Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, January 28, 2014

PAKATAN RAKYAT DAYUS DAN PEMBOHONG KEPADA RAKYAT...... SUKA HATI NAK LETAK JAWATAN.. MENGHABISKAN DUIT RAKYAT SAHAJA


Ramai yang dah memperkatakan mengenai perletakan jawatan Adun Kajang dari Pkr Lee Chin Cheh yang mengosongkan kerusi untuk diadakan satu PRK bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding ( Mkini )

Saya bukan nak mengulas strategi Anwar tapi saya nak mempersoalkan integriti dan kebertanggungjawaban seorang wakil rakyat terhadap pengundi yang telah memilihnya. 

Alasan yang diberikan oleh apek itu adalah -

"Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor,"

Pemimpin Pkr Azmin Ali juga menyokong tindakan itu dan menyifatkannya sebagai satu langkah taktikal politik ( Mkini )


Dan menyedari sebuah PRK bakal menelan belanja yang terpaksa ditanggung oleh rakyat, Anwar berkata -


"Kalau boleh, kawasan (ini sudah) dimenangi oleh PKR, Pakatan, (jadi) bagi laluan, tak payah ada pertandingan," kata Anwar ketika ditanya kemungkinan ia membebankan pengundi. ( Mkini )


Pemimpin2 PR ini ingat kerusi sebagai Wakil Rakyat ini MAK BAPAK DIORANG PUNYA KE ikut sesuka hati nak kosongkan ?

Langsung tidak ada disebut oleh sesiapa pun akan tugas membela kepentingan rakyat Kajang !

Hallo .... Orang Kajang tak nak buat Protes ke, dipermainkan macam bola ?

Rakyat Permatang Pauh yang diwakili oleh Anwar pula tak terasa apa-apa ke bila mahu diMADUkan dengan rakyat Kajang oleh wakil parlimen anda ?

Jelas di sini, rakyat Parlimen Permatang Pauh dan Dun Kajang telah dipermainkan oleh wakil rakyat yang telah dipilih oleh mereka semasa PRU13 yang belum setahun berlalu.


Dalam soal membebankan rakyat dari segi kos sebuah Pilihanraya Kecil, bukan saja rakyat Kajang yang terlibat tapi seluruh rakyat Malaysia terpaksa menanggung. 

Memandangkan yang keperluan PRK Kajang ini terpaksa diadakan dek sebab percaturan TAKTIKAL politik Pakatan Rakyat, yang seharusnya tidak dibebankan ke atas rakyat, maka saya mahu kos itu ditanggung oleh Apek bekas Adun Kajang dan parti Pkr !


Kenapa pula rakyat yang terpaksa menanggung kos percaturan taktikal politik Pkr / PR ?

ANWAR CALON DUN KAJANG] KJ: Jadi Sultan Melakalah Anwar, Dr. Asri: Pilihanraya Main-Main, Habiskan Duit Rakyat


Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mengundang kritikan segera di Internet, khususnya laman blog mikro Twitter.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin antara yang dikesan terlibat menulis pesanan mengejek ketua umum PKR itu.



“Apa punya lawak. Mungkin juga akan tabalkan diri kamu Sultan Melaka,” tulisnya.

Beliau juga merujuk tweet Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini berhubung “zaman kegilaan” dengan mengulasnya sebagai: “Sekarang saya benar-benar tahu apa maksudnya.”

Sementara Datuk Zaid Ibrahim, bekas menteri undang-undang pula menulis: Saya masih tidak jelas kenapa perlu pilihan raya kecil. Anwar patut buat sesuatu yang berwibawa.”



Manakala bekas mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin pula menyelar perletakkan jawatan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar.

“Tak ada mana-mana YB nak letak jawatan lagi ke? Boleh bagi laluan (pada) kawan-kawan. Habiskan lagi duit rakyat. Pilihan raya kat main-main saja,” tulisnya.

Tindakan PKR meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini menunjukkan mereka tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bekas Mufti Perlis itu berkata, sekiranya benar PKR menggantikan Lee Chin Cheh dengan Anwar semata-mata mahu menyelesaikan kemelut dalaman antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, jelaslah parti itu sanggup gadai kepentingan rakyat demi beberapa individu dalam parti.

"Kalau itu benar, mereka sanggup korbankan kepentingan rakyat daripada beberapa orang dalam parti," katanya

Mohd Asri berkata, dengan tindakan sedemikian, pilihan raya kecil (PRK) hanya akan menjadi "mainan" kepada parti tersebut.

"PRK melibatkan perbelanjaan orang awam. Lama-lama nanti pilihan raya hanya akan jadi mainan," katanya.


Ustaz Ahmad Dusuki juga tidak bersetuju Adun Kajang letak jawatan. "Senang sahaja letak jawatan untuk beri laluan kepada seseorang yang lain pula" katanya.

Beliau berpendapat, tindakan itu merupakan satu cara khianat terhadap amanah rakyat yang diberi sewaktu pilihanraya sebelum ini dan juga suatu pembaziran yang tidak diwajarkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...