Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, July 14, 2018

AGC nafi Apandi tentang sebab M'sia kalah kes Pulau batu Putih

AGC nafi Apandi tentang sebab M'sia kalah kes Pulau batu Putih: Rekod menunjukkan bahawa pernyataan Mohamed Apandi adalah tidak benar, kata Jabatan Peguam Negara.



Bernama  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini berkata bahawa bekas Peguam
Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, tidak bercakap benar mengenai
Permohonan Semakan dan Permintaan Tafsiran terhadap keputusan kes
kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan oleh
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).


Merujuk kepada artikel bertajuk Malaysia ada bukti kukuh yang telah diterbitkan pada 1 Julai 2018 dalam Mingguan Malaysia,
berdasarkan temu bual dengan Mohamed Apandi, jabatan itu berkata
Mohamed Apandi telah menyatakan bahawa ICJ telah memfokuskan kepada
surat bertarikh tahun 1953 daripada pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri
Johor yang dihantar kepada Singapura.


“Menurut beliau (Mohamed Apandi) surat tersebut menyatakan bahawa
Malaysia tidak berminat terhadap Pedra Branca (Pulau Batu Puteh). Beliau
menyatakan bahawa Malaysia tidak membangkitkan isu berkenaan dengan
kuasa pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor tersebut dan disebabkan
itu Malaysia kalah dalam kes ini.


"Rekod menunjukkan bahawa pernyataan Mohamed Apandi adalah tidak
benar. Malaysia telah menghujahkan berkenaan dengan perkara tersebut
secara terperinci di hadapan ICJ.


"Hujahan Malaysia berkaitan dengan ini semasa pendengaran lisan kes
Pulau Batu Puteh boleh didapati dalam ICJ Document CR 2007/30,” kata
jabatan itu dalam kenyataan media di Kuala Lumpur.


Ia berkata walaupun keputusan ICJ tidak memihak kepada Malaysia dalam
perkara ini, ICJ walau bagaimanapun dalam penghakimannya telah
memutuskan antara lain, bahawa ia tidak menyifatkan surat bertarikh 1953
itu sebagai mempunyai ciri konstitutif dalam erti kata bahawa ia
mempunyai kesan undang-undang yang muktamad terhadap Johor iaitu Pulau
Batu Puteh tetapi sebaliknya ia merupakan maklum balas terhadap suatu
pertanyaan.


Menurut AGC, oleh yang demikian, tidak benar sama sekali bahawa
Malaysia tidak membangkitkan isu berkenaan dengan kuasa pemangku
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor itu.


Ia berkata berkenaan dengan kenyataan bahawa ICJ tidak membuat
sebarang keputusan berkenaan dengan Tubir Selatan (South Ledge), ICJ
dalam penghakimannya pada tahun 2008 telah membuat keputusan bahawa
kedaulatan terhadap Tubir Selatan sebagai elevasi air surut dimiliki
oleh negara yang dalam laut wilayahnya ia terletak.


“Sehubungan dengan keputusan tersebut, Malaysia dan Singapura telah
menubuhkan suatu Jawatankuasa Teknikal Bersama yang ditugaskan untuk
melaksanakan penghakiman 2008 tersebut,” menurut kenyataan itu.


Ia berkata berikutan penubuhan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH)
selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, dan memandangkan Mohamed Apandi (Ejen
bagi Malaysia bagi Permohonan Semakan dan Permintaan Tafsiran) telah
diarahkan untuk bercuti, perkara itu telah dibawa kepada perhatian
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk arahan lanjut.


Menurutnya, salah seorang daripada tiga peguam antarabangsa serta dua
peguam tempatan yang telah dilantik oleh Mohamed Apandi untuk
mengendalikan kes itu telah diarahkan untuk memberikan taklimat kepada
Perdana Menteri berkenaan perkara tersebut pada Mei 2018.


Implikasi kos


Ia berkata ketika taklimat tersebut, Dr Brandan Plant, yang mewakili
peguam-peguam antarabangsa, telah mengekalkan dan mengulangi pandangan
bertulis kolektif peguam-peguam antarabangsa bertarikh Januari 2017.


“Dalam hal ini, kedua-dua peguam tempatan yang telah dilantik iaitu
Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohamad Sidek dan Datuk Firoz Hussein Ahmad
Jamaluddin (yang bekerja secara langsung dan rapat dengan Mohamed
Apandi) tidak membantah Dr Plant. Turut hadir semasa taklimat tersebut
ialah wakil daripada AGC serta Wisma Putra,” kata jabatan itu.


Ia berkata selepas mengambil kira pandangan serta kepentingan negara
yang lain, termasuk implikasi kos, Tun Dr Mahathir membuat keputusan
bahawa adalah lebih baik untuk tidak meneruskan prosiding semakan itu.


Ia berkata keputusan itu kemudiannya telah dilaporkan kepada Jemaah
Menteri baharu dalam mesyuarat Kabinet pertama pada 23 Mei lalu dan
telah diluluskan oleh Jemaah Menteri.


“Keputusan tersebut serta asas-asasnya telah juga disembah maklumkan
kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,” kata jabatan itu.


Ia berkata ICJ sebelum ini menetapkan 11 hingga 22 Jun 2018 bagi
pendengaran lisan kedua-dua Permohonan Semakan dan Permintaan Tafsiran
itu.


Jabatan itu juga menyatakan bahawa selaras dengan amalan biasa ICJ,
Malaysia tiada halangan untuk pliding bertulis bagi kedua-dua Permohonan
Semakan dan Permintaan Tafsiran boleh diakses oleh umum melalui laman
sesawang ICJ.


- Bernama


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...