"Ini kleptokrasi paling buruk," ucap Peguam Negara AS rujuk isu 1MDB
27 minutes ago136 views
Hampir separuh daripada kutipan hasil rasuah
bernilai AS$ 3.5 bilion yang telah dirampas oleh kerajaan Amerika
Syarikat datang dari saman sivil berkaitan 1MDB, dedah Peguam Negara
Jeff Sessions."Hampir separuh daripada AS$ 3.5 bilion dalam kutipan rasuah yang telah kita tahan adalah berkaitan dengan hanya satu tindakan penguatkuasaan.
"Tindakan itu berkaitan dengan dana kekayaan negara Malaysia yang dikenali sebagai 1MDB," kata Sessions dalam ucapannya di Global Forum Global on Asset Recovery di Washington DC semalam.
Beliau berkata pegawai yang dikatakan rasuah dan sekutu mereka dilaporkan menggunakan dana 1MDB untuk "perbelanjaan mewah" seperti AS$ 200 juta untuk hartanah di California Selatan dan New York, AS $ 130 juta dalam karya seni, AS$ 100 juta untuk muzik dan kapal layar AS$ 265 juta.
Pegawai 1MDB didakwa melakukan pengubahan wang haram lebih daripada AS $ 4.5 bilion secara keseluruhan menerusi urus niaga haram yang kompleks dan syarikat cengkerang dengan akaun bank di pelbagai negara seperti Switzerland, Singapura, Luxembourg dan Amerika Syarikat, katanya.
"Ini kleptokrasi paling teruk.
"Hari ini, Jabatan Keadilan AS (DOJ) sedang berusaha untuk memberi keadilan kepada mangsa-mangsa skim yang dikatakan ini," katanya.
Beliau bercakap mengenai usaha AS bekerjasama dengan badan penguatkuasa undang-undang di seluruh dunia dan bagaimana ia telah memberi manfaat kepada mereka.
Amerika Syarikat telah mengembalikan lebih AS$ 255 juta hasil rasuah sejak tahun 2004 sebagai pampasan kepada mangsa, katanya.
"Perolehan itu hanya mungkin dilakukan kerana kerjasama dengan rakan penguatkuasa undang-undang asing kita," katanya.
Mengulas pengalaman selama 14 tahun sebagai pendakwa, beliau berkata bukti terbaik dalam kes rasuah adalah seperti rekod bank, rekod penerbangan pesawat dan rekod telefon.
Jika maklumat tersebut tidak dikongsi dengan betul antara negara, maka "keadilan tidak dapat dilakukan" dalam banyak kes.
"Itulah sebabnya kita semua mesti berbuat lebih banyak untuk mempercepat permintaan Bantuan Perundangan Bersama (MLA).
"Permintaan ini memastikan bahawa pendakwa mempunyai bukti bahawa mereka perlu membawa penjenayah ke muka pengadilan," katanya.
DOJ telah memfailkan tiga saman pelucuthakan sivil untuk merampas aset bernilai AS$ 1.7 bilion yang didakwa dibeli dengan dana yang disalahgunakan dari 1MDB.
Kali ketiga saman tersebut difailkan ialah pada Jun lalu.
No comments:
Post a Comment