaku.
Terima sahaja takdir masanya dah berlalu, dah tak ada rezeki. Lantak pi
lah siapa pun nak jadi MB. Elok pencen jaga cucu dudok kat masjid bilang
buah tasbih; cari pahala sikit; atau
5. Opsyen terakhir dan paling realistik untuk Khalid sekarang ialah
membubarkan DUN Selangor. Sebagai MB, hanya beliau, dan tidak ada orang
lain dalam dunia ini, yang mempunyai hak legal dan politikal untuk
menasihatkan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor.
Beliau boleh menggunakan alasan bahawa hak demokrasi rakyat Selangor
untuk menentukan kepimpinan Kerajaan Selangor yang baru harus dihormati.
Sekiranya beliau digulingkan dengan cara democrazy pintu nelakang luar
tabi'e ini, maka apa yang terjadi sebenarnya ialah hak demokrasi rakyat
Selangor telah diliwat melalui kaedah politiking pintu belakang akibat
mainan politik luar tabi'e pihak tertentu!
Dan jika Tuanku Sultan Selangor memperkenankan sembahan beliau, DUN
Selangor boleh dibubarkan dan Pilihanraya Negeri Selangor wajib diadakan
dalam tempoh 60 hari. Khalid boleh mengadakan kerjasama-strategik
dengan UMNO-BN untuk menawan semula Selangor dengan syarat beliau kekal
menjadi MB.
Saya percaya UMNO/BN terbuka dalam menimbang kerjasama-strategik ini.
Apa yang penting ialah hak demokrasi rakyat Selangor tidak dicabul
sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab!
Apa pun, hayat-politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sudah
hampir ke penghujungnya. Malaikat sakarat-politik sedang menunggu di
pintu Bukit Malawati. Tetapi Khalid boleh menukar destinasi politiknya
jika bijak mengatur langkah.
Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid, baca dan perhalusi sejarah bagaimana
Allahyarham Tun Gafar Baba jatuh terkangkang akibat mainan politik luar
tabi'e ini.
Pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Buat apa yang Tan
Sri patut buat untuk memastikan hak demokrasi rakyat Selangor terus
terpelihara, dan maruah Tan Sri dipertahankan!
Wallahua'alam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
01 Rabi'ul Akhir 1435
01 Februari 2014
***Kenyataan ini tidak bermaksud dan tidak sepatutnya difahami yang Mahkamah membebaskan Anwar kerana beliau Ketua Pembangkang atau Ahli Parlimen, atau kerana Mahkamah takut kepada tekanan dalam dan luar negara. Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan berdasarkan kepada pertimbangan undang-undang, fakta dan keterangan yang telah dikemukakan kepada Mahkamah dan merumuskan keputusan sewajarnya. Samada penghakiman Mahkamah Tinggi itu wajar atau tidak kita tunggu keputusan Mahkamah Rayuan nanti insyallah. Untuk penjelasan lanjut, sila baca keputusan bertulis Mahkamah Tinggi itu didalam mana-mana jurnal perundangan dan kehakiman.
***Kenyataan ini tidak bermaksud dan tidak sepatutnya difahami yang Mahkamah membebaskan Anwar kerana beliau Ketua Pembangkang atau Ahli Parlimen, atau kerana Mahkamah takut kepada tekanan dalam dan luar negara. Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan berdasarkan kepada pertimbangan undang-undang, fakta dan keterangan yang telah dikemukakan kepada Mahkamah dan merumuskan keputusan sewajarnya. Samada penghakiman Mahkamah Tinggi itu wajar atau tidak kita tunggu keputusan Mahkamah Rayuan nanti insyallah. Untuk penjelasan lanjut, sila baca keputusan bertulis Mahkamah Tinggi itu didalam mana-mana jurnal perundangan dan kehakiman.
AKU MEMANG DAH TOBAT LAHOM DAN DAH LAM TAK PERCAYA KEPADA PELIWAT DAN PELANGGAN PELACOR. AKU SIKIT PUN TAK HERAN. KALAU MELIWAT DAN BERZINA DENGAN PELACOR DIA BOLEH BUAT TANPA RASA BERDOSA, SAKAT PERMAINAN JAHAT BEGINI MEMANG DAH LAMA JADI KERJA BELIAU. TAHNIAH DATUK ZULKIFLI NORDIN.
ReplyDelete