Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, December 28, 2017

Umno! 'lillahi taala'!, Adakah demi agama atau kuasa

                      

Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir laungan Umno 'lillahi taala'
(kerana Allah Taala) yang dilaungkan oleh ketua penerangan parti itu
Tan Sr Annuar Musa dan sekumpulan anggota Umno di Kelantan.


“Kata Annuar Musa – Umno lillahi taala atau Umno 'kerana Allah'.


“Saya nak tanya apakah Umno mencuri kerana Allah, Umno menipu kerana
Allah, Umno makan suap dan Umno sogok duit kerana Allah,” kata pengerusi
Pakatan Harapan.


Mahathir turut berkongsi rakaman video berkaitan di Facebook, yang
menunjukkan Annuar sedang berucap kepada sekumpulan penyokong dalam
loghat Kelantan.



Beliau antaranya mengajak orang ramai melaungkan “lillahi taala” selepas beliau melaungkan Umno.


Mahathir, yang pernah menjadi presiden Umno paling lama dalam
sejarahnya, turut mendakwa Umno terlibat dalam skandal berkaitan pilihan
raya.



“Apakah Umno pindah pengundi, tukar tempat mengundi, tukar sempadan
untuk mencuri pengundi Melayu, Umno seleweng undi pos kerana Allah.


“Annuar sepatutnya junjung Quran dan lafaz bahawa semua yang dunia
tahu dilakukan oleh Umno adalah kerana Allah,” tulisnya di Facebook.



Tuesday, December 26, 2017

Siapa yang dikatakan sebagai 'Felda' itu? Empat bidang tanah Felda bernilai RM250 juta, telah dijual tanpa dapat satu sen pun.

Hebat sungguh Felda berniaga 





Hebat sungguh Felda berniaga

   

ULASAN l Satu
Malaysia heboh apabila media perdana membongkar kisah empat bidang
tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai
RM250 juta, telah dijual tanpa dapat satu sen pun kepada Felda.


Menurut laporan, nilai semasa tanah berkenaan jauh melebihi anggaran
tersebut iaitu mencecah kira-kira RM1 bilion berasaskan nilai tanah
RM1,300 kaki persegi bagi kawasan berkenaan.


Sebuah syarikat swasta diberi kuasa wakil oleh Felda untuk hak milik
kepada tanah berkenaan. Ini kata Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul
Samad seperti yang dilaporkan media.


Menurut Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia
(HartaGuam) Salkukhairi Abdul Sukor, memberi surat wakil kuasa penuh
samalah seperti menyerahkan sepenuhnya projek dan tanah kepada pemaju.


"Syarikat itu jual tanah kepada diri sendiri dengan jumlah nilai yang
disebut itu, wakil FELDA tiada yang tandatangan (dokumen penjualan),
dia jual sendiri kepada pihak dia," kata Shahrir.


Aneh kata-kata Shahrir itu. Cuba baca semula - sebuah syarikat diberi
kuasa oleh Felda untuk memegang hak milik tanah, kemudian ia menjualnya
kepada diri sendiri tanpa tandatangan wakil Felda.


























   



Siapa yang dikatakan sebagai 'Felda' itu?


Jawapannya ada dalam laporan Berita Harian 21 Disember 2017. Menurut
laporan itu, pindah milik tanah dipercayai berlaku apabila Felda 
Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik syarikat tempatan sebagai
pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan mendapat surat kuasa wakil untuk
membangunkannya.


Maka boleh disimpulkan Felda yang ketika itu dipengerusikan Tan Sri
Isa Samad telah mengarahkan FIC yang ketika itu juga dipengerusikan Tan
Sri isa Samad untuk melantik pemaju dan memberi surat kuasa wakil.


Wah! Hebatnya buat bisnes seperti ini. Seolah-olah macam harta bapak dia!




Seorang pengerusikan tiga




Terdapat banyak persoalan yang timbul.


Pertama, berkaitan integriti pengurusan seluruh badan induk Felda dan
parti pemerintah terhadap Felda. Ia berkait dengan perdana menteri,
menteri, timbalan menteri dan lantikan politik dalam agensi itu.


Isa yang menjadi pengerusi ketika pindah milik berlaku disiasat
siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan
pembelian hotel di London dan Kuching oleh FIC. Ada kemungkinan kes
tanah ini juga mengaitkan beliau.


Isa adalah lantikan politik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak. Sebelum itu Isa pernah dikenakan tindakan tatatertib kerana
didakwa mengamalkan politik wang ketika pemilihan partinya pada 2004.


Bijakkah tindakan melantik Isa dalam Felda?


Kedua, adakah amalan biasa untuk melantik orang yang sama sebagai pengerusi badan induk dan anak syarikatnya?


Isa adalah pengerusi Felda, FIC dan Felda Global Ventures (FGV). Bukankah ini satu konflik kepentingan yang ketara?




Apakah masalah Felda berpunca daripada Isa, atau Najib kerana melantiknya?


Ketiga, jika tanah 'emas' Felda telah terjual, katakanlah dengan
harga RM250 juta atau lebih, ke mana perginya wang jualan itu? Takkanlah
beri hak milik tanah dan kuasa wakil penuh tanpa bayaran?


Ini berdasarkan kenyataan Shahrir bahawa Felda tidak menerima satu sen pun.


Keempat, mengapa kerajaan dan Felda mengambil masa begitu lama untuk
mendedahkan perkara ini, bertindak dan membuat laporan polis?


Shahrir selaku pengerusi Felda sudah tahu sejak Januari 2017.
Meskipun beliau berkata usaha telah dibuat untuk mendapatkan tanah itu
kembali melalui kaveat persendirian tetapi hakikatnya projek Kuala
Lumpur Vertical City (KLVC) di atas tanah itu telah pun bermula.


Entah banyak mana lagi?


Hakikatnya perkara ini hanyalah satu daripada siri penyewelengan
dalam entiti yang sepatutnya menjana ekonomi negara dan membela
peneroka.


Entah berapa banyak kerugian yang telah ditanggung, entah berapa banyak pula dana yang telah disonglap.


image: https://i.malaysiakini.com/1133/062ff34dfa15ccc7db73b2e65b09bccc.jpeg

Peneroka yang sedia dibebani hutang menjadi mangsa sikap gelojoh segelintir yang berkuasa.


Meskipun Shahrir berkata perkara utama pada masa ini adalah untuk
mendapat semula tanah itu dan untuk melaksanakan audit dan siasatan
polis, tiada jaminan orang yang bersalah akan didakwa dan hal sama tidak
berulang.


Saya berharap ini bukan hanya sandiwara politik untuk menutup pelbagai lagi kepincangan yang mungkin ada dalam Felda dan negara.


Keadilan dan hak peneroka wajib dikembalikan, dan dasar melantik orang politik yang tidak layak wajib dihentikan.


Berapa kali kita perlu jatuh di lubang yang sama?



SYED IBRAHIM SYED NOH adalah ketua penerangan PKR.


Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Monday, December 18, 2017

JHO LOW Tinggal di Istana Terapung


IMAMS: Zahid hidu sesuatu yang tak enak


 

IMAMS: Zahid hidu sesuatu yang tak enak

2017-12-17 17:05:43

Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembatalan pelaksanaan sistem Pemantauan
Manasik Bersepadu (IMAMS) bukan bersifat politik.

Namun timbalan
perdana menteri itu mengakui beliau "terhidu" sesuatu yang tidak enak
apabila ia dilihat mengambil peluang ke atas seseorang yang ingin
mengerjakan umrah.

Katanya IMAMS dibatalkan selepas wujud protes daripada banyak pihak.

Read more at https://www.kinitv.com/video/55458O74#J474pqUkvPK6qdPU.99 


Nasib baiklah ketua Nazri, Mas Ermieyati ialah Najib

   

ULASAN | Semasa
aku menuntut di sebuah sekolah rendah di Kulim, Kedah kira-kira 30
tahun yang lalu, ada seorang guru yang memberi aku satu pengajaran yang
tak dapat aku lupakan.


Aku ingat lagi, waktu itu aku belajar di kelas 6 Mawar, dan Cikgu
Dayah - guru Bahasa Melayu yang mengajar kelas kami - memberikan aku dan
rakan sekelas sedikit kerja rumah yang perlu disiapkan pada hujung
minggu.


Pada Isnin berikutnya, ketika sesi pembelajaran Bahasa Melayu, Cikgu
Dayah masuk ke kelas seraya meminta semua pelajar menghantar kerja rumah
masing-masing.


Sementara beliau memeriksa kerja rumah tersebut, aku dan rakan sekelas diberikan latihan menulis karangan.


Sedang aku asyik menulis rangka karangan, nama aku dipanggil oleh Cikgu Dayah.


“Apa yang kamu hantar ni?” tanya beliau.


“Kerja rumahlah cikgu,” jawabku tenang.


“Apa yang cikgu suruh buat dan apa yang kamu buat?” bentak Cikgu Dayah.


Suruh lain buat lain


Aku tersentak. Dapat kurasakan mata keseluruhan rakan kelas tertumpu
padaku. Suasana mula jadi sepi. Tiada lagi bunyi pensel menggeser buku.


“Kenapa diam? Cuba buka mulut dan beritahu cikgu,” gesa beliau.


