Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, July 11, 2018

'Umno tetap parti haram'


 

Rais Yatim: Umno tetap parti haram

Anne Muhammad  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
WAWANCARA l Tan Sri Rais Yatim mengulangi pendiriannya bahawa Umno tetap parti haram meskipun sudah mengadakan pemilihan baru-baru ini.


Bekas veteran Umno itu berpendapat surat penangguhan daripada
Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetap tidak boleh dikira sehinggalah mahkamah
memberi suatu penghakiman yang sahih.


Menurut Rais ini kerana surat ROS itu dianggap tidak sah, kecuali
dibuat pindaan pada Seksyen 14, Akta Pertubuhan 1966 untuk membenarkan
perkara itu.


“Biar Majlis Tertinggi memohon panduan perundangan, supaya kuasa
pendaftar bawah Seksyen 14, Akta Pertubuhan dapat diberi penghakimannya
yang sahih," katanya.


Seksyen 14 Akta ROS merujuk kepada maklumat yang perlu diberikan oleh
pertubuhan-pertubuhan, perintah pendaftar (ROS) supaya maklumat diberi,
pendaftar (ROS) meluluskan audit dan perintah sementara (ROS) untuk
pembubaran.


Pertikai surat ROS


“Jika diiktiraf kuasa ROS, maka pindaan kepada Seksyen 14 Akta
Pertubuhan sekurang-kurangnya harus dipinda iaitu mengatakan apa-apa
pemanjangan yang dibenarkan ROS bersabit parti politik atau pertubuhan
adalah sah.


“Jika itu tidak ada, surat ROS itu saya pertikaikan tidak sah sebab
kuasa perlembagaan parti lebih besar daripada surat (penangguhan ROS).


“Jika begitu buat apa kita ada perlembagaan, habis satu fasa sambung
lagi, habis satu fasa sambung lagi, jika ini berlaku maka jahanamlah
parti politik itu di bawah telunjuk seseorang pegawai yang mengepalai
persatuan iaitu ROS,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini, Khamis lalu.


Menjelang PRU14, Rais berkata Umno mesti mengadakan pemilihannya selewat-lewatnya, pada 19 April 2018.


Rais juga menggesa anggota Majlis Tertinggi Umno supaya tidak memandang remeh soal perlembagaan dan mendapatkan pengisytiharan mahkamah sama ada tindakan parti itu menangguhkan pemilihannya adalah sah.


Sebelum pemilihan parti 30 Jun lalu, kali terakhir Umno mengadakan pemilihannya adalah pada 19 Oktober 2013.


Menurut Fasal 9.3 perlembagaan Umno, Majlis Tertinggi hendaklah
dipilih setiap tiga tahun, dengan lanjutan tambahan 18 bulan dibenarkan
di bawah Fasal 10.16.


Justeru katanya, sekiranya Fasal 10.16 itu dicabul, maka pemilihan
tersebut juga tidak sah dan ia perlu dibawa ke mahkamah tinggi bagi
mendapatkan keputusan berkaitan status Umno.


Najib, pada Jun 2015, mengumumkan bahawa pemilihan parti akan
ditangguhkan, kerana Umno perlu bersiap sedia untuk pilihan raya umum.


Bagaimanapun, Umno menangguhkan lagi pemilihan parti itu untuk kali kedua dari 19 April 2018 ke 30 Jun 2018.


Pemilihan Umno minggu lalu menyaksikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
dipilih sebagai Presiden baru manakala Timbalannya ialah Datuk Seri
Mohamad Hasan.


Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyaksikan kekalahan BN, susulan
daripada itu Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan presiden Umno dan
juga pengerusi BN.


'Akar umbi Umno tak mahu perubahan'


Sementara itu, Rais berkata pemilihan Umno kali ini menunjukkan akar
umbi parti itu tidak mahu perubahan sebaliknya hanya sambungan kepada
pemerintahan Najib.


Namun sekiranya Khairy Jamaluddin atau Tengku Razaleigh Hamzah dipilih, sudah tentu memperlihatkan perubahan dalam Umno.


“Saya fikir bahagian tak nak berubah sebab mereka fikir dalam zon
selesa jadi mereka tak nak keluar kepompong itu. Mereka nak setiap bulan
dapat duit, ada duit ada kerja. Tak ada duit diam dulu.


“Ini bukan yang kita maksudkan ketua bahagian masa depan kita tak
payah bayar duit. Dia kerja sukarelawan tapi ini tak ada. Dan parti
politik yang tak ada ini akan hancur masa depannya,” katanya.


Rais turut menyarankan, jika Umno ingin berubah, parti itu perlu
terbuka menerima teguran serta jawatan presiden, ketua bahagian dan
cawangan parti itu haruslah diganti setiap dua penggal.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...