Kronologi kes 1MDB
Wartawan Sinar Harian
19 Mei 2018
(Ubah saiz teks)
5 Januari 2015
Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohd HazemAbdul Rahman dilaporkan telah meletakkan jawatan serta-merta.
Tempatnya diganti oleh pegawai bank Malaysia yang berpangkalan di Abu Dhabi, Arul Kandasamy.
[ARTIKEL BERKAITAN: Arul Kandar dilantik presiden 1MDB]
7 Mac 2015
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu 1MDB memandangserius dakwaan yang dilemparkan terhadap syarikat itu terutama di media
sosial.
Menurutnya, bagi membersihkan nama 1MDB, tindakan undang-undang
hendaklah diambil terhadap sesiapa sahaja yang melemparkan tuduhan tidak
berasas.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan tegas elak 1MDB terus disalahkan]
13 Mac 2015
Syarikat perkhidmatan dan penerokaan minyak berpangkalan di Arab Saudi,PetroSaudi International (PSI) menolak kritikan dalam talian yang tidak
tepat mengenai syarikat pembangunan strategik Malaysia yang pernah
menjalin usaha sama dengannya, 1MDB.
[ARTIKEL BERKAITAN: Petrosaudi tolak kritikan online mengenai 1MDB]
24 Mei 2015
Sebuah pasukan petugas khas perlu dibentuk bagi melakukan siasatanmenyeluruh terhadap pelbagai dakwaan dan tohmahan berkaitan 1MDB.
Anggota pasukan itu perlu dianggotai oleh kesemua agensi penguat kuasa
termasuk SPRM, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti
dan Bursa Malaysia serta Jabatan Audit Negara.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan khas siasat skandal 1MDB]
3 Jun 2015
Bank Negara Malaysia (BNM) memulakan siasatan rasmi ke atas 1MDB bagimeneliti sama ada berlaku sebarang pelanggaran terhadap peraturan dan
undang-undang bank pusat.
[ARTIKEL BERKAITAN: BNM mulakan siasatan rasmi ke atas 1MDB]
18 Jun 2015
Semua keterangan dan bukti berkaitan perniagaan dan transaksi kewangan1MDB telah dikongsi dengan juruaudit bebas dan pihak berkuasa Malaysia,
kata 1MDB.
[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB: dakwaan Dr M dikongsi dengan pihak luar]
24 Jun 2015
Seorang bekas pekerja PetroSaudi International yang didakwa banyakmembocorkan maklumat berkaitan urus niaga syarikat antarabangsa
berpangkalan di Arab Saudi itu dengan 1MBD ditahan di Thailand.
[ARTIKEL BERKAITAN: Isu 1MDB: Bekas pekerja Petrosaudi ditahan polis]
3 Julai 2015
1MDB menafikan dakwaan media asing kononnya ada sejumlah wang tertentuyang disalurkan dari akaun berkaitan ke akaun Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak.
[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB jawab dakwaan salur dana kepada Najib]
9 Mei 2016
1MDB memulakan proses rundingan dengan pemegang bonnya yang menggunakanmata wang dolar AS susulan keingkaran ke atas nota US$1.75 billion
dengan kadar tetap 5.75 peratus yang matang pada 2022 dan diterbitkan
oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd (Nota Langat).
[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB mula proses rundingan dengan pemegang bon]
21 Julai 2016
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memohon untuk merampas sejumlah 17aset termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet, demikian menurut
saman sivil yang difailkan di Los Angeles.
Saman sivil itu mempersoalkan bagaimana harta itu didakwa dibeli di
Amerika Syarikat, Switzerland dan United Kingdom dari dana 1MDB.
[ARTIKEL BERKAITAN: Isu1MDB: Jabatan kehakiman AS mahu rampas 17 aset]
16 Jun 2017
1MDB menyifatkan tiada bukti yang dapat menyokong dakwaan yang dibuatoleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan
penyelewengan dana syarikat itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan DoJ tiada bukti 1MDB]
24 Jun 2017
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengakui menguruskan kes 1MDB adalah antaratugas yang paling mencabar dalam kariernya sebagai Gabenor Bank Negara
Malaysia (BNM).
