'Sistem pemerintahan beraja di England tidak langsung mengikhtiraf kedudukan ratu mereka dalam perundangan bertulis negara itu.'
Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia, adalah umpama
payung yang menaungi rakyat dan menyatukan masyarakat berbilang kaum dan
fahaman di negara ini.
Pada 14 Okt yang lepas, Majlis Raja-Raja telah memilih Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Rakyat Kelantan iringi keberangkatan Sultan Muhammad V
Rakyat Kelantan akan berbaris di
sepanjang jalan antara Istana Negeri, Kubang Kerian dan Lapangan Terbang
Sultan Ismail Petra, esok.
Baginda, yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bakal menggantikan
Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang akan tamat tempoh
pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada hari ini.
Istiadat keberangkatan balik Tuanku Abdul Halim simbolik
Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah
Haminah berangkat meninggalkan Istana Negara dalam acara ringkas penuh
istiadat diraja pada 8.20 pagi.
Perpaduan amat berharga, tak boleh dijual beli - Agong
"Jika yang retak menjadi belah dan
genting menjadi putus, segalanya yang terbina selama 60 tahun ini, akan
hancur binasa dan tidak ada ertinya lagi"
Sehubungan itu, bagi menyempurnakan proses penerimaan jawatan sebagai
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V akan mengangkat sumpah jawatan
seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Baginda akan melafaz sumpah itu dengan disaksikan Raja-raja Melayu
dalam satu Mesyuarat Majlis Raja-raja (Khas) di Istana Negara pada esok,
13 Disember ini.
Menurut Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, kebanyakan perkara dalam
proses pertabalan seperti ucapan 'Daulat Tuanku', jumlah pengiring, dan
sebagainya, adalah perkara adat atau protokol.
"Apa yang dituntut oleh perlembagaan bagi menyempurnakan pelantikan
(Yang di-Pertuan Agong) ialah sumpah jawatan seperti yang tertera dalam
perkara 37, Bahagian Tiga, Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan,"
kata Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu kepada Bernama baru-baru ini.
Sumpah itu merangkumkan secara keseluruhan tanggungjawab besar yang
dipikul Yang di-Pertuan Agong, yakni meliputi empat perkara iaitu:
*mengikut undang-undang dan perlembagaan sedia ada dan akan datang;
*menegakkan kedaulatan undang-undang;
*menjalankan pemerintahan dengan adil dan aman;
*memelihara agama Islam.
Shamrahayu berkata peranan baginda diramal akan lebih menyerlah pada
masa hadapan berikutan situasi masa kini yang semakin mencabar.
"Mungkin sebelum ini rakyat tidak nampak fungsi Yang di-Pertuan Agong itu dalam keadaan politik yang stabil.
"Bagaimanapun keadaan dahulu berbeza daripada sekarang, situasi
perpaduan orang Melayu telah berbeza, begitu juga perpaduan antara kaum,
turut berbeza.
"Saya fikir penyerlahan peranan dan kuasa raja itu akan berlaku lebih
besar lagi pada masa akan datang, mengikut kehendak perlembagaan," kata
beliau.
Katanya kedudukan Yang di-Pertuan Agong sering disalah tafsir sebagai simbol adat semata-mata.
Malah ramai yang menyamakan sistem pemerintahan beraja di tanahair dengan sistem pemerintahan beraja di England.
Shamrahayu menafikan dakwaan itu.
"Sistem pemerintahan beraja di England tidak langsung mengikhtiraf kedudukan ratu mereka dalam perundangan bertulis negara itu.
"Ini berbeza dengan sistem raja berpelembagaan di negara kita yang telah ditulis dalam perlembagaan.
"Bermakna, kalau kita ada perlembagaan bertulis, kita kena ikut
perlembagaan bertulis itu, dan ia adalah undang-undang tertinggi
negara," katanya.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi dalam ketiga-tiga cabang
kerajaan iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman, seperti yang
terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dalam cabang eksekutif baginda mempunyai kuasa melantik Perdana
Menteri dan tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.
Menghuraikan perkara itu, Shamrahayu berkata perlembagaan tidak
menetapkan sebarang syarat pada Yang di-Pertuan Agong, misalnya dalam
menjalankan fungsinya melantik Perdana Menteri, untuk membuktikan bahawa
pilihan baginda benar-benar meraih sokongan majoriti Anggota Parlimen.
"Biasanya orang faham bahawa Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri.
"Betul, baginda boleh bertindak atas nasihat Perdana Menteri, tetapi
ada perkara-perkara di mana Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak
mengikut hemat baginda sendiri, menurut peruntukan perlembagaan,"
katanya.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh meminta diadakan
mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha
Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu.
Bagi cabang kehakiman pula, Yang di-Pertuan Agong berperanan besar
dalam melantik Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim lain berdasarkan
nasihat Perdana Menteri.
Baginda juga diberi kuasa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman
mengenai segala kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan
segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Labuan.
Yang di-Pertuan Agong turut berperanan sebagai Pemerintah Tertinggi
Angkatan Tentera Persekutuan, selain memegang amanah sebagai Ketua Agama
Islam bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja iaitu Melaka, Pulau
Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak dan negeri asal Baginda
sendiri.
"Kita mempunyai perlembagaan yang meletakkan raja sebagai Ketua Utama
Negara dan memberikan setengah-setengah kuasa kepada baginda.
"Pada masa yang sama kita ada kerajaan demokrasi. Dua sistem ini sepatutnya mengimbangi antara satu sama lain," tegas Shamrahyu.
Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.
Apabila genap tempoh itu, baginda hendaklah turun dari takhta dan
akan digantikan oleh seorang raja lain berdasarkan sistem pemilihan yang
sama.
Menurut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan seseorang Raja adalah layak untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan jika:
*ia adalah seorang remaja, atau
*telah diberitahu kepada Penyimpanan Mohor Besar Raja-Raja bahawa ia tidak berkehendak dipilih, atau
*Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa ia
adalah tidak sesuai untuk menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong
disebabkan kelemahan akal atau tubuhnya atau oleh kerana apa-apa sebab
yang lain.
Dalam proses pemilihan, Majlis Raja-Raja terlebih dahulu akan
menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada raja yang negerinya
ialah pertama dalam senarai pemilihan.
Jika raja itu tidak menerima jawatan berkenaan, Majlis Raja-Raja
dikehendaki menawarkan jawatan itu kepada Raja yang negerinya selepas
negeri pertama dalam senarai pemilihan, dan seterusnya, sehinggalah
seorang Raja menerima jawatan itu.
Raja-raja Melayu yang layak memilih dan menduduki takhta pemerintahan
Malaysia ialah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Selangor,
Raja Perlis, Sultan Terengganu, Sultan Kedah, Sultan Kelantan, Sultan
Pahang, Sultan Johor dan Sultan Perak.
Ini adalah kali kedua Sultan Kelantan dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Sebelum ini nenda Sultan Muhammad V, Al Marhum Sultan Yahya Petra
ibni Sultan Ibrahim menduduki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong
keenam pada 1976 hingga 1979.
"Harapan kita sebagai rakyat tentulah supaya Yang di-Pertuan Agong
akan memayungi seluruh warga Malaysia untuk kemakmuran negara, dari segi
perpaduan kaum, ekonomi, dan kesejahteraan politik.
"Dan yang utama juga adalah perpaduan dalam golongan agamawan.
"Kita mengharapkan takhta Yang di-Pertuan Agong akan menjadi titik rujukan untuk orang Islam bersatu," kata Shamrahayu.
- Bernama
No comments:
Post a Comment