Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, October 10, 2016

Shafie tak tahu menahu skandal rasuah Sabah

                      


UMNO SABAH AKAN PUPUS!!~ "ROS akan Umumkan Parti Baru Shafie Afdal"

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata semua peruntukan untuk
kementeriannya - ketika beliau masih berkhidmat sebagai Menteri Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah - disalurkan melalui kerajaan negeri sebelum
tiba kepada mana-mana jabatan kerajaan.




Justeru kata anggota parlimen Semporna itu, beliau menafikan sebarang
tuduhan yang mengaitkannya dengan skandal rasuah menggemparkan negara
di Sabah baru-baru ini.


"Setakat yang saya tahu saya tidak menerima sebarang laporan mengenai hal itu," katanya kepada media di Kota Kinabalu hari ini.




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 4 Oktober lalu
dilaporkan merampas RM112 juta wang tunai ekoran penahanan dua pegawai
kanan Jabatan Air Sabah.




Ia dianggap rampasan terbesar SPRM setakat ini.




Selain wang tunai, turut disita ialah sembilan kenderaan mewah, 94 beg tangan mewah, barang kemas dan jam mewah.




Semua empat suspek kes yang melibatkan dana RM3.3 bilion untuk projek kerajaan Pusat itu ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan.




Mohd Shafie yang kini bergerak sebagai pemimpin parti baru
berpangkalan di Sabah selepas beliau meninggalkan Umno berkata
kementerian lain juga mungkin memberikan peruntukan kepada kerajaan
negeri dan digunakan Jabatan Air Sabah.




"Saya menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan atau pembabitan saya
dan bekas kementerian saya dalam dakwaan rasuah sebuah jabatan di bawah
Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Tan Sri Joseph Pairin
Kitingan," katanya dipetik akhbar New Straits Times hari ini.




Beliau sekali lagi menggesa semua pihak membiarkan SPRM menjalankan
siasatan menyeluruh sebelum mana-mana pihak menuding jari menyalahkan
sesiapa.


[Baca berita asal]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...