Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, October 10, 2016

Tun M cakap pasal duit haram dalam PRU14

     

             



Wang (tunai) itu Raja. Maka ramailah yang menyembah Raja ini.


Wang boleh diperolehi secara halal melalui gaji, upah dan keuntungan perniagaan.


Tetapi wang juga boleh didapati melalui pencurian, penipuan dan
rasuah. Wang yang didapati dengan cara ini tidak halal, bahkan haram.
Sudah tentu perolehan ini salah dari segi undang-undang.


Al-Quran
menyebut berkenaan dosanya perolehan secara haram seperti mencuri,
menipu (apabila menjual beli) dan sogokan kepada hakim.


Islam tidak melarang kekayaan asalkan kekayaan itu datang dari punca
yang halal. Zakat mesti ditunaikan dari kekayaan yang diperolehi. Amal
jariah dan sedekah juga digalakan.


Jika kekayaan itu adalah hasil dari pencurian atau rasuah, apakah
yang haram boleh dihalalkan dengan membayar zakat atau membiayai kerja
haji?


Alim ulama perlu kaji dengan teliti dan beri pendapat mereka atau keluar fatwa.


Manusia tamak


Apakah pula jika zakat yang diwajibkan tidak dibayar sama sekali dari
perolehan haram? Sekali lagi kajian perlu dibuat oleh alim ulama secara
jujur berpandu kepada Al-Quran dan hadis.


Namun ramai orang Islam yang sanggup menerima wang rasuah (haram) dari wang yang didapati secara haram.


Kalau pun punca wang itu halal tetapi jika diguna untuk rasuah, untuk
sogokan, wang yang diterima tetap haram. Ini tidak boleh ditakrif
sebagai rezeki. Apa kata alim ulama.


Manusia tamak. Walaupun sudah kaya, sudah jadi jutawan, sudah
mendapat perolehan yang banyak, tetapi jika berpeluang menambah
kekayaan, manusia tidak menolak.


Jika penambahan ini halal puncanya, ia tidak dilarang, tidak haram, tidak berdosa, asalkan zakat dibayar dan sedekah dibuat.


Tetapi jika tambahan kekayaan ini datang dari punca yang haram, dari
hasil pencurian atau sogokan, ia dilarang, haram dan berdosa.


Di antara pendapatan yang haram ini, tidak ada yang lebih buruk dari
sogokan. Ia merosakan masyarakat dan menjadi beban yang berat kepada
anggotanya. Kehidupan menjadi amat tidak selesa.


Biasanya yang terlibat dengan jenayah sogokan ialah mereka yang berkuasa atau memiliki pengaruh yang amat berkesan.


Lebih tinggi kuasa atau lebih besar pengaruh maka lebih besarlah
sogokan. Tidak ada yang terlalu tinggi yang tidak boleh disogok. Hanya
yang boleh membendung nafsu sahaja yang selamat dari rasuah.


Bangsa, agama, negara boleh dijual


Inilah yang kita lihat apabila terdapat orang yang percaya bahawa
wang itu raja. Daif atau kaya, wang boleh mempengaruhi pendirian.


Bangsa, agama, negara boleh dijual jika sogokan setanding dengan ketamakan.


Dalam pilihanraya kecil baru-baru ini ramai pengundi menerima wang
dan alatan elektrik untuk dapur. Mereka anggap ini adalah rezeki mereka.


Sebenarnya ini bukan rezeki. Pemberian ini ialah sogokan untuk mendapat undi mereka.


Penerimaan oleh mereka ialah berdosa. Sama ada mereka beri atau tidak beri undi menerima, sogokan masih berdosa.


Dalam PRU 14 duit haram ini akan ditabur dengan lebih banyak. Tabung
untuk sogokan ini sudah pun diadakan oleh pihak tertentu dari punca yang
haram.


Penerima harus tahu duit ini duit haram dan menerima sogokan juga berdosa.


Jika ingin beri duit kepada yang daif, buat sedekah dari sekarang. Tetapi sedekah patut dibuat dengan duit yang halal.


Ada kerajaan negeri yang meringankan tanggungjawab mereka yang miskin
dengan duit halal. Alhamdulillah. Inilah cara yang terabit.


Tetapi menyembah wang tunai sebagai Raja yang boleh menjayakan apa
sahaja yang dikejar, menyembah wang sehingga sanggup berdosa dengan
melakukan jenayah rasuah bukan perbuatan yang sejajar dengan ajaran
Islam atau pun agama-agama lain.



TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah bekas perdana menteri. Arikel ini pertama kali dimuat-naikkan di blognya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...