MENGAPAKAH SEBILANGAN PATI WARGA INDONESIA TERGILA-GILA INGIN MENJADI ANGGOTA RELA?
"Kalau melihatkan maklumat dicetak di kad keahlian RELA milik warga Indonesia itu, dia sepatutnya berada di Cheras, Kuala Lumpur," ujar anggota RELA saya temui.
Arshanikum
Endeyn, pemegang MyKad palsu ternyata secara mudah mengelirukan pihak
berkuasa bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri terbabit tanpa dapat
dikesan, klik di sini.
Mujur kes ini terbongkar kerana warga Kendari, Sulawesi Tenggara itu mungkin tidak menjangka, berikutan kes rompakan dan pembunuhan pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, identitinya sebagai kenalan facebook pembunuh, Loade Ardina Loade Rasila, saya dedahkan di blog ini.
Baca di sini.
Facebook Arshanikum saya dapati masih tidak ditutup biarpun tidak aktif.

"Untuk
mendaftar menjadi ahli RELA, orang awam perlu membawa Mykad dan 2 keping
gambar dan mengisi borang pendaftaran. Sebelum keahlian diluluskan,
RELA terlebih dahulu akan memeriksa samada mereka mempunyai rekod
jenayah atau tidak. Bagaimanankah caranya? Hubungi pihak polis dan
kemudian berikan nombor Mykad. Polis akan memaklumkan samada bakal ahli
itu bebas rekod jenayah atau sebaliknya berdasarkan nombor MyKad
diberikan melalui talian telefon sahaja tanpa melihat wajah dicetak di
atas dokumen itu. Dalam kes ini, polis memeriksa rekod jenayah Hamdan
Hamid, penduduk Sabah, bukan rekod Arshanikum," jelas anggota pihak
berkuasa.
Nampaknya
setakat ini RELA Malaysia masih terus membisu mengenai kes ini biarpun
telah saya hubungi 3 hari lalu, memohon penjelasan. Tidak salah
berterus-terang dengan masyarakat kerana kehadiran pegawai dan anggota
RELA dilihat sebahagian daripada komuniti setempat.
Berbalik kepada
tajuk entri ini, mengapakah pendatang tanpa izin, PATI warga Indonesia
tergila-gila benar ingin menjadi anggota RELA? Pertama, mereka
berpeluang mengetahui pelbagai maklumat sulit dikongsikan oleh pihak
berkuasa. Contohnya, jika terbabit dalam operasi membanteras PATI
senegara, pastinya maklumat seperti lokasi serbuan diketahui dan mudah
dibocorkan.
Kedua, memiliki
kad RELA sekaligus menjadikan identiti PATI itu lebih sukar disangsikan
oleh orang ramai atau pihak RELA sendiri. Masakan angoota RELA
memeriksa dokumen sesama sendiri.
Ketiga, jika
PATI memandu kereta, vest RELA diberikan secara percuma pasti
digantungkan di tempat penyangkut baju tempat duduk belakang. Jika
terpaksa menempuh sekatan jalanraya polis, tentunya pakaian boleh
dilihat jelas itu akan memberikan lebih peluang kepada mereka untuk
menyelamatkan diri tanpa diperiksa secara teliti oleh pihak berkuasa.
Majoriti anggota RELA juga saya perhatikan amat gemar memakai vest sama
sewaktu menunggang motosikal, tatkala pulang daripada menjalankan tugas.
Andai PATI memakai vest terbabit, adakah pihak yang akan memeriksa
dokumen diri mereka? Barangkali ada tetapi kejadian itu jarang berlaku.
Keempat, PATI terbabit juga berpeluang mendapat bayaran elaun, RM6 sejam berikutan kerja mereka laksanakan.
Pada April 2012, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengumumkan pengambilan pegawai dan anggota RELA untuk diserapkan sebagai Polis Simpanan sukarelawan, PVR diberhentikan serta-merta. Jumlah pengambilan PVR, 5,000 orang dikatakan telah mencukupi sekaligus memenuhi kuota ditetapkan, klik di sini.
Tidakkah kita terfikir, jika Arshanikum terbukti mampu membolosi sistem tapisan pengambilan anggota RELA, mungkinkah sebilangan daripada ribuan PVR itu juga berstatus PATI?

Saya memperuntukkan masa, meneliti kenalan Arshanikum. Berikut gambar profil seorang daripada mereka.
Nama
digunakan di facebooknya, Jabir Luiz Neymar. Dari aspek bahasa
komunikasi hariannya, saya dapat merumuskan, dia juga berasal dari
Sulawesi.
Melihatkan pakaian seragamnya, dia mungkin pernah berkhidmat sebagai anggota Tentera Nasional Indonesia atau lebih dikenali sebagai TNI.
Mata saya
mungkin kabur tetapi JIKA individu memakai pakaian di atas dan di bawah
sama, kita pasti berasa gerun memikirkan akibatnya. Wajahnya mungkin
sedikit berisi setelah bekerja dan hidup secara lebih selesa di
Malaysia. Mungkin juga lelaki di bawah warga Malaysia, sekadar
kenalannya dan gambar dimuatnaik ke facebook lelaki Indonesia itu.
Kepada semua pembaca dan pihak berkuasa, klik di sini untuk meneliti informasi dipaparkan di facebook miliknya.
Klik di sini untuk melihat seorang kenalan Jabir, juga bertugas sebagai pengawal keselamatan HARAM.
Pihak berkuasa boleh bertanya kepada pihak pengurusan AHM Security mengenai perincian lelaki terbabit.
No comments:
Post a Comment