“Saya tak faham maksud cikgu. Kan ini yang cikgu berikan sebagai
kerja rumah minggu lepas,” ujarku dalam nada mempertahankan diri.


Cikgu Dayah kemudiannya menunjukkan aku buku-buku latihan rakan
sekelasku. Peliknya latihan yang dibuat kesemua rakanku itu berbeza
dengan latihan yang aku salin dari buku teks.


Sedang aku menggaru kepala aku yang tak gatal, beliau bertanya kepada rakan-rakan sekelasku.


“Muka surat berapa yang cikgu suruh salin?”


Rakan-rakanku semua menjawab pertanyaan Cikgu Dayah secara serentak.
Alamak, sahlah bahawa aku tersilap membuat kerja rumah. Aku pun
cepat-cepat meminta maaf kepada beliau.


“Cikgu nak tahu macam mana kamu boleh tersilap buat kerja rumah,” desak Cikgu Dayah.


Lidah aku menjadi kelu, tak tahu apa nak dijawab.


Dah malu denda pula


Seketika kemudian, aku bersuara dengan nada sebak. “Saya minta maaf
cikgu. Saya betul-betul tak sedar yang saya silap salin latihan yang
salah.”


“Tak semudah itu,” ujar beliau. “Kalau nombor muka surat dan nombor
latihan pun kamu boleh silap, bayangkan perkara-perkara lain yang boleh
jadi silap lantaran sikap kamu yang tak beri cukup perhatian di dalam
kelas.”


Aku rasakan lutut aku mulai longlai.


Cikgu Dayah kemudian menjulang buku latihan aku tinggi-tinggi di
hadapan seluruh kelas bagi mengingatkan mereka agar tidak mencontohi
sikap alpa aku itu.


“Kamu adalah pelajar. Tugas pelajar adalah untuk memberi perhatian di
dalam kelas. Kalau itu pun kamu tak boleh buat, cikgu rasa baik kamu
duduk rumah sahaja.”


Air mata aku mula menitis.


Aku ingatkan Cikgu Dayah akan berasa kasihan padaku. Lebih-lebih
lagi, aku sememangnya merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan
selalu mendapat ‘A’ bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.


Tapi sangkaan aku meleset. Bukan hanya Cikgu Dayah tak menghiraukan
tangisan aku atau kasihan dengan diriku yang terpaksa menanggung malu
berdiri di hadapan kelas, malah beliau juga bertindak mendenda aku.


“Cikgu tak terima alasan kamu. Sekarang ambil buku kamu ni dan buat
pembetulan sebanyak 10 kali. Lepas ni kalau perkara sebegini berulang
kembali, cikgu akan lempar buku latihan kamu ke dalam tong sampah dan
kamu kena buat semula semua latihan dari awal tahun,” kata beliau.


Aku cuma berusia 12 tahun ketika itu. Tetapi pengajaran yang
diberikan Cikgu Dayah itu terpahat di sanubari aku sehingga hari ini.


“Jangan alpa ketika menjalankan tanggungjawab.”


“Tumpukan sepenuh perhatian.”


“Berani tanggung akibatnya jika salah.”





Sayangnya, bukan semua orang yang mendapat pengajaran yang serupa.
Contoh yang paling mudah ialah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan; serta Datuk Seri Nazri Abdul Aziz,
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.


Beberapa hari yang lalu, sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS)
telah dirasmikan sebagai satu-satunya akses rasmi kepada permohonan visa
umrah di Malaysia.


Tetapi dalam hanya satu hari, sistem yang begitu heboh diperkatakan
dapat menangani masalah penipuan pakej umrah, terpaksa dibatalkan.


Ini berikutan tindakan mewajibkan penggunaan sistem IMAMS bagi semua
agensi umrah serta mengenakan caj berjumlah RM90.10 (caj penggunaan
IMAMS, insurans takaful dan cukai barangan dan perkhidmatan) pada
individu yang ingin menunakan umrah seperti yang diuar-uarkan kepada
media didapati bercanggah dengan perbincangan dalam kabinet serta
perbahasan jawatankuasa belanjawan kementerian di Dewan Rakyat.


Kena ajar cukup-cukup


Seperti aku tersilap menyalin kerja rumah, Mas Ermieyati juga
tampaknya tersilap menjalankan tugasnya mengikut apa yang dikehendaki
oleh pegawai atasannya, manakala Nazri pula gagal memantau pelaksanaan
tugas pegawai bawahannya itu.


Tapi peliknya, kedua-dua mereka tidak pula diminta menjelaskan sebab musabab berlaku kesilapan sedemikian rupa.


Sebaliknya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu berlapang dada dengan pembatalan sistem IMAMS tersebut.


















 











Amboi, mudahnya memaafkan kesalahan. Bukankah musim nak bermaaf-maafan zahir dan batin ada enam bulan lagi?


Haish!


Seandainya Cikgu Dayah menjadi pegawai atasan Mas Ermieyati serta
Nazri, aku pasti mereka berdua sudah diherdik di hadapan seluruh kelas.
Err... maaf, maksud aku di hadapan seluruh ahli kabinet.


Aku pasti Cikgu Dayah akan bertanya pada mereka bagaimana boleh
berlaku jurang perbezaan ketara di antara RM40 (seperti yang
dipersetujui) dengan RM90.10 (seperti yang diumumkan).


Ia adalah perbezaan bagaikan langit dan bumi.


Dan mewajibkan sistem yang sepatutnya menjadi pilihan bukan suatu kesilapan yang ringan!


“Apakah kamu bermimpi ketika perbahasan di parlimen atau kamu sememangnya buat kerja acuh tak acuh?”


Nasib baiklah ketua Mas Ermieyati dan Nazri ialah Najib yang baik hati, bukannya Cikgu Dayah.


Tapi jika difikirkan dengan teliti, sekiranya Cikgu Dayah berada di
tempat Najib, aku pasti beliau akan mengajar kedua mereka cukup-cukup
sehingga pengajaran tersebut menjadi tepu di dada dan takkan berulang
lagi kesilapan yang sama pada masa hadapan.


Alahai, patutlah sekarang ni mudah sangat kesilapan di lakukan berulang kembali – sebab pemimpin pun dah tak ambil kisah sangat.



FA ABDUL ialah kolumnis Malaysiakini edisi bahasa Inggeris.


Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/405782#4RtEUxI5b8W3Wk58.99

Saturday, December 16, 2017

Jom Channel@Wawancara Isu Semasa - Kemelut Felda


 

Wawancara Isu Semasa - Kemelut Felda

Tarikh : 15.12.2017
Masa : 10.00 pm
Lokasi : Jom Channel

Panelis :
Mazlan Aliman
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)

Moderator :
Jamzuri Ardani
Pengarah Komunikasi Amanah Selangor

Wednesday, December 13, 2017

NAK JUMPA MB , NAK JUMPA MB


Saya Dan Tun Mahathir Keluar UMNO Sebab Tak Tahan Najib Curi Duit Rakyat...


Isu Bugis: 45 minit polis soal Mahathir, kata peguam


 

Peguam: Cukup berdrama, jangan buang masa orang tua itu

   

Selepas lima kali polis merakamkan
percakapan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelbagai siasatan,
peguamnya, Mohd Hanif Khatri Abdulla, berkata polis harus mendakwa bekas
perdana menteri itu jika beliau benar-benar melakukan kesalahan.


"Jika mahu mendakwa, dakwalah. Jangan buang masa orang tua itu.
Perkara seperti ini, kamu tidak perlu siasat seperti kes bunuh atau
rogol.


"Kami tak kisah nak tanya (isu) Bugis ke tanya RCI (forex), kami dah
sedia jawab. Tetapi janganlah berdrama,” katanya kepada wartawan di
Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya sejurus selepas polis selesai
merakamkan kenyataan Mahathir.


Haniff berkata enam anggota polis dari Bukit Aman tampil di pejabat
Mahathir dan menghabiskan masa selama 45 minit untuk merakamkan
kenyataannya. Beliau menambah bahawa mereka mengemukakan sejumlah 32
soalan.


“Tun (Dr Mahathir) telah memberi kerjasama dan menjawab setakat
beliau boleh jawab, dan setakat yang perlu dijawab di mahkamah, Tun
telah pun memegang hak untuk menjawab di makhamah.


“Soalan berjumlah 32, iaitu 22 berdasarkan merit dan 10 lagi mengenai
prosedur. Helaian sebanyak tujuh muka surat telah ditaip dan dicetak,”
katanya.


Menurut Haniff terdapat sedikit salah faham dalam sisatan hari ini
kerana pihaknya dimaklumkan pada peringkat awal bahawa polis akan
merakamkan percakapan berhubung laporan polis yang dibuat oleh
setiausaha Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kerugian
urus niaga mata wang asing Bank Negara pada 30 November lalu.


“Tapi apabila mereka sampai hari ini, baru kami dimaklumkan oleh
pasukan polis ini adalah untuk kenyataan (dakwaan menghina) Bugis.
Sedangkan tak silap saya, semalam laporan Ketua Polis Negara mengatakan
bahawa siasatan itu masih dijalan dan Tun akan dipagil kemudian nanti.


“Tiba-tiba hari ini pula yang datang bukan untuk RCI... kami tak kisah, nak tanya apa pun, kami dah sedia jawab,” katanya.