Beliau menyedari banyak pihak menaruh harapan tinggi kepada BNM. Bagaimanapun, katanya, BNM tiada kuasa untuk mendakwa.
[ARTIKEL BERKAITAN: BNM tak boleh dakwa 1MDB]
29 Jun 2017
Penajaan Program Khas Perdana Menteri - Yayasan 1MDB yang melibatkanlebih RM56 juta sejak 2011, memberi manfaat kepada 5,711 orang di
seluruh negara.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tajaa program haji 1MDB lebih RM56 juta]
1 Ogos 2017
1MDB dan anak syarikat milik penuhnya mendapat pengecualian cukai pendapatan termasuk dividen bagi tempoh 10 tahun mulai 2010.[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB dikecualikan cukai pendapatan]
1 Ogos 2017
1MDB telah memaklumkan secara bertulis kepada syarikat Abu Dhabi,International Petroleum Investment Co (IPIC) mengenai pembayaran yang
dijadualkan pada 31 Julai 2017 sebaliknya akan dibuat pada Ogos 2017
kerana masih menunggu dana sewajarnya.
1MDB berkata, kesemua bayaran kepada pihak IPIC itu akan menggunakan wang yang dikumpul menerusi pelan rasionalisasi 1MDB.
[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB masih tunggu dana untuk bayar IPIC]
7 Ogos 2017
Pas berpuas hati dengan hasil sesi meja bulat bagi membincangkan isu1MDB. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,
pihaknya menerima penjelasan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB,
Arul Kanda Kandasamy mengenai pelan rasionalisasi yang dicadangkan
beliau bagi mengatasi kemelut 1MDB.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas puas hati sesi meja bulat: 1MDB]
8 Ogos 2017
1MDB telah diberi lanjutan tempoh bagi menyelesaikan isu pembayarandengan pihak International Petroleum Investment Co (IPIC), kata Ketua
Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB dapat lanjutkan temboh bayar IPIC]
21 September 2017
Siasatan terhadap skandal 1MDB selesai selepas tiga bulan tempohJabatan Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menyiasat lebih
lanjut mengenai isu itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tiada sebarang
perkembangan baru untuk dimaklumkan setakat ini, kecuali ada arahan
daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) dan Kabinet.
[ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan skandal 1MDB selesai]
26 Oktober 2017
1MDB menggesa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supayamenghentikan perbuatan mengelirukan rakyat mengenai syarikat itu dan
sebaliknya akur bahawa tindakan tidak patriotik pihak pembangkang
melakukan sabotaj ekonomi terhadap 1MDB bagi kepentingan politik
sendiri, telah pun gagal.
[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB gesa Tony Pua berhenti kelirukan rakyat]
31 Oktober 2017
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengarahkan polis menjalankansiasatan lanjut berhubung kes 1MDB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, arahan tersebut telah
dikeluarkan pada 24 Oktober lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Peguam negara arah siasatan lanjut skandal 1MDB]
1 November 2017
Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu arahan selanjutnya dariPejabat Peguam Negara berhubung siasatan kes pelaburan 1MDB.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata,
kertas siasatan berhubung kes 1MDB telah kita terima daripada Pejabat
Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.
[ARTIKEL BERKAITAN: PDRM terima kertas siasatan 1MDB daripada AGC]
1 November 2017
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata siasatan lanjut terhadap 1MDBperlu dilakukan berikutan kekurangan bukti dalam beberapa perkara
tertentu.
[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB: Siasatan lanjut berikutan kekurangan bukti]
27 November 2017
Krisis yang melanda 1MDB tidak memberi kesan teruk terhadap ekonomiMalaysia. Kementerian Kewangan berkata, sebaliknya, isu melanda syarikat
tersebut hanya memberi impak yang rendah terhadap kedudukan ekonomi
negara, dengan program rasionalisasi syarikat itu sedang berjalan baik.
[ARTIKEL BERKAITAN: Impak 1MDB terhadap ekonomi Malaysia rendah]
27 Disember 2017
1MDB telah membuat pembayaran penuh yang dijadualkan pada tarikh akhir31 Dis, 2017 kepada International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC).
