Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, December 13, 2017

Isu Bugis: 45 minit polis soal Mahathir, kata peguam


 

Peguam: Cukup berdrama, jangan buang masa orang tua itu

   

Selepas lima kali polis merakamkan
percakapan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelbagai siasatan,
peguamnya, Mohd Hanif Khatri Abdulla, berkata polis harus mendakwa bekas
perdana menteri itu jika beliau benar-benar melakukan kesalahan.


"Jika mahu mendakwa, dakwalah. Jangan buang masa orang tua itu.
Perkara seperti ini, kamu tidak perlu siasat seperti kes bunuh atau
rogol.


"Kami tak kisah nak tanya (isu) Bugis ke tanya RCI (forex), kami dah
sedia jawab. Tetapi janganlah berdrama,” katanya kepada wartawan di
Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya sejurus selepas polis selesai
merakamkan kenyataan Mahathir.


Haniff berkata enam anggota polis dari Bukit Aman tampil di pejabat
Mahathir dan menghabiskan masa selama 45 minit untuk merakamkan
kenyataannya. Beliau menambah bahawa mereka mengemukakan sejumlah 32
soalan.


“Tun (Dr Mahathir) telah memberi kerjasama dan menjawab setakat
beliau boleh jawab, dan setakat yang perlu dijawab di mahkamah, Tun
telah pun memegang hak untuk menjawab di makhamah.


“Soalan berjumlah 32, iaitu 22 berdasarkan merit dan 10 lagi mengenai
prosedur. Helaian sebanyak tujuh muka surat telah ditaip dan dicetak,”
katanya.


Menurut Haniff terdapat sedikit salah faham dalam sisatan hari ini
kerana pihaknya dimaklumkan pada peringkat awal bahawa polis akan
merakamkan percakapan berhubung laporan polis yang dibuat oleh
setiausaha Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kerugian
urus niaga mata wang asing Bank Negara pada 30 November lalu.


“Tapi apabila mereka sampai hari ini, baru kami dimaklumkan oleh
pasukan polis ini adalah untuk kenyataan (dakwaan menghina) Bugis.
Sedangkan tak silap saya, semalam laporan Ketua Polis Negara mengatakan
bahawa siasatan itu masih dijalan dan Tun akan dipagil kemudian nanti.


“Tiba-tiba hari ini pula yang datang bukan untuk RCI... kami tak kisah, nak tanya apa pun, kami dah sedia jawab,” katanya.


Beliau berkata perkara itu sedang disiasat di bawah Akta Hasutan
1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 504 Kanun
Keseksaan.


Haniff berkata Mahathir menegaskan kepada polis bahawa kenyataan
"lanun Bugis" yang dibuatnya hanya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak dan bukannya orang lain.


Mahathir membuat kenyataan itu semasa perhimpunan pada Oktober lalu dan beliau kemudiannya dituduh menghina masyarakat Bugis.


Beliau juga mengundang kemurkaan daripada istana Johor dan Selangor yang mempunyai warisan Bugis.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/405344#if6xtXG0evQlrYdM.99

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...