Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, March 5, 2016

Bebas dari Pemerintah yang Zalim : Rakyat perlu Meninggalkan Kezaliman yang Mereka Lakukan


Fakhruddin Ar Razi mengatakan, “Jika rakyat ingin terbebas dari penguasa yang zalim maka hendaklah mereka meninggalkan kezaliman yang mereka lakukan.” (Tafsir At Tahrir wat Tanwir karya Ibnu Asyur 8/74 cetakan Dar Tunisiah 1984)

Dalam Tafsirnya yang sebagiannya telah dikutip oleh Ibnu Asyur di atas, Ar Razi mengatakan, “Ayat di atas adalah dalil yang menunjukkan jika rakyat suatu negara itu zalim (baca: gemar maksiat, korupsi dll) maka Allah akan mengangkat untuk mereka penguasa yang zalim semisal mereka. Jika mereka ingin terbebas dari kezaliman penguasa yang zalim maka hendaknya mereka juga meninggalkan kemaksiatan yang mereka lakukan.

Ancaman kepada pemimpin yang zalim

September 2, 2013
Dr. Fathul Bari Mat Jahya
NASIHAHPerbuatan khianat dan zalim merupakan dosa besar yang mendapat ancaman berat, tidak kira dilakukan oleh siapa pun. Allah SWT memberi amanah kepada setiap manusia maka siapa saja yang mengkhianatinya nescaya tersedia baginya azab yang pedih. Nabi SAW bersabda, “Takutlah kamu kepada kezaliman, kerana kezaliman adalah kegelapan pada Hari Kiamat.” (Bukhari & Muslim)

Hakikatnya setiap manusia adalah pemimpin, cuma bezanya adalah kecil atau besar kekuasaan. Ini sebagaimana sabda Nabi, “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang apa yang dipimpin. Seorang ketua adalah pemimpin dan dia akan ditanya tentang yang dipimpinnya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya tentang yang dipimpinnya. Seorang wanita adalah pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya dan dia akan ditanya tentang mereka. Seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya dan dia akan ditanya tentang harta tersebut.” (Bukhari & Muslim)

Pemimpin negara adalah orang yang paling berat memikul amanah kerana besarnya jumlah orang yang di bawah pimpinannya. Dia akan disoal tentangnya di Akhirat kelak. Pemimpin negara juga lebih mudah membuat kezaliman disebabkan kuasa ada padanya, serta lebih terdedah kepada penyakit nifaq seperti disebut ciri-cirinya dalam hadis; “Apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri, dan apabila diberi amanah dia khianat.”

Maka hendaklah para pemimpin bertakwa kepada Allah dan bertaubat atas perbuatan zalim yang pernah dilakukan. Beratnya beban yang dipikul dan akan dipertanggungjawabkan ke atas pemimpin, sehingga Nabi SAW bersabda, “Tidak ada seorang hamba diberikan kepimpinan oleh Allah, mati pada hari matinya dalam keadaan khianat kepada rakyatnya kecuali Allah haramkan ke atasnya Syurga.” (Riwayat Muslim)

Ironinya pada hari ini kita dapati manusia merebut-rebut jawatan kepimpinan. Apa yang disebutkan oleh Nabi 1400 tahun dahulu menjadi nyata, “Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita terhadap kepemimpinan, padahal kelak di Hari Kiamat ia menjadi penyesalan.” (Bukhari)

Islam hakikatnya melarang dari meminta jawatan kepimpinan, dan melarang memberi jawatan kepada orang yang memintanya. Perintah Syarak ini lazim dilanggar dalam politik demokrasi. Ini merupakan satu musibah demokrasi tanpa kita sedari.
Sabda Rasulullah SAW, “Kami tidak akan memberi jawatan pemerintahan kepada orang yang meminta dan orang yang bercita-cita untuk mendapatkannya.” Rasulullah juga bersabda, “Wahai Abdurrahman bin Samurah, janganlah engkau meminta kepemimpinan. Kerana jika engkau diberi tanpa meminta nescaya engkau akan ditolong. Namun jika diserahkan kepadamu kerana permintaanmu nescaya ia akan dibebankan kepadamu.” (Riwayat Bukhari)

Oleh itu, orang yang tidak cekap dan tidak berkebolehan untuk memimpin dan mengurus tadbir tidak boleh mengambil jawatan. Sabda Nabi SAW: “Apabila urusan diserahkan kepada selain ahlinya, nantikanlah hari kiamat.” (Riwayat Bukhari)

Abu Zar Al-Ghifari ra. pernah bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, tidakkah engkau ingin memberi aku jawatan (kepimpinan)?” Rasulullah menepuk bahu Abu Zar dan berkata; “Wahai Abu Zar, engkau seorang yang lemah sedangkan kepemimpinan adalah amanah dan pada hari kiamat nanti ia menjadi kehinaan dan penyesalan, kecuali orang yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan apa yang harus dia tunaikan dalam kepimpinan tersebut.” (Riwayat Muslim)

Seorang pemimpin wajib berlaku adil hatta dalam urusan yang melibatkan keluarga sendiri. Ketika orang menyuruh Usamah bin Zaid ra. meminta kepada Rasulullah supaya diringankan hukuman seorang wanita yang mencuri kerana keturunannya yang mulia, Rasulullah dengan tegas berkata, “Sekiranya Fatimah binti Muhammad (puteri kesayangan Baginda) mencuri, pasti aku potong tangannya.”

Ini contoh yang mesti diikuti, iaitu adil tanpa pilih kasih. Maka sebelum mengambil jawatan kepimpinan, tanyalah pada diri, adakah kamu mampu adil kepada rakyat dan ahli keluarga apabila memiliki kuasa? Ternyata bukan semua orang mampu melakukannya. Ia adalah amanah yang cukup berat. Hendaklah para pemimpin bertakwa kepada Allah dengan menunaikan amanah yang dibebankan atas mereka secara saksama.

Adapun rakyat, hendaklah mereka juga bertakwa kepada Allah dengan menunaikan kewajipan mereka terhadap pemerintah, iaitu dengar dan patuh dalam hal makruf, bersabar atas perkara yang tidak disukai, serta tidak merebut kepemimpinan sesuai amaran Rasulullah yang disebutkan dalam banyak hadis sahih.

Jika hak mereka tidak dipenuhi, mereka tetap wajib taat sebagaimana hadis Salamah Al-Ju’fi ra. yang bertanya kepada Rasulullah: Wahai Nabi Allah, bagaimana jika kami diperintah oleh pemerintah yang meminta hak mereka tetapi tidak memberi hak kami. Apa yang patut kami lakukan? Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu dengar dan patuh, mereka akan memikul tanggungjawab mereka dan kamu akan memikul tanggungjawab kamu.” (Riwayat Muslim)

Artikel ini disiarkan di akhbar pada Ahad, 1 September 2013

Azab ALLAH Pada Pemimpin Zalim : Sebuah Pelajaran

 

Thursday, January 5, 2012

Kisah benar: Azab dan hukuman kepada PEMIMPIN yang ZALIM

"Wahai Amirul mukminin, izinkan saya bertanya. Sudah berapa tahun Amirul Mukiminin memegang kuasa?" Tanya Umar Abdul Aziz tiba-tiba.
"Sudah 20 tahun, mengapa?" Jawab Khalifah Abdul Malik.

"Berapa tahun lagi agaknya Tuhan beri peluang kepada Amirul Mukiminin berkuasa?" Tanya Umar lagi.

"Saya sudah tua, dan mungkin tidak lama lagi meninggal dunia." Jawab Khalifah Abdul Malik.



"Selama 20 tahun memerintah, sekiranya ditimbang antara kebaikan dan kejahatan, manakah agaknya yang lebih banyak?" Tanya Umar lagi.

Khalifah Abdul Malik terpegun mendengar pertanyaan itu. Tiba2 dia berasa insaf. Umar yang baru diberi kuasa, membuat banyak kebajikan, tetapi berlaku sebaliknya pula dengan dirinya sendiri. Tiba2 Khalifah Abdul Malik menangis.

"Wahai Umar, saya sudah tua. selama 20 tahun menjadi khalifah, saya akui banyak keburukan yang dilakukan daripada kebaikan. Sekarang saya sudah insaf. Saya mahu menjadi Khalifah yang baik." Kata Khalifah Abdul Malik.

"Wahai Amirul Mukminin, dosa2 yang kita lakukan pada Allah mudah diampunkan tetapi dosa-dosa kita pada manusia hanya diampunkan selepas mendapat kemaafan daripada orang yang kita lakukan dosa padanya."

"Wahai Umar, aku tidak faham apa maksud kamu?"

"Sekiranya kita pernah menzalimi manusia, kita mesti mendapat kemaafan daripada mereka yang kita zalimi bagi mendapat keampunan Tuhan. Sekiranya tidak, di akhirat kelak mereka datang mengadu kepada Tuhan mengenai kezaliman yang kita lakukan padanya"

Tiba-tiba khalifah Abdul Malik menangis.........

- Sumber dari Buku Umar Abdul Aziz Bayangan Khalifah al-Rasyidin, karya Abdul Latip Talib.
 

Tuesday, May 14, 2013

Pemimpin yang membawa azab

Syaikul Islam Imam al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim. 

"Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Dan sekiranya kamu terpaksa bertemu, jangan memuji-muji mereka, kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah didurhakai di muka bumi. "

Tidak hanya tentang pertemuan, bahkan Imam al Ghazail mengeluarkan larangan menerima pemberian dari penguasa yang zalim. 

"Jangan menerima apa-apa pemberian dari golongan pembesar, meski kamu tahu pemberian itu berpunca dari yang halal. Sebab, sikap tamak mereka akan merosakkan agama. Pemberian itu akan menimbulkan rasa simpati (jika diterima). Lalu kamu akan mula menjaga kepentingannya mereka dan berdiam diri atas kezaliman yang mereka lakukan. Dan itu semua telah merosakkan agama. "

Peringatan susulan juga diungkapkan. Sekecil-kecilnya mudharat ketika seseorang menerima hadiah dari penguasa adalah, akan muncul rasa saya terhadap mereka. "Seterusnya kami akan mendoakan mereka kekal dan lama di atas kedudukannya. Mengharapkan orang yang zalim lama berkuasa sama seperti mengharapkan kezaliman berpanjangan atas hamba-hamba Allah dan alam akan musnah binasa. "

Jika sudah demikian, Imam al Ghazali mengajukan soalan yang luar biasa menyeramkan. "Apalagi yang lebih buruk dibanding dengan kerosakan agama?"

Setiap penguasa, selalu mempunyai kemungkinan untuk berbuat zalim, kecuali penguasa yang beriman kepada Allah, berteman dan dikeliling orang-orang yang beriman pula. Mereka saling mengingatkan dan memberi nasihat, hanya demi kebaikan, dan bukan untuk kepentingan.

Tapi ketika seorang penguasa dikelilingi orang-orang yang busuk dan jahat, maka kezaliman hanya tinggal menunggu masa untuk dirasakan. Dan ketika semua itu terjadi, kerosakan akan bermaharajalela, kehancuran di depan mata, menggelincirkan manusia dari jalan kebenaran dan menjadikan kesesatan sebagai panutan. Kerana itu, pemimpin yang zalim masuk menjadi salah satu golongan yang paling dibenci oleh Allah SWT.

Rasulullah bersabda, "Ada empat golongan yang paling Allah benci. Peniaga yang banyak bersumpah, orang fakir yang sombong, orang tua yang berzina, dan seorang pemimpin (penguasa) yang zalim." (HR. An-Nasai)

Bahkan, Rasulullah memberikan penegasan sanksi atas para pemimpin yang zalim. Dalam Shahih Bukhari Muslim disebutkan, Rasulullah bersabda, "Tidaklah ada seseorang hamba yang Allah beri kepercayaan untuk memimpin, kemudian pada saat matinya dia berada dalam (keadaan) melakukan penipuan terhadap rakyatnya, kecuali akan diharamkan atasnya untuk masuk syurga."

Alangkah ruginya para pemimpin seperti ini. Dan alangkah malangnya umat dan rakyat yang mendapat pemimpin seperti ini. Ketika seorang pemimpin zalim berkuasa, maka yang bertanggung jawab bukan hanya para pelaku kekuasaan; raja, maharaja, presiden bahkan gabenor dan kepala desa. Umat ​​dan rakyat pun akan bertanggung jawab memikul beban penguasa yang zalim.

Ibnu Taimiyyah dalam karyanya Siyasah Syari'iyah mengutip sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. "Barangsiapa yang mengangkat seseorang (pemimpin) untuk mengurusi perkara kaum Muslimin sementara dia mendapati ada seseorang yang lebih layak daripada orang yang diangkatnya, maka dia telah berkhianat pada Allah SWT dan Rasul-Nya."

Dalam hadis lain yang diriwayatkan dari sahabat Jabir ra, Rasulullah juga menegaskan bahawa mereka yeng memilih pemimpin dengan pamrih duniawi maka Allah tidak akan menyapa orang-orang seperti ini di akhirat nanti.

"Ada tiga orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat, tidak dilihat dan tidak akan disucikan, dan bagi mereka azab yang pedih. Mereka adalah; Orang yang mempunyai kelebihan air di padang pasir namun tidak mau memberikannya kepada orang yang berada di tengah perjalanan; orang yang menawarkan barang dagangan kepada orang lain setelah Ashar, lalu ia bersumpah dengan nama Allah bahawa ia telah membelinya sekian dan sekian sehingga lawannya mempercayainya, padahal sebenarnya tidaklah demikian; dan seseorang yang mengikrarkan kepatuhannya kecuali untuk kepentingan dunia (harta), bila sang pemimpin memberinya ia akan patuh dan bila tidak memberinya ia tidak akan mematuhinya. "

Jauh-jauh hari, sesungguhnya Allah telah melakukan perlindungan agar kita tidak mempunyai kecenderungan hati pada orang-orang yang zalim. Sebab, kecenderungan itu akan mengantarkan kita pada azab yang pedih.

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan." (QS Hud [11]: 113)

Sungguh, seorang pemimpin sejatinya adalah sebuah perisai yang melindungi rakyatnya. Seperti sabda Rasulullah, "Sesungguhnya seorang pemimpin itu merupakan perisai, rakyat akan berperang di belakang serta berlindung dengannya. Bila ia memerintah untuk takwa kepada Allah azza wa jalla serta bertindak adil, maka ia akan memperoleh pahala. Namun bila ia memerintah dengan selainnya, maka ia akan mendapatkan akibatnya. "(HR Muslim)

Pemimpin dan yang dipimpin adalah mata rantai yang tidak boleh dipisahkan. Pemimpin lahir dari dan terpilih oleh orang-orang yang akan dipimpin. Ketika seorang pemimpin bersalah, maka bersalah pula mereka yang memilihnya. Ketika seorang pemimpin berbuat zalim, maka mereka yang memilih juga akan menanggung akibatnya.

Sungguh bukan pekerjaan ringan untuk menjaga dan menghalang-halangi para pemimpin agar tidak berbuat zalim. Orang-orang yang dipimpin harus menjaga para pemimpin dengan cara memastikan bahawa ketua negara melakukan kewajiban-kewajiban besarnya. Kewajiban pemimpin negara adalah menegakkan keadilan, memberantas kezaliman, melaksanakan undang-undang syariat, dan bahkan kewajiban personal untuk tidak melakukan maksiat.

Umar bin Khattab ra lebih tegas lagi mengatakan, tugas seorang pemimpin adalah menjaga agama. "Pemimpin di angkat untuk menegakkan agama Allah," kata Umar bin Khattab.

Jika kita mampu menjaga para pemimpin yang terpilih, menjadi para pemimpin yang menegakkan agama Allah, menjaga akidah umatnya, memberantas kezaliman dan melaksanakan syariat, sungguh negeri ini ibarat potongan syurga di dunia. Apalagi Rasulullah bersabda bahawa menasihati para pemimpin untuk taat pada Allah, adalah salah satu perilaku yang mengundang ridha-Nya. "Sesungguhnya Allah redha terhadap tiga perkara dan membenci tiga perkara. Dia rela apabila kalian menyembah-Nya, berpegang tegug pada tali-Nya dan menasihati para pemimpin. Dan Allah membenci pembicaraan sia-sia, menghambur-hamburkan harta dan banyak bertanya. "

Ada beberapa perkara yang membuat pemimpin tergelincir pada perilaku zalim. Yang paling berbahaya adalah, ketika seorang pemimpin menuruti hawa nafsu dan mengejar kesenangan dunia. Kemudian, kolusi dan nepotisme yang tidak sesuai dengan peraturan kebenaran. Para penasihat yang buruk dan teman yang jahil, juga mampu menggelincirkan para pemimpin. Jika orang-orang yang lemah dan kaum kuffar dijadikan sebagai pembantu, kehancuran tinggal menunggu waktu. Rela dan mudah terpengaruh pada tekanan antarabangsa, juga menjadi penyebab pemimpin berlaku zalim.

Tugas umat, belum lagi selesai. Setelah terpilih, para pemimpin harus terjaga. Jika tidak, kita juga yang akan merasakan azab dan akibatnya. Sebab, keadilan seorang pemimpin adalah penawar dahaga bagi umatnya dan lebih utama dari ibadah ritual yang dilakukannya. "Keadilan seorang pemimpin walaupun sesaat jauh lebih baik daripada tujuh puluh tahun," demikian sabda Rasulullah. (HR Thabrani)

Tapi jika yang terjadi justru sebaliknya, maka sungguh keadaan yang akan menimpa. "Yang aku takuti pada umatku adalah pemimpin-pemimpin yang menyesatkan," sabda Rasulullah. (HR Dawud)

Jika pemimpin-pemimpin sesat telah memimpin, maka manusia akan berada pada penyelasan yang tiada tara seperti yang digambarkan Allah dalam firman-Nya. "Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata:" Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul. " (QS al Ahzab [33]: 66)

Dan ketika kita sampai pada tahap itu, penyesalan paling besar pun tidak akan bermakna. Semoga kita adalah umat yang terbaik, dengan pemimpin-pemimpin yang soleh dan muslih. Bukan sebaliknya, umat yang dipimpin para penguasa yang zalim dan bathil. Semoga pemimpin kita tidak seperti pepatah, tongkat yang membawa rebah!

sumber dari facebook
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...