Hadiah Bunga Dari PKR Selangor Sebagai Ucapan Selamat Jalan Kepada Khalid Ibrahim
Meskipun telah dinafikan oleh Setia Usaha Agung PKR Saifuddin Nasution akan keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menggugurkan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, namun anggota MPP Abdullah Sani Abdul Hamid mengesahkan kepada Antara Pos bahawa keputusan konsesus telah dibuat terhadap pengguguran tersebut. MPP juga telah menyerahkan kepada Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan kemelut tersebut.
Kenyataan Abdullah Sani turut disahkan oleh Ketua AMK Shamsul Mat Akin dan Dr Xavier Jeyakumar.
Oleh kerana isu ini tidak berhenti setakat penafian Saifuddin, tindakan
Abdullah Sani adalah merupakan tekanan kepada Anwar untuk memecat
Khalid.
Sementara itu, kesukaran-kesukaran yang bakal dilalui oleh Anwar dalam
menghadapi tekanan ini ialah dalam untuk mendapatkan perkenan diraja dan
juga persetujuan dari PAS dan DAP diatas perlantikan MB baru.
Hakikat yang perlu ditelan oleh kelompok anti-Khalid dalam PKR ialah
bukan mudah untuk 'menendang' Khalid keluar dari pejabat MB.
No comments:
Post a Comment