Beliau berkata perkara itu sedang disiasat di bawah Akta Hasutan
1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 504 Kanun
Keseksaan.


Haniff berkata Mahathir menegaskan kepada polis bahawa kenyataan
"lanun Bugis" yang dibuatnya hanya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak dan bukannya orang lain.


Mahathir membuat kenyataan itu semasa perhimpunan pada Oktober lalu dan beliau kemudiannya dituduh menghina masyarakat Bugis.


Beliau juga mengundang kemurkaan daripada istana Johor dan Selangor yang mempunyai warisan Bugis.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/405344#if6xtXG0evQlrYdM.99

Monday, December 11, 2017

Manusia saling bersaudara Tok Guru Nik Aziz

Pelaksanaan taawun di tangan Tok Guru 



image: https://i.malaysiakini.com/1192/3c34a8a10c2733ba19c500c20063b156.jpeg

Pelaksanaan taawun di tangan Tok Guru

   

Saat dijemput berucap di satu majlis
kebudayaan dan kesenian Cina Kelantan yang disertai 46 pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) masyarakat Tionghua pada 11 Oktober 2002, Tok Guru
meletakkan petikan ayat ini sebagai paksi:


“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang
laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa
dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang
yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling
takwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mendalami pengetahuan (akan keadaan dan amalan kamu).
(al-Hujurat : 13).


Bersifat hikmah mengambil jalur dakwah dalam majlis yang
berkepentingan multi etnik secermatnya, kata kunci yang sering
ditonjolkan Tok Guru dari ayat wahyu ini ialah pertama: "Allahlah yang
menjadikan kamu berbangsa-bangsa bersuku puak” dan kedua: Allahlah yang
menjadikan ini semua “supaya kamu semua saling kenal-mengenal."


Dalam mana-mana ucapan, Tok Guru cukup teliti membina tapak bersumber
ayat al-Quran terlebih dahulu sebelum membangun dan mengembangkan
kata-katanya agar tidak lari antara teks dan konteks.


Manusia saling bersaudara


Melalui proses penyesuaian diri yang sempurna dengan tema dan tujuan
sesebuah majlis, selalunya ucapan Tok Guru akan memasuki tali yang
diputarnya perlahan-lahan.


Tanpa disedari, khalayak pula akan memasuki “permainan minda” itu yang diputar Tok Guru agar masing-masing rancak berfikir.


Lihat sebahagian dari kata-katanya dalam majlis tadi. Saya petik:


Adam dan Hawa:

“Menurut Islam, walaupun manusia terdiri daripada pelbagai keturunan dan
bangsa, namun mereka semua adalah sama-sama berbapakan Adam dan
beribukan Hawa. Jika ajaran ini benar-benar dihayati secara bersama,
pasti akan timbul perasaan bersaudara-mara, kasih sayang dan perpaduan
di kalangan seluruh manusia.


"Malangnya, terdapat manusia yang tidak bertanggung jawab, yang
melaga-lagakan manusia untuk kepentingan diri sendiri atau kaum
masing-masing.



"Seterusnya kita mesti mengaku bahawa kita sedang menerima kemudahan
asas yang sama di bumi – air, cahaya matahari, makanan, udara dan
lain-lain. Semua ini adalah kurniaan Allah untuk kesenangan hidup semua
kita.


"Oleh yang demikian, kerajaan Kelantan yang didirikan atas sokongan
semua bangsa dan agama, berharap kepada semua yang hadir agar menjaga
asas-asas kehidupan ini supaya hidup kita berharmoni - berada dalam
keadaan yang tidak bercanggah dengan tuan punya alam ini iaitu Allah
SWT.


"Islam bukanlah agama paksaan. Namun, apa yang perlu difahami ialah
semua gerak kerja dan aktiviti hidup kita di dunia ini biarlah mempunyai
nilai sesudah kita mati di akhirat nanti. “


Ini sikap Tok Guru dalam majlis yang bersifat multi budaya kesan
daripada perbezaan agama, keturunan dan kepercayaan. Beliau secara halus
sentiasa menghidangkan juadah minda; menjadikan setiap majlis, bertukar
menjadi sebuah medan fikir.


Terasnya agama Islam. Adat resam tradisional amalan setiap kaum yang
tidak bercanggah dengan ajaran moral setiap agama masing-masing boleh
saja datang dan boleh juga dirai. Ia boleh disesuaikan setelah di asing
dan di saring.


Duduk atas tikar, kita bincang


"Jika ada perbezaan pandangan, semua orang boleh datang dan
dipersilakan untuk duduk di atas tikar. Tak ada masalah. Kita mendengar
dan kita boleh berunding,” bisik Tok Guru perlahan kepada saya di suatu
awal petang ketika sedang membetul-betulkan kilas kain selendangnya dan
bersiap-siap untuk turun ke Bilik Gerakan Negeri bagi mengetuai
pertemuan dengan berbelas-belas ketua sami Budha yang mewakili 23 buah ketek (wat) dari seluruh negeri.


Isu yang ada di tangan ketika itu pula ialah status tanah ketek, bantuan kewangan dan hal-hal penghormatan yang dicadang untuk di legitimasikan oleh kerajaan negeri.



Isi sinopsis dialog dengan sami:


Pertemuan ini diatur sebagai hasil mesyuarat Majlis Sangha Kelantan
yang diadakan pada 31 Julai 2006. Wakil jurucakap sami-sami menyentuh
beberapa perkara seperti berikut:


  • Peranan dan kedudukan Majlis Sangha di Kelantan. Kes di Kelantan
    cukup unik kerana gelarannya ialah Serambi Mekah namun banyak pula kuil
    Buddha
  • Selain dari majlis Buddha negeri, ada satu lagi majlis yang disebut
    Majlis Sangha Kelantan diketuai oleh cha khun. Sejak 200 tahun, ketua
    atau cha khun ini dilantik oleh sultan Kelantan.
  • Mereka meminta agar kedudukan sami-sami diberikan status yang semulia-mulianya seperti dilantik oleh sultan.
  • Mereka mempunyai 23 wat. Oleh itu, mereka mencadangkan supaya
    kerajaan negeri mengeluarkan pekeliling meminta semua sami diberi
    layanan yang baik. Ia hendaklah diedarkan kepada ketua-ketua Jabatan.
  • Pengelola istana pernah buat surat. Sudah dikeluarkan surat penjelasan kepada cha khun.
Isu tanah ketek


Rumusan daripada mesyuarat pada 31 Julai 2006 juga memutuskan usul
berbunyi: “Tanah wat ini tanah wakaf. Atas lot tapi tidak ditulis.” Ini
keputusan dari segi status sebenarnya yang muktamad. Mereka meminta
penjelasan rekod daripada kerajaan secara bertulis kepada majlis sangha
untuk di rekodkan.


  • Dalam fahaman Majlis Sangha Kelantan, ada tiga kategori tanah untuk
    wat. Tidak kurang dari 200 tahun tanah-tanah itu telah dibina dengan
    wat. Ia telah wujud. Kategori-kategori itu ialah:
  • Tanah kawasan berpagar yang menjadi pusat pentadbiran dan
    peribadatan dengan terdapat bangunan-bangunan berkaitan. Bagi Majlis
    Sangha Kelantan, tanah ini tidak menjadi bimbangan.
  • Tanah-tanah perkuburan orang Buddha yang di luar kawasan wat. Ini
    membimbangkan mereka. Masalah berlaku apabila ia diceroboh, bahkan ada
    antara tanah-tanah ini dipohon oleh orang lain.
  • Tanah yang mengikut sumber lisan, iaitu tanah milik wat di luar kawasan berpagar wat.
  • Tanah milik orang Siam - Tanah yang dimiliki rakyat sebelum
    diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu 1931. Ini diambil dari sumber
    lisan. Untuk itu, mereka mohon jawapan bertulis berkaitan hal status
    pemiliknya daripada kerajaan negeri.
Respons menteri besar


  • Syukur kerana ketua-ketua sangha bersetuju datang mengunjungi
    beliau. Ia kali keenam pertemuan Tok Guru dengan ketua-ketua agama.
  • Walaupun berbeza; kita ada titk-titik persamaan. 'Kalimatin sawa'
    iaitu titik untuk sama-sama menjaga kemakmuran bumi Allah. Orang Melayu
    sebut Allah. Penganut agama lain menyebut God, Vishnu, Hudha.
  • Kita ini hamba Allah. Ada lagi kuasa lain yang lebih kaya, lebih gagah dan lebih bermulut masin.
  • Islam ajar bahawa manusia ini selalu diawasi oleh dua jenis malaikat
    - Raqib dan ‘Atid. Walaupun kita ada ibu bapa, guru, ustaz, polis,
    askar, kita masih ada lagi Allah Yang Maha Mengawasi. Mari kita pakat
    “besar-besarkan” kesedaran ini. Inilah cara untuk tangani masalah sosial
    yang sangat kritikal sekarang ini. Semangatnya ialah, jika polis tiada,
    Allah ada. Tuhan sentiasa ada dan sentiasa melihat perbuatan kita.
  • Di hujung kehidupan kita ini ada akhirat. Kita orang agama perlu
    besar-besarkan perkara ini. Mari kita sebarkan. Insya-Allah, agama akan
    jadi paksi kukuh untuk hapus jenayah dan makmurkan bumi , sekali gus
    dapat mengelak daripada bala bencana dan malapetaka.
Sikap kerajaan negeri


Sepanjang 16 tahun, kata Tok Guru kerajaan negeri tidak pernah ganggu.


"Duit tuan-tuan, harta tuan-tuan, itu hak masing-masing. Islam
galakkan tutup aurat. Semua orang Islam wajib mengamalkan sikap hormat
menghormati antara satu sama lain," katanya.


Masalah tanah - "Di sini, saya cuma ambil sikap
untuk mendengar. Beri surat bertulis. Kita akan respons secara bertulis
mengikut undang-undang tanah dengan segala peraturan yang berkuat
kuasa."


Orang Islam dan Siam hidup harmoni - "Kenapa? Ini
kerana orang Islam pegang agama. Dalam Islam, kita kena hormat orang
asing. Orang Cina, India dan Siam boleh hidup dengan baik di sini. Ini
kebaikan cara hidup Islam yang menjadi dasar kerajaan kita."


Bagaimana isu diberkas - "Kita kena bincang setelah
mendapat surat bertulis. Beri surat dan kita akan kaji dan jawab kerana
ia melibatkan undang-undang."


Bantuan kewangan - "Nak beri bantuan-bantuan tertentu kepada penjaga (tok siak) di wat. Kita akan bantu dalam bentuk sedikit wang."


Hormat pada sami - "Masalahnya, ada juga yang
menipu. Paderi pun sebahagiannya ada juga yang berzina. Jadi
masing-masing kena jaga kehormatan diri masing-masing. Baru datang
hormat daripada orang lain.”


Majlis berkenaan lalu berakhir dengan bacaan doa daripada Tok Guru,
dibalas pula dengan bacaan doa secara beramai-ramai diketuai oleh
sami-sami dari dua wat untuk selamatkan Kelantan.


image: https://i.malaysiakini.com/196/729c164160256c0ac199ee1ee6283360.jpg

Jadi, fokusnya di mana? Jika inilah pertanyaan, maka di sana kita
dapat saksikan wujudnya amalan dialog yang praktikal lagi sihat
diamalkan oleh sebuah kerajaan Kelantan setiap kali dikunjungi isu.


Sepanjang 23 tahun, Tok Guru tidak banyak menyebut perkataan taawun,
tetapi beliau cukup tahu bahawa perkataan itu bersemangatkan apa jua
kegiatan tolong-menolong mengerjakan kebaikan demi sebuah kemaslahatan
demi melahirkan masyarakat yang sentiasa rukun.


Prinsip saling menjamin yang tidak hanya memikirkan keuntungan
sepihak menjadi paksi kepada wujudnya taawun. Di sini Tok Guru
membuktikan kehadiran Islam itu menurunkan rahmat pembelaan untuk semua.


Tunduk dan merendah


Apa yang penting, taawun bukan sehelai tirai jarang yang dijadikan smoke screen oleh kerajaan yang boleh menyemai benih keraguan terhadap pemerintah.


Unsur kerjasama yang dikandungi perkataan taawun itu harus jujur
membuktikan rahmat buat semua melalui pelaksanaan rundingan secara amali
tanpa mengira antara sesama Islam atau antara Islam dan bukan Islam.


Tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan suku puak, pemimpin Islam
harus dilihat berdiri dengan maruah. Pada kedua tangannya, pemimpin
harus mampu dilihat rakyat sebagai seorang bapa yang sedang memberi
layanan kepada semua anak-anaknya dengan tanpa diskriminasi.


Jika Tok Guru mengambil sikap mengehadkan taawunnya hanya kepada dan
dengan kelompok Islam dan orang Melayu, maka apa akan jadi kepada
suasana hidup bermuhibah dengan non-Muslim?


Mengambil dimensi secermat itu, Tok Guru selalu memilih sikap tunduk
dan merendah. Ini kerana dia cukup tahu, sewaktu dalam keadaan itulah
dia dengan mudah boleh 'mengutip' sesuatu. Dalam keadaan mendekati dan
senang didekati itulah juga, dia membimbing dan mengasuh.


Dalam konteks taawun - pada Tok Guru - hidup bukan lagi soal berdiri
lebih tinggi justeru kita dan bangsa kita sedang berkuasa. Sememangnya
perkara ini sulit tetapi inilah cabaran yang diharunginya.


Biar pun di sana terdapat perbezaan dan kepayahan, di bawanya jua
Islam itu ke tengah-tengah medan. Ia sentiasa dihiasinya dengan seulas
senyum dari sejurai limau Islam yang ramah bertoleransi.


Di mata sami-sami Budha, mereka cukup kagum dengan setangkai anggur
harapan yang sedang diangkat oleh jari-jemari Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Jika tidak, masakan mereka sudi berdoa beramai-ramai dalam bahasa mereka
demi kerukunan sebuah negeri.


Mustahil semua ini tidak memberi kesan kepada sokongan.



ANNUAL BAKRI HARON bekas setiausaha politik
menteri besar Kelantan dan mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat. Beliau juga banyak terlibat dalam dunia seni termasuk penulisan dan
muzik.



Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini


Read more at https://www.malaysiakini.com/columns/405068#C6DDlDjWTAcrAYRV.99


Dituduh anti-Islam & anti- melayu, DAP buat laporan polis .


 

DAP hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Umno Datuk Seri
Najib Razak yang didakwa menuduh DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam
dalam ucapan dasarnya, di Perhimpunan Agung Umno Khamis lalu.

Laporan itu dibuat MP Segambut Lim Lip Eng, ADUN Kampung Tunku Lau Weng
Sang, dan ahli jawatankuasa pusat DAP, Ronnie Liu di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Lim berkata, Najib perlu disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan
kerana mendakwa ucapan tersebut boleh menimbulkan permusuhan dan
mengugat keharmonian.


Seksyen tersebut berhubung dakwaan kesalahan berkaitan agama yang boleh
menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci
membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni
atau perpaduan.

Bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz
Tunku Ibrahim mendakwa pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang, memang
berhasrat mahu menjadi perdana menteri.


Dakwanya, Kit Siang enggan melepaskan kedudukannya dalam DAP iaitu
untuk mengawal parti tersebut serta serta menyelamatkan anaknya, Lim
Guan Eng, jika didapati bersalah atas tuduhan rasuah.


“Sekarang Kit Siang perlu menjadi perdana menteri jika mahu
menyelamatkan anaknya, Guan Eng daripada dihukum penjara kerana tuduhan
rasuah.


“Selama ini Kit Siang berpura-pura menyokong orang lain (sebagai
perdana menteri) untuk melencongkan pandangan umum dan menyembunyikan
hasrat sebenarnya,” katanya seperti dilapor Berita Harian hari ini.


Kit Siang ialah tokoh yang dilihat sangat berpengaruh dalam DAP dan
pernah menjadi setiausaha agung parti itu selama 30 tahun sebelum
digantikan dengan mendiang Kerk Kim Hock.


Jawatan itu kini disandang Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.


Bukan ahli parlimen


Bagaimanapun untuk rekod ketika ini Kit Siang tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam parti.


Kata Tunku Abdul Aziz hasrat utama seseorang diktator ialah menjawat jawatan utama iaitu perdana menteri.


Kelmarin Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan
penggulungan Perhimpunan Agung Umno menyindir Kit Siang yang didakwanya berminat menjadi perdana menteri.


Najib berkata Kit Siang tidak boleh berselindung disebalik seorang Melayu seperti yang dilakukannya sekarang.


Ekoran itu Tunku Abdul Aziz mendesak Kit Siang tampil dan menjawab
kenyataan Najib itu dan tidak lagi berselindung di belakang orang
Melayu, merujuk kepada dua pemimpin pembangkang sekarang iaitu Tun Dr
Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ia kerana, kata Tunku Abdul Aziz, bekas Tun Dr Mahathir Mohamad dan
Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan anggota parlimen. Justeru katanya mereka
tidak layak menjadi perdana menteri.


“Dr Mahathir, Datuk Ser Anwar bukan ahli parlimen, mereka tidak layak menjadi perdana menteri,” katanya.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/405089#9fK9WLcLtrys1Y0U.99

"Sudah gaharu cendana pula...," @ Mahathir, Siti Hasmah pulangkan pingat kebesaran Selangor

Mahathir, Siti Hasmah pulangkan pingat kebesaran Selangor 





image: https://i.malaysiakini.com/1192/a6adef2d449634c9bafa0f422859685b.jpeg

Mahathir, Siti Hasmah pulangkan pingat kebesaran Selangor

   

Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun
Dr Siti Hasmah Mohamad Ali memulangkan dua pingat yang diterimanya
daripada sultan Selangor, termasuk satu daripadanya yang tertinggi di
negeri itu.


Hal itu disahkan seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kepada Malaysiakini hari ini.


"Betul," kata Pengerusi Biro Strategi dan Dasar BERSATU Datuk Rais Hussin mengesahkan tindakan Dr Mahathir itu.


Seorang pembantu Dr Mahathir pula mengesahkan Dr Siti Hasmah melakukan tindakan sama.


"Beliau menyerahkan semula pingat berkenaan pada hari yang sama," katanya.


