APA BEZANYA RITHUAN TEE ABDULLAH DIHALANG MASUK KE SINGAPURA KERANA
KRITIKAN TERHADAP SINGAPURA... GITU JUGA DGN ANWAR DIHALANG MASUK JEPUN
MUKIN KERANA FITNAH RM207 BILLION... NAPE SAMPAI SEKRG PKR DAN ANWAR
GAGAL MEMBUKTIKAN KEBENARAN PEMBAYARAN ITU .... SEDANGKAN SEBELUM 1998,
ANWAR ADALAH MENTERI KEWANGAN...
Pada 1 Jun minggu lalu saya
dijemput berceramah (forum) oleh sebuah pertubuhan Islam di Singapura.
Malangnya, setiba di sana saya ditahan dan disoal siasat selama 1 jam. Saya tidak tahu sebab musababnya. Tiga bulan lalu saya turut dijemput, tidak timbul masalah sebegini.
Sebelum itu, sudah lama juga (hampir 4 tahun) saya tidak ke Singapura
kerana tidak dapat clearance daripada pihak berkuasa di sana. Saya sudah
dapat agak sebabnya. Cuma, kali ini (2013) saya hairan kerana saya
dijemput semula. Seperti biasa saya menerima jemputan tersebut.
Saya disoal siasat dengan pelbagai soalan bersifat amat peribadi. Semua
perkara mengenai saya dan keluarga ditanya mahukan jawapan. Saya
menjawab semua soalan dengan baik, sehinggalah percubaan untuk mengambil
telefon bimbit saya. Ketika itu, saya mula berkeras, kerana ia terlalu
peribadi dan saya tidak benarkan sama sekali.
Saya bertanya
kenapa saya ditahan dan disoal siasat, mereka mengatakan ia prosedur
biasa. Kenapa saya, bukan pelancong lain? Tiada jawapan.
Sejurus dilepaskan, saya bertanya kepada pihak penganjur. Mereka
mengatakan ia ada kaitan dengan artikel yang saya tulis dalam
akhbar-akhbar tempatan terutama menyentuh isu Melayu Islam di Malaysia,
tidak ketinggalan di Singapura.
Jangkaan saya selama ini benar.
Apa yang saya tulis kebelakangan ini, tidak disenangi oleh pihak
berkuasa ultra kiasu di sana. Perangai ultra kiasu Malaysia sama sahaja
dengan ultra kiasu Singapura.
Ingatan saya kepada kerajaan Malaysia, berhati-hatilah. Jangan gadaikan
kepentingan negara seperti hartanah, rumah, air dan sebagainya atas nama
persahabatan dan sangka baik. Belum tentu mereka menghargainya. Mereka
mempunyai banyak duit dan boleh buat apa sahaja.
Sebahagian daripada hartanah di Johor dan Pulau Pinang sudah banyak
dibeli dan menjadi hak milik kekal. Ini tidak termasuk di negeri lain
(Malaysia). Apa pengajaran yang dapat dipetik daripada insiden ini?
Bahaya ultra kiasu kepada negara.
Jika tidak dibendung, apakah nasib Melayu (Islam) di bumi Melayu.
Justeru, saya mahukan umat Islam sedar, tidak kira apa jua partinya.
Seagama tetap bersaudara, walaupun tidak sebangsa. Benar, kita perlu
berbaik sangka. Tetapi apakah kita harus terus berdiam, jika musuh
begitu nyata di depan mata dan sentiasa merancang untuk memusnahkan
kita.
Bukanlah maksud saya kita turut bertindak memusnahkan mereka. Paling
penting, kita perlu bertegas dengan mereka mulai sekarang. Jangan
terlalu fikirkan soal pembangunan dan undi.
Menang sorak kampung tergadai. Kaduk naik junjung.
Bertindaklah mengikut perlembagaan. Jika mereka menyentuh isu-isu
sensitif, seperti menghina Islam, raja dan Melayu (bangsa dan bahasa),
yang terkandung dalam akta hasutan, jangan ragu-ragu dengan tindakan
itu. Jika kita terus berlembut, kita akan terus menjadi mangsa. Jangan
haraplah dengan berlembut, mereka akan mengundi kerajaan sedia ada.
Insiden yang saya alami cukup jelas. Ultra kiasu tidak mahu ada sesiapa
yang menghalang mereka. Awal-awal lagi sudah dibanteras. Orang Melayu
(Islam) yang belajar di sekolah kerajaan, tidak dibenarkan memakai
tudung (menutup aurat). Umat Islam mesti akur dengan keputusan tersebut,
suka atau tidak.
Jika berceramah, perkara yang tidak boleh disentuh adalah; polisi dan
dasar kerajaan mereka tidak boleh dikritik, isu Israel tidak boleh
disentuh, isu agama apatah lagi. Pendek kata, jika berceramah di
Singapura, hanya boleh bercakap tajuk itu sahaja. Jangan unsur-unsur
sindiran, hasutan dan sebagainya.
Berbeza sungguh demokrasi di negara kita dengan mereka. Kita terlalu
memberi banyak kebebasan, sehingga ultra kiasu menjadi semakin berani.
Sama ada isu tersebut sensitif atau tidak, semuanya dilanyak.
Kerajaan terus berdiam diri. Jika pihak berkuasa cuba bertindak, maka
dituduh melanggar hak asasi manusia. Kita pun mengalah. Lihatlah
bagaimana ultra kiasu membela wanita yang menghina Yang di-Pertuan Agong
(YDPA).
Pada mereka, itu tidak salah, malah dibenarkan. Sedangkan ultra kiasu
tahu itu salah. Mereka begitu berani. Kenapa? Jawapannya, mudah, kerana
adanya ultra kiasu menyebelahi mereka.
Kesimpulannya, janganlah kita asyik menuding jari kepada saudara
seagama. Lihatlah sama musuh kita itu, kerana mereka lebih bahaya
daripada saudara seagama. SH (10 Jun 2013)
No comments:
Post a Comment