Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, December 10, 2017

Hamzah: Isu barang naik ada sejak zaman nabi @ Rakyat Kena Redha

Hamzah: Isu barang naik ada sejak zaman nabi 



PAU2017 |
Berlandaskan sepotong hadis Nabi Muhammad SAW, Menteri Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjelaskan isu harga barang
naik ini bukanlah masalah baru.


Kata Datuk Seri Hamzah Zainudin, isu berkenaan sudah berlaku sejak
zaman Rasulullah lagi malah ada hadis yang menjelaskan suasana itu.


Membacakan terjemahan hadis diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas
bil Malik, Hamzah menjelaskan ada sahabat meminta Rasulullah menetapkan
harga barangan untuk mereka.


"Maka baginda menjawab: Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan
harga, menyempit, meluaskan dan memberi rezeki. Sesungguhnya aku
benar-benar berharap untuk bertemu Allah dalam keadaan tidak ada seorang
pun yang menuntut kepadaku berkenaan sesuatu kezaliman pada darah dan
harta.


"Ini menunjukkan apa yang dilakukan oleh kerajaan, pemimpin besar
kita sekarang adalah sesuatu yang menyamai apa dituntut oleh Rasulullah
iaitu tidak mencampuri hak pasaran bebas dalam negara kita," katanya
semasa ucapan penggulungan di hari terakhir PAU di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.


Hamzah mengulas mengenai rungutan kenaikan kos sara hidup yang
dibangkitkan pewakilan sejak persidangan tahunan Umno berlangsung Khamis
lalu.


Berjihad perangi orang tamak


Salah seorang pembahas malah menegaskan kesempitan hidup akibat kenaikan harga barang turut dialami anggota Umno sendiri.


Isu kenaikan kos sara hidup lebih menjadi perhatian apabila ia turut
disentuh tokoh yang berada di luar PWTC, termasuk Ratu Jazz Datuk Sheila Majid.




Kata Hamzah dalam keadaan begitu pun kerajaan bersetuju agar harga
barangan keperluan asas dikawal supaya tidak dinaikkan sesuai dengan
sikap prihatin dan keadilan yang dituntut Islam.


"Barang keperluan yang saya maksudkan ialah gula, tepung, minyak masak, beras dan gas memasak.


"Ini adalah kerana presiden Umno berasakan bahawa untuk memberi
kesejahteraan kepada rakyat dan keadilan untuk seluruh negara, kita
mampu memberikan subsidi melalui barangan keperluan asas," katanya.


Setakat ini kata anggota Majlis Tertinggi Umno itu kerajaan
membelanjakan sebanyak RM2 bilion setahun bagi membiayai subsidi
berkenaan.


Bagi barangan basa seperti ikan, ayam, sayur dan daging, kata Hamzah,
kerajaan bersetuju "memerangi" orang tengah yang tamak dan rakus
melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta agensi yang
berkaitan dengannya.


"Kita akan berjuang dan berjihad untuk memerangi mereka ini," katanya.






Read more at https://www.malaysiakini.com/news/404958#d6GdCLGuDPkh10aG.99



'BN yang urus ekonomi negara, bukan Tuhan'

   

ULASAN l
Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Seri Hamzah Zainudin yang Allah menentukan harga barang
berdasarkan sepotong hadith dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017
semalam, adalah kenyataan terdesak Umno untuk mengekang kemarahan rakyat
terhadap kenaikan harga barang dengan memanipulasi agama.


Hadith yang dibacanya itu yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah, Dialah
yang menetapkan harga, menyempit, meluaskan dan memberi rezeki.
Sesungguhnya aku benar-benar berharap untuk bertemu Allah dalam keadaan
tidak ada seorang pun yang menuntut kepadaku berkenaan sesuatu kezaliman
pada darah dan harta."


Jelas daripada hadith tersebut prinsip Islam adalah keadilan di mana
Rasulullah menyebut tentang membersihkan diri daripada kezaliman.


Tadbir urus kerajaan yang salah dan korup serta penuh pembaziran dan
ketirisan menyebabkan kantung negara menjadi kering dan akhirnya
kerajaan terpaksa mengenakan cukai regresif seperti GST yang telah
menyebabkan kenaikan melambung harga barang.


Skandal korupsi institusi seperti 1MDB menyebabkan kehilangan
kepercayaan pelabur asing, mendorong kejatuhan nilai ringgit yang
mengakibatkan harga barang import menjadi mahal.


Bukankah ini kezaliman kepada rakyat akibat kepincangan tadbir urus kerajaan Barisan Nasional?


image: https://i.malaysiakini.com/1187/09f724203fc301a4239dbb2ff194fe0a.jpeg

Kenaikan harga makanan pada kadar 26 peratus dengan kadar
pengangguran meningkat 3.5 peratus menunjukkan kehidupan rakyat yang
semakin terhimpit dengan kelemahan ekonomi di dalam negara.


Harga runcit minyak yang dijual tinggi adalah ditetapkan oleh kerajaan Barisan Nasional.


Kekayaan negara dibolot kroni pemimpin negara tetapi rakyat pula
dipaksa membayar hutang negara. Jadi, siapakah yang mengurus ekonomi
negara, Najib atau Tuhan?


Hamzah seharusnya memahami lebih banyak dalil dan nas lain yang
memerintahkan kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat. Pemimpin adalah
pelindung kepada rakyat dan bukannya penindas.


Dalam surah Saba’ ayat 15, Allah menyebut tentang “baldatun
thayyibatun wa rabbun ghaffur” yang bermaksud negara yang makmur dan
pengampunan Tuhan.


Adakah korupsi dan penyelewengan diredhai Allah bagi mendapatkan
pengampunan tuhan? Adakah sebuah negara dianggap makmur jika rakyat
dihimpit kesusahan akibat kenaikan harga barang?


Hamzah sebaiknya meletakkan jawatan sebagai menteri dan belajarlah ilmu agama di mana-mana pondok.


Seharusnya para ilmuan agama bangkit membetulkan kenyataan beliau agar agama tidak lagi dimanipulasi untuk menutup kezaliman.


Kesucian agama Islam tidak boleh dicemari sebegini rupa sehingga
boleh menghilangkan penghormatan rakyat terutama penganut agama lain
kepada agama rasmi negara ini.



FAIZ FADZIL adalah Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH).


Rencana ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/405012#r8kHZIOzsiqbPDvz.99

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...