P Pinang juara nombor satu KDNK:
ULASAN Kita telah berjaya melakukan lebih baik dalam tempoh lapan tahun berbanding apa yang BN lakukan dalam masa 50 tahun. Menjadi juara nombor satu dalam kadar pertumbuhan KDNK per-kapita bagi tahun 2014-2015.
Bermula dengan negeri tercorot
Bagi tahun 2006-2007, Pulau Pinang adalah negeri tercorot, merekodkan
kadar pertumbuhan KDNK per-kapita pada hanya 5.9 peratus. Apabila
kerajaan Pakatan mengambil alih pada tahun 2008, kita mempunyai tugasan
yang besar untuk mengubah ekonomi yang direkodkan pada kadar terendah
bagi KDNK per-kapita.
Kerajaan Pakatan telah berjaya mengatasi cabaran ini seperti yang
ditunjukkan angka-angka yang diberikan Jabatan Statistik. Pulau Pinang
menduduki tempat ketiga seluruh negara bagi pertumbuhan KDNK per-kapita
bagi tahun 2012-2013, tempat kedua bagi tahun 2013-2014 dan johan pada
tahun 2014-2015.
Meskipun kita mengambil masa 8 tahun, kerajaan Pakatan telah berjaya
mengubah negeri tercorot dalam negara bagi tahun 2006-2007 menjadi
negeri nombor satu dalam pertumbuhan KDNK per-kapita bagi tahun
2014-2015.
Inilah kemampuan kerajaan Pakatan, menukarkan defisit menjadi
lebihan, negeri corot menjadi juara, hutang yang tinggi bertukar rendah.
BACA SETERUSNYA DI SINI
No comments:
Post a Comment