Politik tolak tepi .... saya cuma nak tahu, berapa sebenarnya gaji dan elaun yang dibayar kepada 5 penasihat JPM itu.
Tak perlu gaduh2 ....
berikan saja angkanya.
Satu lagi, benarkah dakwaan yang mengatakan Jamaluddin Jarjis masih lagi menerima elaun Duta Khas ke Amerika sebanyak RM27 ribu walaupun beliau sudah tidak lagi memegang tugas itu ? ( Ameno )
Tak perlu gaduh2 .... kalau betul,
PULANGKAN balik kepada rakyat / kerajaan sebanyak mana yang telah diterima itu.
Kalau salah, perbetulkan fakta.
Giliran ahli Parlimen BN koyak kertas usul
Sesi petang sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini memperlihatkan giliran ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pula mengoyak kertas usul yang dibawa ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.Ahli Parlimen BN membantah usul berkenaan selepas berlaku kesilapan fakta dalam usul berkaitan potongan gaji lima penasihat di bawah Jabatan Perdana Menteri dan mengoyakkan kertas berwarna merah jambu berkenaan.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin (gambar) bangun memperbetulkan fakta Fuziah sekaligus mengusulkan ahli Parlimen BN yang lain berdiri dan menolak usul berkenaan.
Fuziah dalam usul yang dibawanya mengandungi kesilapan dari segi
jawatan dan juga angka elaun yang diperoleh penasihat terbabit.
Fuziah dalam usulnya berkata Hasbi Habibollah adalah Penasihat Pembangunan Sarawak, sedangkan jawatan sebenar beliau adalah Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dengan elaun hanya RM1,900.
Ahli Parlimen PR awal pagi tadi turut mengoyakkan kertas usul berhubung penggantungan Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana menghina Dewan dan Speaker.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dalam jawapan balas berkata, usul berkenaan tidak boleh diteruskan kerana fakta yang diberikan Fuziah tidak tepat.
“Usul ini nak diundi atas angka yang mana? Jumlahnya berapa? Itu saya tak sebut lagi usul yang dibawa mengatakan Johari Baharom menerima hanya RM21,500 bukan RM27,000. Ia jumlah yang berbeza.
"Saya nak beritahu bahawa usul ini seperti Beruas sebut tak boleh kita main andai, bukan jawab lisan, bukan soal perbahasan peringkat jawatankuasa nak beri jawapan. Ini membahaskan usul Majlis Mesyuarat yang sangat tertentu maknanya kita tak boleh nak setuju," katanya.
Selain Hasbi, Razali turut menjelaskan jawatan sebenar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil adalah Penasihat Pembangunan Keusahawan dan Ikhtisas Wanita bukannya penasihat hal ehwal wanita, jawatan sebenar Datuk Seri Noh Omar adalah Majlis Tindakan Persekutuan.
Fuziah juga jelasnya menunjukkan kesilapan apabila menyebut dari segi jumlah elaun Hasbi hanya menerima RM1, 900 bukan RM27,227.70, Datuk Johari Baharom menerima RM21,500 bukan RM27,227.70.
“Berdasarkan kesilapan ini, pada saya usul ini perlu ditolak,” katanya. – 14 November, 2013.
No comments:
Post a Comment