Menurut Rais keputusan memulangkan pingat kebesaran negeri itu dibuat Dr Mahathir atas pertimbangannya sendiri.


image: https://i.malaysiakini.com/917/a69782bce62f31d9dc1cfff57b28f6e5.jpg

Rais bagaimanapun enggan memberi penjelasan muktamad mengenai alasan
pemulangan pingat berkenaan. Sebaliknya beliau memilih untuk berkias.


"Sudah gaharu cendana pula...," katanya memetik sebahagian daripada
peribahasa Melayu yang menyatakan mengenai sesuatu hal yang jelas nyata.


Difahamkan dua pingat yang dikembalikan pengerusi BERSATU itu
masing-masing diterima daripada sultan Selangor pada 1978 dan 2003.


Ia diserahkan kepada seorang pegawai kanan di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pada Khamis lalu.


Anugerah tertinggi negeri


Pingat yang dikembalikan Dr Siti Hasmah itu ialah anugerah yang diterimanya daripada sultan Selangor pada 1983 dan1994.


Ia membabitkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor.


Malaysiakini sudah menghubungi Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.


Portal The Malaysian Insight pula melaporkan pihak istana Selangor akan mengeluarkan kenyataan mengenai isu itu esok.


Pada awal Nov lalu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak supaya tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.


image: https://i.malaysiakini.com/1168/3a37e12e46354876d1ac4e66c4f9328a.jpeg

Merujuk kepada ucapan Dr Mahathir ada himpunan Sayangi Malaysia,
Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu, baginda
bertitah tindakan itu boleh mengugat keharmonian dan perpaduan rakyat.


Sultan Sharafuddin juga menyatakan rasa kecewa dan murkanya atas
ucapan Dr Mahathir itu yang dilihat cuba menghasut rakyat untuk
membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.


Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor
(SPMS) kelas pertama pada 22 Jun 1978 dan ia hanya dianugerahkan kepada
dua individu pada sesuatu masa.


Beliau juga menerima Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK)
sebulan sebelum bersara sebagai perdana menteri pada Okt 2003.


Dr Mahathir menerima penghargaan itu pada majlis Jasamu Dikenang di Istana Alam Shah di Kelang.


Penganugerahan pingat itu dihadkan hanya kepada 25 orang pada sesuatu
masa sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan
individu yang terpilih.


Sultan Sharafuddin turut memberi pandangan mengenai Dr Mahathir dalam temu bual baginda dengan akhbar The Star beberapa hari lalu.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/405074#Ffx2HvjlfoVKibAI.99

Sunday, December 10, 2017

Hamzah: Isu barang naik ada sejak zaman nabi @ Rakyat Kena Redha

Hamzah: Isu barang naik ada sejak zaman nabi 



PAU2017 |
Berlandaskan sepotong hadis Nabi Muhammad SAW, Menteri Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjelaskan isu harga barang
naik ini bukanlah masalah baru.


Kata Datuk Seri Hamzah Zainudin, isu berkenaan sudah berlaku sejak
zaman Rasulullah lagi malah ada hadis yang menjelaskan suasana itu.


Membacakan terjemahan hadis diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas
bil Malik, Hamzah menjelaskan ada sahabat meminta Rasulullah menetapkan
harga barangan untuk mereka.


"Maka baginda menjawab: Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan
harga, menyempit, meluaskan dan memberi rezeki. Sesungguhnya aku
benar-benar berharap untuk bertemu Allah dalam keadaan tidak ada seorang
pun yang menuntut kepadaku berkenaan sesuatu kezaliman pada darah dan
harta.


"Ini menunjukkan apa yang dilakukan oleh kerajaan, pemimpin besar
kita sekarang adalah sesuatu yang menyamai apa dituntut oleh Rasulullah
iaitu tidak mencampuri hak pasaran bebas dalam negara kita," katanya
semasa ucapan penggulungan di hari terakhir PAU di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.


Hamzah mengulas mengenai rungutan kenaikan kos sara hidup yang
dibangkitkan pewakilan sejak persidangan tahunan Umno berlangsung Khamis
lalu.


Berjihad perangi orang tamak


Salah seorang pembahas malah menegaskan kesempitan hidup akibat kenaikan harga barang turut dialami anggota Umno sendiri.


Isu kenaikan kos sara hidup lebih menjadi perhatian apabila ia turut
disentuh tokoh yang berada di luar PWTC, termasuk Ratu Jazz Datuk Sheila Majid.




Kata Hamzah dalam keadaan begitu pun kerajaan bersetuju agar harga
barangan keperluan asas dikawal supaya tidak dinaikkan sesuai dengan
sikap prihatin dan keadilan yang dituntut Islam.


"Barang keperluan yang saya maksudkan ialah gula, tepung, minyak masak, beras dan gas memasak.


"Ini adalah kerana presiden Umno berasakan bahawa untuk memberi
kesejahteraan kepada rakyat dan keadilan untuk seluruh negara, kita
mampu memberikan subsidi melalui barangan keperluan asas," katanya.


Setakat ini kata anggota Majlis Tertinggi Umno itu kerajaan
membelanjakan sebanyak RM2 bilion setahun bagi membiayai subsidi
berkenaan.


Bagi barangan basa seperti ikan, ayam, sayur dan daging, kata Hamzah,
kerajaan bersetuju "memerangi" orang tengah yang tamak dan rakus
melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta agensi yang
berkaitan dengannya.


"Kita akan berjuang dan berjihad untuk memerangi mereka ini," katanya.






Read more at https://www.malaysiakini.com/news/404958#d6GdCLGuDPkh10aG.99



'BN yang urus ekonomi negara, bukan Tuhan'

   

ULASAN l
Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Seri Hamzah Zainudin yang Allah menentukan harga barang
berdasarkan sepotong hadith dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017
semalam, adalah kenyataan terdesak Umno untuk mengekang kemarahan rakyat
terhadap kenaikan harga barang dengan memanipulasi agama.


Hadith yang dibacanya itu yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah, Dialah
yang menetapkan harga, menyempit, meluaskan dan memberi rezeki.
Sesungguhnya aku benar-benar berharap untuk bertemu Allah dalam keadaan
tidak ada seorang pun yang menuntut kepadaku berkenaan sesuatu kezaliman
pada darah dan harta."


Jelas daripada hadith tersebut prinsip Islam adalah keadilan di mana
Rasulullah menyebut tentang membersihkan diri daripada kezaliman.


Tadbir urus kerajaan yang salah dan korup serta penuh pembaziran dan
ketirisan menyebabkan kantung negara menjadi kering dan akhirnya
kerajaan terpaksa mengenakan cukai regresif seperti GST yang telah
menyebabkan kenaikan melambung harga barang.


Skandal korupsi institusi seperti 1MDB menyebabkan kehilangan
kepercayaan pelabur asing, mendorong kejatuhan nilai ringgit yang
mengakibatkan harga barang import menjadi mahal.


Bukankah ini kezaliman kepada rakyat akibat kepincangan tadbir urus kerajaan Barisan Nasional?


image: https://i.malaysiakini.com/1187/09f724203fc301a4239dbb2ff194fe0a.jpeg

Kenaikan harga makanan pada kadar 26 peratus dengan kadar
pengangguran meningkat 3.5 peratus menunjukkan kehidupan rakyat yang
semakin terhimpit dengan kelemahan ekonomi di dalam negara.


Harga runcit minyak yang dijual tinggi adalah ditetapkan oleh kerajaan Barisan Nasional.


Kekayaan negara dibolot kroni pemimpin negara tetapi rakyat pula
dipaksa membayar hutang negara. Jadi, siapakah yang mengurus ekonomi
negara, Najib atau Tuhan?


Hamzah seharusnya memahami lebih banyak dalil dan nas lain yang
memerintahkan kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat. Pemimpin adalah
pelindung kepada rakyat dan bukannya penindas.


Dalam surah Saba’ ayat 15, Allah menyebut tentang “baldatun
thayyibatun wa rabbun ghaffur” yang bermaksud negara yang makmur dan
pengampunan Tuhan.


Adakah korupsi dan penyelewengan diredhai Allah bagi mendapatkan
pengampunan tuhan? Adakah sebuah negara dianggap makmur jika rakyat
dihimpit kesusahan akibat kenaikan harga barang?


Hamzah sebaiknya meletakkan jawatan sebagai menteri dan belajarlah ilmu agama di mana-mana pondok.


Seharusnya para ilmuan agama bangkit membetulkan kenyataan beliau agar agama tidak lagi dimanipulasi untuk menutup kezaliman.


Kesucian agama Islam tidak boleh dicemari sebegini rupa sehingga
boleh menghilangkan penghormatan rakyat terutama penganut agama lain
kepada agama rasmi negara ini.



FAIZ FADZIL adalah Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH).


Rencana ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/405012#r8kHZIOzsiqbPDvz.99

Saturday, December 9, 2017

Wakil Umno tuntut isteri Apandi disiasat @ Menghina DS Najib.

Wakil Umno tuntut isteri Apandi disiasat 


JANGAN BUAT PERKARA JAHAT DAN MUNGKAR KALAU TIDAK MAHU DIHINA



         







image: https://i.malaysiakini.com/971/0eeddda40b570f8b7225adfcbc0bce3e.jpg

Wakil Umno tuntut isteri Apandi disiasat

   


Cari sampai lubang cacing - itu tuntutan
dan desakan seorang perwakilan Umno buat pihak berkuasa supaya mereka
menyiasat pemilik portal berita The Malaysian Insight (TMI).


Berucap semasa membahaskan usul pendidikan dan agama, wakil Pulau Pinang Mohd Nashrol Hisham Abdullah berkata TMI didakwanya giat menyerang kepimpinan Umno terutama presiden mereka, Datuk Seri Najib Razak.


Memetik dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Nashrol berkata TMI dimiliki Puan Sri Faridah Begum K A Abdul Kader.


Untuk rekod Faridah Begum ialah kakak kepada Ketua Pengarang TMI, Jahabar Saddiq, juga isteri kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.


"Kami perwakilan mahu pihak berwajib siasat siapa Faridah Begum ni.


"Malaysian Insight (TMI) yang menyerang pemimpin kita, perdana menteri kita, presiden kita.


image: https://i.malaysiakini.com/1192/eeeae709bcb9383db818f4609ced2005.jpeg

"Pihak
berwajib jangan biarkan ini berlaku. Cari sampai lubang cacing,"
katanya dengan penuh bersemangat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala
Lumpur hari ini.
Bagaimanapun Mohd Nashrol (gambar) tidak menyatakan dengan lebih lanjut kenyataan itu atau bagaimana TMI menyerang Najib dan Umno.


Umno mengadakan persidangan tahunannya mulai Khamis lalu dan bakal berakhir hari ini.


Semalam isu berkaitan TMI turut dibangkitkan. Perwakilan
Johor, Haliza Abdullah, menceritakan bagaimana portal berita berkenaan -
ketika itu dikenali sebagai The Malaysian Insider - disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).


Haliza juga menyebut beberapa portal lain termasuk Malaysiakini.


Daripada ucapan itu tidak dapat dipastikan sama ada dia menyarankan
portal berita yang bersikap kritikal kepada pembangkang dikenakan
tindakan oleh SKMM.


Mohd Nashrol berkata pihak berkuasa perlu bertindak dan jangan membiarkan TMI menghina pemimpin Umno.


Sementara itu Jahabar ketika dihubungi Malaysiakini enggan memberi
sebarang komen. Portal ini turut cuba mendapatkan kenyataan daripada
Apandi.


[Baca berita penuh]


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/404934#mJFqx1ajFMpg2AMR.99

Sekadar memberi pendapat , bukan menipu dan menyusahkan orang @Fathia diugut dengan 'peluru'

                 



 Fathia diugut dengan 'peluru' 





Fathia diugut dengan 'peluru'

   



Namanya masih disebut-sebut oleh orang
ramai dan perbahasan perwakilan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra Putra
(PWTC) turut memberi perhatian kepada dirinya.

Dalam suasana begitulah sebentar tadi Fathia Latiff mendedahkan
bagaimana dia diserang dan diugut, malah kedengaran membahayakan.



Melalui Twitter Fathia berkata ada seorang lelaki berkepala botak membaling rantai ke arahnya, malah mengenai bahu pelakon itu.



Malah kata Fathia lelaki terbabit sempat memberi amaran: "Jangan sampai peluru aku sampai kat kau."



Tidak dapat dipastikan punca atau di mana kejadian berkenaan berlaku.



Ketika ini katanya dia mengalami trauma akibat serangan berkenaan.



Malaysiakini sedang cuba menghubungi Fathia untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenainya.





Sejak beberapa hari lalu nama Fathia disebut-sebut ramai, malah
dibangkitkan semasa perbahasan di Perhimpunan Agung Umno yang sedang
berlangsung sekarang.



Puncanya dia mempertikaikan cadangan pihak tertentu untuk mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung skandal aktiviti perdagangan mata wang asing (forex) yang berlaku kira-kira 30 tahun lalu.



Dia juga menggunakan laman sosial untuk membangkitkan isu kenaikan harga minyak.



Kelmarin seorang pewakilan Puteri Umno menegur Fathia kerana didakwanya "menyibuk" dalam hal kerajaan.



“Setakat pegang telefon, picit, tulis taip tak payah. Dia boleh duduk diam-diam. Betulkan lakonan (dan) hidup dia dulu, tak payah sibuk hal kerajaan,” kata Dira Abu Zahar yang juga exco Puteri Umno Tangga Batu di Melaka.



Mengulas mengenai pendirian itu, Fathia berkata, dia menghormati Dira
- juga seorang pelakon - untuk memberi pendapat, namun tetap
mempertahankan pandangan yang diberikannya sebelum ini.

Dalam kemas kini kemudian, Fathia mendakwa dia mengenali lelaki
terbabit namun enggan mendedahkan maklumat mengenainya di Twitter.



"Saya perlukan pengawal peribadi!!!" katanya lagi





Friday, December 8, 2017

Komen @Akan Pengiktirafan Trump Ke atas Israel

              

Kenyataan Trump memindahkan kedutaan ke Baitul Maqdis menunjukkan
sokongan nyata trump ke atas penjajahan israel ke atas bumi palestin.

Jom ikuti komen bekas perdana menteri malaysia iaitu Dr Mahathir atau
lebih dikenali sebagai Tok Det atau chedet.

Nyata semua masyarakat islam tidak setuju dengan tindakan presiden
amerika syarikat iaitu Donald Trump yang nyata berat sebelah dan tidak
adil.

Rintihan doa Mahathir untuk Baitulmaqdis

            

Malaysia tolak cadangan jadikan Baitulmuqaddis ibu negara Israel



             

 Trump sengaja cetuskan perang - Mat Sabu


Presiden PAS gesa lawan presiden Amerika

 


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/404687#4MvJLo2Jf7yo4cYf.99


Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap
perdana menteri menghantar surat bantahan kepada Rumah Putih susulan
tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donalt Trump mengiktiraf
Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.



Presiden PAS juga berkata kerajaan harus segera memanggil duta AS di Kuala Lumpur bagi menunjukkan kemarahan rakyat Malaysia.



“Baitulmuqaddis adalah titik kesatuan umat Islam berpaksikan syariat Islam yang adil,” katanya.

PAS juga mengumumkan 8 Disember depan sebagai tarikh perhimpunan
anti-Amerika di kedutaan negara kuasa besar dunia itu di Kuala Lumpur.





image: https://i.malaysiakini.com/1191/6dde94479fbab593fb7cba0cad2bcd14.jpeg

Dalam kenyataannya hari ini, Hadi berkata tindakan Trump mencabar kesabaran umat Islam dan mencemarkan kesucian bumi Al-Quds.

“Keberanian Trumph disusuli selepas kejayaan Amerika-Zionis
mencampuri urusan negara-negara Arab khususnya kejayaannya mengikat Arab
Saudi sebagai rakan karibnya, melalui strategi mengapi-apikan semangat
perkauman dan mazhab sehingga berjaya menimbulkan kekacauan dan
huru-hara di Asia Barat.



“Situasi ini lagi membenarkan rahsia pemetaan dunia baru yang sedang
berjalan supaya negara-negara Islam disibukkan dengan peperangan sesama
sendiri sehingga mengabaikan perjuangan pembebasan Palestin dan
Baitulmuqaddis,” katanya



Read more at https://www.malaysiakini.com/news/404687#4MvJLo2Jf7yo4cYf.99

PAU 2017 @ Kelemahan BN dan UMNO Zaman TUN M.


Wednesday, December 6, 2017

Tuesday, December 5, 2017

'Ini kleptokrasi paling buruk,' ucap Peguam Negara AS rujuk isu 1MDB

Hampir separuh daripada kutipan hasil rasuah bernilai AS$ 3.5 bilion yang telah dirampas oleh keraja...

                 

"Ini kleptokrasi paling buruk," ucap Peguam Negara AS rujuk isu 1MDB

27 minutes ago136 views
Hampir separuh daripada kutipan hasil rasuah bernilai AS$ 3.5 bilion yang telah dirampas oleh kerajaan Amerika Syarikat datang dari saman sivil berkaitan 1MDB, dedah Peguam Negara Jeff Sessions.

"Hampir separuh daripada AS$ 3.5 bilion dalam kutipan rasuah yang telah kita tahan adalah berkaitan dengan hanya satu tindakan penguatkuasaan.

"Tindakan itu berkaitan dengan dana kekayaan negara Malaysia yang dikenali sebagai 1MDB," kata Sessions dalam ucapannya di Global Forum Global on Asset Recovery di Washington DC semalam.

Beliau berkata pegawai yang dikatakan rasuah dan sekutu mereka dilaporkan menggunakan dana 1MDB untuk "perbelanjaan mewah" seperti AS$ 200 juta untuk hartanah di California Selatan dan New York, AS $ 130 juta dalam karya seni, AS$ 100 juta untuk muzik dan kapal layar AS$ 265 juta.

Pegawai 1MDB didakwa melakukan pengubahan wang haram lebih daripada AS $ 4.5 bilion secara keseluruhan menerusi urus niaga haram yang kompleks dan syarikat cengkerang dengan akaun bank di pelbagai negara seperti Switzerland, Singapura, Luxembourg dan Amerika Syarikat, katanya.

"Ini kleptokrasi paling teruk.

"Hari ini, Jabatan Keadilan AS (DOJ) sedang berusaha untuk memberi keadilan kepada mangsa-mangsa skim yang dikatakan ini," katanya.

