Guan Eng dapat 'penyapu', hadiah daripada NGO
Sekumpulan aktivis anti-BERSIH berhimpun di pejabat Ketua Menteri
Pulau Pinang di Komtar dan menghadiahkan Lim Guan Eng sebatang penyapu
berikat reben kuning.
Penyapu itu diserahkan sebagai lambang gesaan supaya Lim membersihkan
diri daripada dakwaan rasuah sebelum sibuk dengan perhimpunan BERSIH 5
pada bulan depan.
BERSIH ditubuhkan sebagai kumpulan pendesak ke arah memastikan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.
Jurucakap kumpulan itu Aminah Abdullah, yang mewakili NGO yang
Persatuan Kebajikan Insan Mulia berkata mereka sudah jemu dengan
kehadiran BERSIh dan “Baju Kuning”.
Bagaimanapun tidak sampai sepuluh orang hadir dalam perhimpunan itu, menyaksikan kehadiran pengamal media yang lebih ramai.
Aminah menyerahkan penyapu berbalut kertas minyak dan berikat reben
kuning itu, berserta memorandum dua halaman kepada seorang pegawai
pejabat Lim.
Lim pada Isnin lalu melancarkan pameran gambar BERSIH di negeri itu
manakala Pengerusi BERSIH Maria Chin telah menyerahkan obor simbolik
gabungan itu padanya.
BERSIH sedang mengadakan konvoi di seluruh negara bagi menarik sokongan terhadap perhimpunan 19 November ini.
Perhimpunan kali ini turun mendesak pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan dakwaan skandal kewangan 1MDB.
[Baca berita asal]

No comments:
Post a Comment