1MDB berkata, pembayaran itu adalah tertakluk kepada Surat Ikatan
Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC.
[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB buat bayara penuh kepada IPIC]
9 Januari 2018
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan syarikat pelaburan 1MDBgagal dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman yang dikemukakan
Gerakan Anak Muda Tolak MO1/Najib (GANT1) berhubung pembayaran pinjaman
jaminan bon berjumlah RM35 billion kepada International Petroleum
Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment PJS (Aabar Asli).
[ARTIKEL BERKAITAN: Najib: 1MDB dan kerajaan gagal batal saman]
28 Februari 2018
Indonesia, merampas sebuah kapal mewah di Pulau Bali yang sebelum inidicari Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat sebagai sebahagian
daripada siasatan rasuah bernilai berbilion dolar yang dikaitkan dengan
dana 1MDB.
[ARTIKEL BERKAITAN: Skandal 1MDB: Indonesia rampas kapal Equanimity]
7 Mac 2018
Kerajaan Malaysia didakwa menyuntik dana RM2 bilion yang diambil secarahutang ke dalam projek 1MDB yang dinamakan The Exchange 106.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan, kerajaan melalui anak
syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang
bernama MKD Signature Sdn Bhd telah menyuntik RM2 bilion dalam projek
pembangunan 1MDB ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB tambah lagi beban hutang]
12 Mac 2018
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Datuk SeriMohamed Azmin Ali (Gombak-PKR) mengambil langkah menyelesaikan isu air
di Selangor yang disifatkan kritikal berikutan Menteri Besar Selangor
itu cuba mengaitkan pembayaran faedah hutang negara dengan 1MDB.
[ARTIKEL BERKAITAN: Azmin tanya 1MDB, Najib sindir isu air]
13 Mac 2018
Ahli Parlimen DAP mempersoal tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri FuziHarun yang didakwa ‘menyimpan’ dokumen yang dikemukakan Bank Negara
Malaysia (BNM) membuktikan perkaitan antara Jho Low dan 1MDB.
[ARTIKEL BERKAITAN: Polis ada bukti surat perkaitan Jho Low, 1MDB]
21 Mac 2018
Semua maklumat berkaitan 1MDB yang tidak dimasukkan dalam laporanJawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan dikategorikan sebagai
berita palsu.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari
berkata, pihak berkuasa sudah menyiasat 1MDB dan maklumat tidak disahkan
pihak berkuasa negara ini berkaitan dengan syarikat kontroversi itu
ialah berita palsu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Maklumat 1MDB hanya dalam PAC selain itu berita palsu]
23 Mac 2018
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa laporansiasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB membuat
kesimpulan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Laporan PAC jelas Najib tidak ambil wang 1MDB]
5 Mei 2018
1MDB tidak pernah memindahkan wang ke dalam akaun peribadi PerdanaMenteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Presiden 1MDB, Arul Kanda
Kandasamy.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tiada pindahan wang 1MDB ke akaun Najib]
11 Mei 2018
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan disiasat kerana didakwamenyembunyikan bukti mengenai salah laku dalam siasatan kes 1MDB.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, selepas itu kerajaan
akan meneliti hasil siasatan sebelum mengambil sebarang tindakan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mohamed Apandi didakwa sembunyi bukti slah laku 1MDB]
12 Mei 2018
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, laporan audit1MDB bukan lagi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Mahathir berkata,
beliau sudah mengarahkan polis mengeluarkan laporan audit itu yang
diklasifikasikan di bawah OSA.
[ARTIKEL BERKAITAN: Laporan 1MDB bukan lagi rahsia]
17 Mei 2018
1MDB memerlukan kira-kira RM42.26 bilion untuk membayar kos prinsipaldan faedah pinjaman yang matang antara November 2015 hingga Mei 2039.
Ini berasaskan andaian pelan rasionalisasi dilaksanakan dan tiada
pinjaman baru dibuat selepas Oktober 2015, demikian menurut Laporan
Pengauditan 1MDB yang baharu dikeluarkan.
[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB perlu RM42-26 bilion untuk lunas hutang]
No comments:
Post a Comment