Hebat sungguh Felda berniaga
ULASAN l Satu
Malaysia heboh apabila media perdana membongkar kisah empat bidang
tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai
RM250 juta, telah dijual tanpa dapat satu sen pun kepada Felda.
Menurut laporan, nilai semasa tanah berkenaan jauh melebihi anggaran
tersebut iaitu mencecah kira-kira RM1 bilion berasaskan nilai tanah
RM1,300 kaki persegi bagi kawasan berkenaan.
Sebuah syarikat swasta diberi kuasa wakil oleh Felda untuk hak milik
kepada tanah berkenaan. Ini kata Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul
Samad seperti yang dilaporkan media.
Menurut Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia
(HartaGuam) Salkukhairi Abdul Sukor, memberi surat wakil kuasa penuh
samalah seperti menyerahkan sepenuhnya projek dan tanah kepada pemaju.
"Syarikat itu jual tanah kepada diri sendiri dengan jumlah nilai yang
disebut itu, wakil FELDA tiada yang tandatangan (dokumen penjualan),
dia jual sendiri kepada pihak dia," kata Shahrir.
Aneh kata-kata Shahrir itu. Cuba baca semula - sebuah syarikat diberi
kuasa oleh Felda untuk memegang hak milik tanah, kemudian ia menjualnya
kepada diri sendiri tanpa tandatangan wakil Felda.
Siapa yang dikatakan sebagai 'Felda' itu?
Jawapannya ada dalam laporan Berita Harian 21 Disember 2017. Menurut
laporan itu, pindah milik tanah dipercayai berlaku apabila Felda
Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik syarikat tempatan sebagai
pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan mendapat surat kuasa wakil untuk
membangunkannya.
Maka boleh disimpulkan Felda yang ketika itu dipengerusikan Tan Sri
Isa Samad telah mengarahkan FIC yang ketika itu juga dipengerusikan Tan
Sri isa Samad untuk melantik pemaju dan memberi surat kuasa wakil.
Wah! Hebatnya buat bisnes seperti ini. Seolah-olah macam harta bapak dia!
Seorang pengerusikan tiga
Terdapat banyak persoalan yang timbul.
Pertama, berkaitan integriti pengurusan seluruh badan induk Felda dan
parti pemerintah terhadap Felda. Ia berkait dengan perdana menteri,
menteri, timbalan menteri dan lantikan politik dalam agensi itu.
Isa yang menjadi pengerusi ketika pindah milik berlaku disiasat
siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan
pembelian hotel di London dan Kuching oleh FIC. Ada kemungkinan kes
tanah ini juga mengaitkan beliau.
Isa adalah lantikan politik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak. Sebelum itu Isa pernah dikenakan tindakan tatatertib kerana
didakwa mengamalkan politik wang ketika pemilihan partinya pada 2004.
Bijakkah tindakan melantik Isa dalam Felda?
Kedua, adakah amalan biasa untuk melantik orang yang sama sebagai pengerusi badan induk dan anak syarikatnya?
Isa adalah pengerusi Felda, FIC dan Felda Global Ventures (FGV). Bukankah ini satu konflik kepentingan yang ketara?
Apakah masalah Felda berpunca daripada Isa, atau Najib kerana melantiknya?
Ketiga, jika tanah 'emas' Felda telah terjual, katakanlah dengan
harga RM250 juta atau lebih, ke mana perginya wang jualan itu? Takkanlah
beri hak milik tanah dan kuasa wakil penuh tanpa bayaran?
Ini berdasarkan kenyataan Shahrir bahawa Felda tidak menerima satu sen pun.
Keempat, mengapa kerajaan dan Felda mengambil masa begitu lama untuk
mendedahkan perkara ini, bertindak dan membuat laporan polis?
Shahrir selaku pengerusi Felda sudah tahu sejak Januari 2017.
Meskipun beliau berkata usaha telah dibuat untuk mendapatkan tanah itu
kembali melalui kaveat persendirian tetapi hakikatnya projek Kuala
Lumpur Vertical City (KLVC) di atas tanah itu telah pun bermula.
Entah banyak mana lagi?
Hakikatnya perkara ini hanyalah satu daripada siri penyewelengan
dalam entiti yang sepatutnya menjana ekonomi negara dan membela
peneroka.
Entah berapa banyak kerugian yang telah ditanggung, entah berapa banyak pula dana yang telah disonglap.
image: https://i.malaysiakini.com/1133/062ff34dfa15ccc7db73b2e65b09bccc.jpeg
Peneroka yang sedia dibebani hutang menjadi mangsa sikap gelojoh segelintir yang berkuasa.
Meskipun Shahrir berkata perkara utama pada masa ini adalah untuk
mendapat semula tanah itu dan untuk melaksanakan audit dan siasatan
polis, tiada jaminan orang yang bersalah akan didakwa dan hal sama tidak
berulang.
Saya berharap ini bukan hanya sandiwara politik untuk menutup pelbagai lagi kepincangan yang mungkin ada dalam Felda dan negara.
Keadilan dan hak peneroka wajib dikembalikan, dan dasar melantik orang politik yang tidak layak wajib dihentikan.
Berapa kali kita perlu jatuh di lubang yang sama?
SYED IBRAHIM SYED NOH adalah ketua penerangan PKR.
Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

No comments:
Post a Comment