Beliau bercakap mengenai usaha AS bekerjasama dengan badan penguatkuasa undang-undang di seluruh dunia dan bagaimana ia telah memberi manfaat kepada mereka.

Amerika Syarikat telah mengembalikan lebih AS$ 255 juta hasil rasuah sejak tahun 2004 sebagai pampasan kepada mangsa, katanya.

"Perolehan itu hanya mungkin dilakukan kerana kerjasama dengan rakan penguatkuasa undang-undang asing kita," katanya.

Mengulas pengalaman selama 14 tahun sebagai pendakwa, beliau berkata bukti terbaik dalam kes rasuah adalah seperti rekod bank, rekod penerbangan pesawat dan rekod telefon.

Jika maklumat tersebut tidak dikongsi dengan betul antara negara, maka "keadilan tidak dapat dilakukan" dalam banyak kes.

"Itulah sebabnya kita semua mesti berbuat lebih banyak untuk mempercepat permintaan Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

"Permintaan ini memastikan bahawa pendakwa mempunyai bukti bahawa mereka perlu membawa penjenayah ke muka pengadilan," katanya.

DOJ telah memfailkan tiga saman pelucuthakan sivil untuk merampas aset bernilai AS$ 1.7 bilion yang didakwa dibeli dengan dana yang disalahgunakan dari 1MDB.

Kali ketiga saman tersebut difailkan ialah pada Jun lalu.

Kahkahkah artis pulak kena sebat dengan Parti UMNO@ Kami ahli UMNO perlukan kebenaran BUKAN Pembohongan Terancang.

Pembantu Rosmah cetek pemikiran 



Artis juga merupakan kakitangan kerajaan juga. Kalau kita tafsir
daripada pembantu Rosmah ini. Kahkahkah artis pulak kena sebat dengan
Parti UMNO. Pak Rizal Mansor, masa kini ramai kami ahli UMNO akan angkat
kaki bila ada member pembangkang cete pasal 1MDB , FELDA, MARA @
Penyelewengan, Rasuah@ BN Najib VS BN Tun M. Yang Paling BOSAN; di
cawangan atau bahagian, bila nyatakan pendirian yang berbeza dan
perlukan jawapan berfakta TERUS dicap PEMBANGKANG. Kami ahli UMNO
perlukan kebenaran BUKAN Pembohongan Terancang.





image: https://i.malaysiakini.com/1189/897202c35b88c616ede952ac6b8b92cb.jpeg


Pembantu Rosmah cetek pemikiran

   

ULASAN | Teguran Rizal Mansor
kepada artis yang mengeluarkan kenyataan berbaur politik dimedia-media
sosial cukup menarik. Ada beberapa aspek yang saya bersetuju dengan
beliau.


Teguran itu dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini bertajuk ‘Lepas Fathia Bela Dr M, Pegawai Rosmah Nasihatkan Artis’


Dari laporan berita itu, beliau menasihatkan golongan seni tidak menjadi alat pembangkang.


“Sejarah menunjukkan nasib yang menimpa beberapa artis yang
dipergunakan pembangkang yang akhirnya terpaksa kembali kepada dunia
seni apabila dipinggir setelah pembangkang mencapai matlamat mereka,"
kata Rizal.


Saya fikir pandangan beliau ini ada benarnya. Memang kerja
memperalatkan artis dan seniman ini berlaku dikalangan parti-parti
politik atas tujuan mencari perhatian dan sokongan, tak terkecuali Umno.


image: https://i.malaysiakini.com/940/a01a2b83629040a4ed3d18db481d662f.jpg


Kita dapat lihat nasib yang menimpa artis-artis seperti penyanyi
Dayang Ku Intan, Aisyah, Abby Abadi, pelakon Hairie Othman, penulis
lirik Bob Lokman, Ito Blues Gang (gambar, atas) dan lain-lain. Keadaan mereka cucuk benar dengan kenyataan Rizal Mansor itu.


Namun demikian, pandangan Rizal mansor ini agak simplistik malah
beliau sebenarnya telah memperlekehkan artis-artis yang beliau maksudkan
itu. Jikalau artis-artis ini masuk bertanding pilihanraya dan menang,
mungkinkah pandangan Rizal Mansor akan berbeza?


Jadi pandangan beliau mengenai nasib artis-artis tersebut hanya
berdasarkan kayu ukurnya sahaja. Kita juga sedar, penglibatan
artis-artis ke dalam kancah politik kepartian punya banyak sebab dan
tujuan, bukan semuanya ‘genuine’ untuk bersama parti politik dan memperjuangkan isu-isu rakyat.


Namun, apa bezanya artis dengan profesion lain seperti ahli
perniagaan atau persatuan yang melibatkan diri dalam politik kepartian?


image: https://i.malaysiakini.com/1113/8f231d7b4658d04f3081af1dc1f0970a.jpeg


Dikalangan mereka juga bukan semuanya ‘genuine’ untuk berparti politik. Rizal Mansor kenalah beri pandangan yang adil kepada semua golongan.


Malah bila saya teliti, pandangan Rizal mansor ini agak cetek. Beliau
hanya mampu melihat artis terlibat dalam politik kepartian. Beliau
memandang ‘parti’ sebagai temanya, bukan melihat politik dalam tema yang
lebih luas dan besar iaitu demokrasi.


Kelemahan pandangan Rizal Mansor ini tidak baik untuk menyuburkan
demokrasi. Demokrasi meletakkan satu konsep yang cukup luas untuk setiap
warga melibatkan diri dalam politik. Bukan sekadar menjadi ahli parti
atau keluar mengundi.


Parti politik hanyalah salah satu dari banyak platform (wadah) untuk
mana-mana warga memilih untuk menyatakan pandangan yang melibatkan
kepentingan golongan mereka atau kepentingan awam.


Rizal Mansor tidak dapat melihat politik lebih jauh dari kerangka
politik kepartian, sebab itulah dia bekerja sebagai budak suruhan Rosmah
Mansor. Namun saya tetap menghormati beliau sebagai seorang ‘Datuk’.




Kita harus faham, setidak-tidaknya ada artis seperti Fathia Latiff
yang bintangnya masih kecil berbanding artis lain yang lebih popular,
tetapi Fathia berani bersuara tanpa bergantung hidup dengan gaji hasil
dari wang cukai rakyat.


Fathia juga bersuara atas kapasiti peribadi tanpa apa-apa wadah parti politik.


Sekalipun Rizal mahu artis-artis ini bebas bersuara menyokong
kerajaan kleptokrasinya, beliau juga harus hormat pandangan peribadi
artis atau seniman yang berbeza kecenderungan dan pandangan politik.


Saya setuju dengan saranan Rizal Mansor agar artis celik informasi
sebelum ‘twit’ atau menulis status di media sosial. Justeru, saya juga
berharap, Rizal Mansor juga boleh berlapang dada dengan artis seperti
Fathia dan lain-lain. Ini negara demokrasi, bukan negara milik Umno.


Buat seluruh artis dan seniman, bersuaralah dengan bebas. Nyatakan
pandangan kalian tanpa rasa malu atau takut. Perlembagaan melindungi hak
kita untuk bebas bersuara.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/404331#KVURJh22vIhM0BJ6.99

Kemungkaran Ahli UMNO semasa PAU telah terburai dimulut. Minta JAWI semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) ini buat Operasi Besar-besaran Menangkap Pasangan Khalwat.

Harakahdaily: Laksana operasi cegah maksiat di PAU 



MEMANG BENARLAH APA YANG DIKATA NAJIS DOSA TAK AKAN BERBAU HARUM. AKHIRNYA TERBURAI DI MULUT. MUKIN SELAMA INI PAU TEMPAT LEPASKAN BENIH DUSTA DAN NODA. KEPIMPINAN UMNO ADAKAH SEMAKIN MELUPA DIRI.



SAYANG SUNGGUH JIKA PEMIMPIN2 UMNO SEBEGINI PERANGAINYA. KALAU TUDUHAN INI , TUDUHAN LIAR. MENJADI TUGAS KEPIMPINAN UMNO BERMUHASABAH DIRI.



SEMOGA PAU KALI INI BERSIH DARI DOSA DAN NISTA UNTUK SURVIVAL DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR.





image: https://i.malaysiakini.com/1189/d522d7cd853f17ccb2827ef9326cd83e.jpeg

Harakahdaily: Laksana operasi cegah maksiat di PAU

   

Portal rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan gesaan seorang
bekas anggota Umno yang menuntut pelaksanaan operasi pencegahan maksiat
secara besar-besaran bersempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang bakal
bermula pada 5 Disember 2017 ini di PWTC, Kuala Lumpur.


Harakahdaily memetik bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri
Umno Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin yang berkata, setiap kali
Perhimpunan Agung Umno banyak berlaku pasangan yang berkhalwat
berdasarkan pengetahuan beliau selama 17 tahun pernah bersama parti itu.


"Beliau membuat pendedahan itu kerana tidak mahu lagi bersekongkol
dan bersubahat dengan perbuatan maksiat setiap kali berlangsung PAU,"
lapor Harakahdaily.


'Pasangan isteri dan suami orang'


Dalam laporan itu, Wan Asshima mencabar pihak Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat operasi besar-besaran bagi menangkap
pasangan khalwat.


