Umno bulan lalu menyatakan keresahannya terhadap hala tuju yang diambil
parti itu kini.
Beliau melihat Umno kini semakin ke arah perkauman selepas tewas pada
PRU ke-14 dan baginya itu hanyalah jalan menuju 'kehancuran'.
"Sejak selesai pemilihan Umno, apa yang parti saya buat? Main
sentimen kaum dan kutip tabung untuk bekas presiden (Datuk Seri Najib
Razak)...Takkan itu saja 'Umno baru'?
"Sudah kena pukulan maut semasa PRU ke-14 (tetapi) masih pekak terhadap suara rakyat.
"Jika modal untuk PRU ke-15 hanyalah momokkan orang Melayu dengan isu
seperti pelantikan bukan Melayu sebagai peguam negara dan ketua hakim,
lupakan saja impian menawan semula Putrajaya," katanya di Twitter hari
ini.
Beliau merujuk kepada bantahan Umno terhadap pelantikan Tommy Thomas
sebagai peguam negara pada bulan lalu dan Tan Sri Richard Malanjum
sebagai ketua hakim negara semalam.
Dengan nada yang jelas kecewa, bekas ketua pemuda Umno itu berkata
parti itu kini perlu memilih sama ada mahu kekal dengan cara itu atau
mengambil "jalan tengah".
"Ke kanan (Umno) mungkin menang sorak sementara, tetapi pasti lingkup
10-15 tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah dan sukar difahami akar
umbi, tetapi itulah jalan yan ada untuk survive," katanya yang kini tidak lagi memegang apa-apa jawatan pusat parti itu.
Sebaik kekalahan pada PRU lalu, Khairy berkata ada keperluan untuk
melakukan pembaharuan terhadap Umno termasuk membuka keahlian kepada
bukan Melayu.
Antara kempennya sebagai presiden Umno pula adalah untuk menjadikan
Umno sebagai pembangkang berwibawa terutama bagi menuntut janji 100 hari
Pakatan Harapan (HARAPAN).
Khairy bagaimanapun berkata akan kekal bersama Umno kerana percaya
parti itu masih "khemah besar" untuk orang Melayu dengan prinsip
sederhana, haluan tengah dan meraikan kepelbagaian.
"Sebab itu saya masih bersama Umno...Cuma saya nak perbetulkan rumah
saya ini agar tidak kekal dengan haluan kanan yang eksrem dan rasis
selama-lamanya," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment