Teks penuh Deklarasi Rakyat
Berikut
adalah teks penuh Deklarasi Rakyat yang dibaca oleh bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis deklarasi anti-Najib hari
ini:
1. Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan
kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial datam
negara.
2. Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang
telah dilakukan kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato'
Sri Najib Tun Razak.
3. Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu
daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut
laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013.
Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015,
dari 50 ke 54.
4. Ini adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan
kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit
adalah segala-galanya-"Cash is King".
5. Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam termasuk
universiti telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun telah
diperuntukkan, tidak ada sumber kewangan.
6. Pada tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara
(Sovereign Wealth Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi
Kerajaan.
7. Dia menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya
dibebani hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung. Tanya
tidak lagi menjadi Dana Kekayaan. Sebaliknya Dana Hutang Negara.
8. 1MDB telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik
pada harga yang RM12.1 bilion, melebihi harga pasaran. Walaupun diberi
kontrak untuk membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang
hampir tarnat, syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual pada
harga RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion.
9. 1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak US$1.83 bilion
kepada Petrosaudi International (PSI) Limited diantara 2009 dan 2011 di
datam projek-projek dan aset yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia
telah meminta supaya 1 MDB membawa pulang semula wang tersebut ke
Malaysia kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan kepada
maklumat yang tidak tepat. Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion
telah secara langsung atau tidak langsung disalurkan kepada syarikat
Good Star Limited dan lain-lain syarikat dibawah penguasaan Low Taek
Jho.
10. Untuk menutup kehilangan wang tersebut, 1MDB telah melupuskan
pelaburan dan Pinjaman ke PSI untuk us$2.318 bilion, dengan mendakwa
yang ianya telah membuat keuntungan sebanyak us$488 juta. Bagaimanapun,
tidak ada sesen pun daripada jumlah ini yang dipulangkan ke Malaysia.
sebaliknya 1 MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabur di datam dana
di Kepulauan caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah
firma pengurusan pelaburan tidak berlesen. KpMG telah disingkir sebagai
juruaudit 1MDB kerana enggan mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans
yang penuh misteri.
11. 1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini telah pun
ditebus sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus
pada 5hb November 2014, tetapi telah digunakan pada hari yang sama untuk
membayar ganti rugi kepada Aabar Investments PJS. Ini merupakan
gantirugi kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada
Aabar untuk membeli 49 peratus saham di datam syarikat-syarikat
janakuasa 1 MDB. Ini merupakan satu penipuan kerana, syarikat induk
Aabar, International Petroleum Investment Corporation(IPIC), tidak pun
menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di datam akaunnya yang
diaudit dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC
menyebut bahawa 1MDB terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana
penamatan opsyen tersebut.
12. 1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta daripada
konsortium Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang
sama iaitu membayar ganti rugi kepada Aabar. Akhbar the Wall Street
Journal membongkar bahawa wang tersebut telah digunakan untuk membayar
pihak lain di British Virgin Islands yang mempunyai nama yang lebih
kurang sama iaitu,"Aabar Investment PJS Limited", yang dimiliki oleh
pihak yang tidak ada kena mengena dengan IPIC. Penipuan licik ini telah
berjaya memperdayakan juruaudit 1MDB, Deloitte Malaysia yang mempercayai
bahawa bayaran telahpun diterima Aabar kepunyaan IPIC.
13. 1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan terakhir
berjumlah RM1.1 bilion daripada pelaburan di kepulauan Cayman pada bulan
Januari 2015. Pada mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada Parlimen
bahawa jumlah tersebut telah dimasukkan ke datam Bank BSI di Singapura.
Dua bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia memberitahu Parlimen
bahawa, ianya bukanlah di datam bentuk wang tunai, tetapi aset.
Kemudian, dijelaskan pula yang aset-aset ini merupakan"unit"yang
bermakna bahawa tanya tidakpun ditebus. Ini membuktikan yang 1MDB dan
Perdana Menteri telah berulang-kali menipu rakyat Malaysia. Ianya juga
bermakna bahawa wang yang dilaburkan di datam Petrosaudi yang
kemudiannya dilabur semula di Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan
tidak dapat diperakukan.
14. Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah membuat
laporan polis berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB.
Tiada sebarang siasatan dilakukan polis. Sebaliknya pengadu telah
disoal-siasat polis, ditahan dan didakwa di bawah Akta Kesalahan
Keselamatan(Langkah-Langkah Khas)2012(SOSMA)kerana mensabotaj
ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan dan didakwa dibawah Akta yang
sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin melapor pada Polis
berkenaan dengan 1 MDB.
15. Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai US$681 juta Dolar di datam akaun peribadinya di Ambank.
16. Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa
dianya mempunyai sejumlah wang yang banyak di datam akaun peribadinya,
Dia mendakwa menerima derma dari seorang Arab, kemudian ianya menjadi
derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum ke-13 kemudian pula menyatakan
ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang keganasan. Dia
kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang Putera
Raja Arab Saudi,
dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.
17. Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak terdapat
apa-apa rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau
mencadangkan bahawa wang tersebut mungkin merupakan peaburan. Tetapi
jumlahnya kecil.
18. Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di
mahkamah tetapi dia tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya dia meminta
peguamnya bertanya kepada Wall Street Journal kenapa akhbar itu
menyiarkan laporan tersebut.
19. Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi laporan
dengan fakta terperinci berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang
terdapat di datam akaun peribadinya. Dianya masih tidak mengambil
tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang boleh dilakukan di negara di
mana WSJ diterbitkan.
20. Khuatir dan syak dengan jumlah wang banyak dalam akaun peribadi
Najib, satu pasukan petugas ditubuhkan di Malaysia untuk menyiasat
sumber wang tersebut. Empat institusi Kerajaan terlibat, Polis Di Raja
Malaysia, Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia.
21. Belumpun pasukan petugas berjaya selesaikan penugasan mereka, Peguam
Negara disingkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak mampu
meneruskan tugasannya. Secara terang Najib telah memberi gambaran yang
tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan
Tuanku bagi menggantikan Peguam Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang
Negara dilumpuhkan apabila pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan
oleh Najib bagi menghalang penyiasatan keatas 1 MDB. Pengerusi baru,
kenalan Najib dilantik dan beliau secara spontan menyatakan yang Najib
tidak melakukan apa-apa kesalahan.
22. Najib kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam Negara baru
menolak cadangan Bank Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa yang
tidak ada apa-apa di dalam laporan tersebut yang menunjukkan bahawa
Najib melakukan kesalahan.
23. Rayuan Bank Negara tidak diendahkan.
24. peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu laporan daripada
SPRM. Kandungan laporan tidak didedahkan dan ancaman dibuat terhadap
pendedahan laporan tersebut.
25. peguam Negara baru juga tanpa penjelasan yang munasabah menolak
cadangan dari dua institusi yang mempunyai kuasa dan kepakaran datam
bidang mereka.
26. penolakan ini juga menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah di
mana semua bukti dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini Peguam
Negara memain peranan sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses
undang-undang terhalang.
27. Timbalan Perdana Menteri yang disingkir kemudian mendedahkan yang
peguam Negara yang lama telah menunjuk bukti kesalahan yang dilakukan
Najib bersangkutan skandal- skandal tersebut. Di masa yang sama,
beberapa agensi Kerajaan asing, iaitu Switzerland, Singapura, Amerika
Syarikat, Hong Kong dan Britain, telah memulakan siasatan ke atas 1MDB.
28. Akhbar di Malaysia ditapis menyebabkan rakyat lebih bergantung
kepada laporan media asing. Tetapi apabila rakyat berbincang atau
menulis berdasarkan laporan media asing, Kerajaan menerusi Ketua Polis
Negara menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis agar polis
dapat menjalankan soal siasat terhadap orang itu.
29. Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis yang
dibuat terhadap Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada
Peguam Negara. Peguam Negara juga mengugut untuk jatuhkan hukuman
penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa yang
bertindak membocor maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan
jenayah di datam pentadbiran Kerajaanpun akan dilindung daripada
pengetahuan awam.
30. Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada sejumlah RM2.6
bilion (sebanyak RM2.3 bilion)telah dipulangkan kepada Arab Saudi.
Selain daripada kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan.
31. Rakyat juga semakin menderita.
32. GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya, kesemuanya
mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup,
menyebabkan industri kepunyaan asing menghentikan operasi dan berpindah
kepada negara lain. Ini mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran.
33. Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik(TPP)Amerika yang mengikis hak kita untuk
membuat dasar dan undang-undang yang sesuai bagi negara kita.
34. Hari ini imej Malaysia amat buruk sekali. Selain diklasifikasikan
antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap
tidak demokratik. Hak kebebasan bersuara juga kebebasan akhbar
terhalang, dan rakyat hidup datam ketakutan ditangkap dan ditahan. Akta
Majlis Keselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan
bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu kawasan itu
sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa sahaja boleh ditangkap dan
ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur yang melanggar batas
keadilan yang diterima.
35. Sebaliknya pula jika berlaku kesilapan datam penggunaan Akta ini
oleh pegawai Kerajaan, atau di mana terdapat salahguna kuasa, rakyat
tidak boleh mengambil apa bentuk tidakan terhadap mereka.
Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum, dan
bukannya diberi perlindungan. Undang-undang lain digunakan yang menyekat
kebebasan bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang termaktub di datam
Perlembagaan persekutuan tidak lagi membawa apa-apa makna.
36.0leh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang tertera bersetuju dan menyokong
a) penyingkiran Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri
Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang
dibenarkan.
b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya
c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang Jetas
metanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan
melemahkan polisi terpilih, dan
d) Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC
37. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum,
ugama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah
bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin
Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi
proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara
eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan,
kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi
nasional.
Tandatangan rakyat
- MK
No comments:
Post a Comment