Empat parti itu secara rasmi menandatangani tujuh perkara dalam perjanjian bersama kerangka kerjasama HARAPAN dan BERSATU.
Ketiga-tiga parti di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) secara rasmi membentuk pakatan
pilihan raya bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN pada
pilihan raya umum akan datang.
Ketiga-tiga parti di bawah HARAPAN- PKR, DAP dan AMANAH bersetuju
mewujudkan gabungan parti-parti pembangkang dengan BERSATU sebelum
pilihan raya umum akan datang dengan tujuan membentuk kerajaan selepas
pilihan raya.
Empat parti itu hari ini menandatangani tujuh perkara dalam perjanjian bersama kerangka kerjasama berkenaan.
Mereka
juga setuju berbincang dengan parti-parti yang masih belum
menandatangani perjanjian tersebut bagi memastikan hanya satu calon
mewakili pembangkang bagi menghadapi BN.
PKR diwakili oleh Presidennya, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, manakala AMANAH diwakili presiden parti Mohamad Sabu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden BERSATU Tan Sri
Muhyiddin Yassin menandatangani perjanjian itu bagi pihak parti
masing-masing.
Keempat-empat parti itu akan menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal
bersama untuk membincangkan pembahagian kerusi dan manifesto bersama.
Langkah awal
Mengenai mengapa BERSATU bukan sebahagian daripada HARAPAN, Wan
Azizah berkata pemeteraian perjanjian itu hari ini merupakan "langkah
awal kepada segala-galanya".
"Kita sudah bekerja bersama-sama, gabungan itu hanyalah formaliti
.... Hari ini, kita mempunyai pendatang baru. Kita ada BERSATU,"
katanya.
Begitu juga, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sebuah gabungan
memerlukan parti-parti mengambil satu langkah pada satu-satu masa.
"Ini adalah pakatan pilihan raya pertama (antara empat parti) dan kita akan lihat bagaimana ia berfungsi.
"Perkara boleh berubah, kita perlu fleksibel," katanya.
Bekas perdana menteri dan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun tidak hadir pada mesyuarat itu.
No comments:
Post a Comment