"Berapa ramai pasangan yang berkhalwat, berapa ramai pasangan bukan Islam bersama dengan orang Islam.


"Dekat situ kita tengok, berapa ramai pasangan isteri orang, suami
orang bersama dalam satu bilik," Asshima dipetik berkata oleh Harakahdaily.


"Tetapi saya nampak kemungkaran (itu) semasa saya 17 tahun lagi.


"Sebab itu, saya minta JAWI semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) ini buat operasi besar-besaran di hotel-hotel Kuala Lumpur," tegasnya lapor Harakahdaily.


Dakwaan tawaran projek RM1.5bilion


Akhbar Sinar Harian pada 3 November 2017 pernah melaporkan berkenaan Wan Asshima masuk parti PAS.


Meskipun menerima tawaran projek Tanjung Agas bernilai RM1.5 bilion
namun beliau tetap meninggalkan Umno, dakwa beliau dalam laporan itu.


"Saya jenis manusia yang kalau benda itu membabitkan rasuah, integriti dan sebagainya saya tak nak akan 'involved' dengan satu benda itu.


"Jadi saya tinggalkan projek tersebut, saya tinggalkan jawatan tersebut," katanya lapor Sinar Harian.


Beliau berkata memilih Pas kerana sudah tertarik dengan parti itu
sejak isu RUU355 diketengahkan lebih dua tahun lalu, lapor akhbar itu
lagi.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/404307#Ac0OU0UuzjWmOeEq.99

Friday, December 1, 2017

RUU355 tidak dibahaskan. Kami sokong RUU355. Siapa yang tak sokong ni


 
Mahfuz kecewa RUU355 tidak dibahas hari sidang parlimen 30 nov 2017 

FITNAH MAKI HINA 
TELAH BERTABURAN
RUU355 MASIH DALAM KERISAUAN
BAGAI MANA PUN APAKAH DOSA2 RUU355
ADAKAH ADA KEAMPUNAN

Saturday, November 25, 2017

Sidang Media FAM Bersama TMJ : Pasukan Harimau Malaysia terkini


 

PAK BUNG MOKTAR INI JAWAPAN TMJ KAMI TAPI BUKAN DALAM PARLIMEN LAH!!!!

Pasukan Harimau Malaysia @ "Asal main kena belasah," kata Bung Moktar


 

BUNG
MOKTAR MARAH KERANA PASUKAN HARIMAU MALAYSIA ADALAH PASUKAN JAGUH
KAMPUNG. AHLI PARLIMEN BERHARAP HARIMAU MALAYSIA TERUS KEPUNCAK JUARA
DUNIA BILA DIPIMPIN OLEH KEPIMPINAN BAHARU. BUKANKAH SEMASA PENGURUSAN
LAMA PUN , PASUKAN HARIMAU MALAYSIA MEMANG DAH TERKENAL DENGAN JAGUH
KAMPUNG.

Monday, November 13, 2017

Menteri: Dakwaan Trump Tak Benar

Menteri: Dakwaan Trump Malaysia 'penipu perdagangan' tak benar 



 

   

Kerajaan menafikan tuduhan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald
Trump yang Malaysia adalah salah satu "penipu perdagangan" sehingga
menyebabkan defisit perdagangan negara itu dengan Malaysia.




"Dakwaan presiden Amerika Syarikat terhadap Malaysia sebagai salah satu 'penipu perdagangan' adalah tidak benar.




"Pentadbiran AS sehingga kini masih belum mengeluarkan hasil laporan
rasmi kepada umum mengenai defisit perdagangan AS dan rakan-rakan
dagangnya," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk
Seri Mustapa Mohamed.




Beliau menjawab soalan William Leong Jee Ken (Selayang-PKR) berhubung
langkah kerajaan untuk mempertahankan Malaysia daripada dakwaan
tersebut, yang didakwa menyebabkan defisit perdagangan berjumlah AS$50
bilion kepada AS.




Beberapa bulan lalu, Trump dalam satu kenyataan mendakwa Malaysia
merupakan salah sebuah daripada 16 negara "penipu perdagangan". Negara
Asia Tenggara yang turut menerima dakwaan sama adalah Indoensia dan
Thailand.




Mustapa berkata, statistik perdagangan Malaysia merekodkan AS hanya
mempunyai defisit perdagangan sebanyak AS$55 bilion dengan negara.




Katanya, Jabatan Perdagangan dan Pejabat Wakil Perdagangan AS telah
menyediakan laporan berhubung perkara itu dan dihantar ke Rumah Putih
pada 29 Jun lalu.




Beliau berkata, penjelasan juga diberikan ketika kunjungan delegasi Malaysia ke Rumah Putih pada September lalu.




"Saya dan perdana menteri menerangkan perbezaan data (defisit)
disebabkan AS mengambil kira import melalui pihak ketiga. Misalnya
barangan elektrik dan elektronik yang dieksport ke sana melalui
Singapura dikira sebagai import dari Malaysia, bukannya Singapura,"
katanya




Katanya lagi, kaedah pengiraan jumlah eksport juga berbeza untuk
kedua-dua negara, dengan Malaysia tidak mengambilkira kos perkapalan dan
insurans manakala AS memasukkan semua kos yang terlibat.




Mustapa berkata, Malaysia komited dengan perdagangan bebas dan tidak
memanipulasi mata wang mahu pun memberi sebarang bantuan yang menyalahi
undang-undang antarabangsa.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/401746#27Vhjui7doPj31Hz.99

Sunday, November 12, 2017

Ahli Umno beli NST dan Utusan , kewangan NST dan Utusan sihat'

'Jika ahli Umno beli, kewangan NST dan Utusan sihat'



  

   

Bekas Editor Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Mustapha Kamil
Mohd Janor menempelak Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yang
membidas tindakan kerajaan negeri Selangor menghentikan langganan
akhbar-akhbar Kumpulan Utusan dan New Straits Time Press (NSTP).




"Tan Sri Annuar Musa marah pada MB Selangor kerana kerajaan negeri di
bawah pentadbiran Pakatan itu berhenti melanggan akhbar-akhbar daripada
Kumpulan Utusan dan NSTP.




"Dah adat lah tu. Selangor itu di bawah kerajaan parti pembangkang.




"Utusan dan NSTP itu Umno yang empunya. Buat apa
kerajaan Selangor nak langgan akhbar yang polisi sidang pengarangnya
semata-mata untuk seteru politik mereka?" Tanya Mustapha dalam posting
terbaru beliau di Facebook.




Mengimbau pengalaman beliau sewaktu bekerja di NSTP dulu, ketua-ketua Umno dilihat susah untuk membeli akhbar-akhbar terbitan kumpulan itu.




Sihat kewangan




"Cuba fikir sejenak, macam manakah akhbar NST itu jualan hariannya sekitar 50 ribu naskhah sahaja sehari dan Berita Harian sekitar 100 ribu (mungkin kurang) sedangkan Umno ada tiga juta ahli.


"Jika satu persepuluh sahaja pun dari jumlah ahli Umno beli kedua akhbar ini, keduanya akan sihat kewangan," kata beliau.




Mustapha mempersoalkan sokongan ahli Umno terhadap akhbar-akhbar terbitan kumpulan Utusan dan NSTP.




"Jadi eloklah tanya ahli Umno dahulu kenapa mereka tidak menyokong akhbar mereka sendiri," tambah Mustapha yang berkecimpung
selama lebih 27 tahun sebagai wartawan sebelum melepaskan jawatan
beliau kerana tidak sehaluan dengan gaya kewartawanan arus perdana
ketika ini.




Ketua Penerangan Umno sebelum ini mendakwa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali (gambar, bawah) tunduk kepada pengaruh DAP dengan mengarahkan agensi kerajaan negeri itu supaya menghentikan langganan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.



Semalam, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula dipetik agensi berita Bernama
sebagai berkata tindakan itu, menerusi arahan yang dikeluarkan pada
Khamis lalu, menunjukkan bahawa kerajaan negeri Selangor hanya
memperjuangkan perkara yang berkepentingan kepada mereka sahaja.




"Pembangkang hanya ingin menjadi juara hak asasi yang menguntungkan
mereka. Keputusan menghentikan langganan akhbar ini seperti tidak
memberikan kebebasan kepada media melaporkan perkara yang boleh membawa
keuntungan kepada rakyat," katanya.




Dalam laporan tahunan Kumpulan Utusan,
syarikat itu rugi lebih RM16 juta pada tahun 2012, diikuti rugi lebih
RM20 juta tahun 2013, terus rugi RM83.65 juta pada 2014, rugi lagi lebih
RM16 juta pada 2015 dan meneruskan trend kerugian tahun lalu dengan
RM66.7 juta.



     Berdasarkan perangkaan terbaru Audit Bureau of Circulations Malaysia berlaku penurunan jualan oleh semua akhbar harian arus perdana.

Dari 2012 hingga 2016, Harian Metro mengalami penurunan
jualan sebanyak 62.5% iaitu daripada 379,169 naskhah kepada 142,262
diikuti akhbar New Straits Time, yang mencatat kejatuhan sebanyak 41.6%
daripada 93,321 naskhah kepada 54,490.

Utusan Malaysia dan Berita Harian masing-masing menunjukkan penurunan sebanyak 30 peratus dalam tempoh yang sama.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/401642#1xStGotZuoKGu5O9.99
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...