Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, January 28, 2014

Nasrudin Hassan Kajang Pak Malang... MALANG SUNGGUH PAS BERSATU DENGAN PAKATAN

Untuk pertama kalinya aku setuju dengan Nasrudin Tantawi.

Semoga ahli PAS yang lain dapat bukak mata apa yang sedang terjadi dan sedar siapa Anwar Ibrahim sebenarnya.

Baca dengan teliti penulisan di bawah dan berlapang dada menerimanya hakikat siapa Anwar, rakan kongsi PAS dalam pakatan anda.


Nasrudin Hassan
Kajang Pak Malang

1. Tetiba jer ada pilihanraya kecil. Tidak ada kematian dan tidak ada keuzuran. Sesaja jer letak jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain. Macam main - main jerr !

2. Pilihanraya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.

3. Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda.

4. Malang bagi ADUN Kajang yang mengabaikan amanah dan mempersiakan kepercayaan rakyat kepada beliau. Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat. Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambung , kini wang, masa dan tenaga mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang.

5. Roadshow GST, mobilisasi TURUN seperti tiada makna bagi mereka. Saat rakyat marah isu kos hidup dan derita dengan isu barang naik, mereka alih tumpuan yang menambah perit dan jerih rakyat. Momentum hilang. Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan. Lebih parah apabila tindakan yang dibuat langsung tidak dirundingi dan dibincang terlebih dahulu dengan rakan - rakan kompenan Pakatan Rakyat. Langkah diambil bukan sahaja tiada keberkatan kerana mengenepi prinsip muafakat tetapi juga ia satu tindakan memudharatkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...