Pemimpin UMNO-PAS bersama 5000 rakyat hadir majlis pengebumian Datuk Harun Taib.
Selain Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; barisan kepemimpinan Pas negeri dan kawasan, hadir meluangkan masa menziarahi arwah ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Jenazah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir itu disolatkan di Markas Tarbiyyah Pas Kubang Lembek, Manir tepat pukul 10 pagi tadi sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Alor Lerang yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ untuk disemadikan.
Pemimpin Pas itu meninggal dunia akibat penyakit ‘sepsis secondary to peripheral vascular’ sehingga menyebabkan kegagalan pelbagai organ dalaman badan berfungsi.Alfatihah.
Mulianya hati ayahanda Tun Mahathir.. (3 gambar)
Tun Dr Mahathir sempat menziarahi Tuan Guru Haron Din di Institut Jantung Negara pagi tadi bagi bertanya khabar dan melihat sendiri tahap kesihatan Ustaz Haron Din.
Dimaklumkan keadaan TG Haron Din semakin stabil dan dijangkan akan terus menjalani rawatan dan berehat di hospital tersebut.
Musuh Islam pasti akan sakit mata sakit hati melihat kemesraan dan perhubungan baik yg dijalinkan oleh 2 pemimpin terbilang ini,
Di Terengganu pula 2 pemimpin Umno negara iaitu Dato Azeez Rahim dan DS
Jamil Khir turut hadir di majlis pengkebumian arwah TG Harun Taib bagi
menunjukkan hubungan hablulminannas sentiasa terjalin mekar dan erat.
In membuktikan ideologi politik tidak menjadi sempadan bagi umat Islam berpadu menghadapi dugaan yang diterima. Sesungguhnya Islam itu bersaudara.
Selagi Dua Kalimah Syahadah jadi pegangan, tetap bersaudara.
ReplyDelete